CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 3 Bulan Tak Sebumbung, Aishah Bakal Bercerai Dengan Suami Keempat

26-11-2021 11:27 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16926| Komen: 114|Original author: Oleh: Saiful

Description: Rumah tangga kali keempat Aishah yang dibina sejak lima tahun lalu kini ibarat retak menanti belah.
Rumah tangga kali keempat Aishah yang dibina sejak lima tahun lalu kini ibarat retak menanti belah.

Penyanyi ini kata dia dah tak tinggal sebumbung dengan suaminya sejak tiga bulan lepas.



Aishah dan suami, Foto: IG

"Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.

"Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini.

"Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,"katanya kepada Berita Harian.


Tambahnya dia kongsi tentang keruntuhan rumah tangga bukan nak aibkan mana-mana pihak, cuma untuk mengelakkan fitnah.

"Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti.


Aishah dan anak, Foto: IG

"Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah...

"Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja.

"Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan." 

Semoga Aishah tabah.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailerthee 26-11-2021 11:48 AM
Takziah......
Quote cupu 26-11-2021 11:50 AM
Acik ni klu kawen lg bercerai lg aku dh xheran lps tgk perangai dia dlm gv...  Klu acik happy lantakla.
Quote kakikuDibibirmu 26-11-2021 11:59 AM
Janji Manismu tersenyum sinis
Quote Nenolen 26-11-2021 12:03 PM
Antara dia dgn Natasha hudson nikah cerai…sama rekod or Natasha leading…
Quote cmf_PariS 26-11-2021 12:06 PM
kesian dia...
Quote umbut 26-11-2021 12:12 PM
Dia ni dah berapa kali kahwin cerai. Tapi lepas tgk dia gaduh ngan dsv.. Ok.. Patutlah
Quote bondeh 26-11-2021 12:22 PM
baru semalam layan hiburan minggu ini Aishah & The Fan Club kat tv2. meolls rasa ego acik nih tinggi, perasan bijak segala hal taknak kalah.
Quote babelina 26-11-2021 12:24 PM
mgkn dia nie dominan dlm umah tga..
Quote Thunderclouds 26-11-2021 12:33 PM
Susah nk btolak ansur kot. Blaki mau, tp dia ja nk menang pyh jgk. Apa2 pn takziah.
Quote salimrock 26-11-2021 12:35 PM
bukan ke dia dah buat pembedahan pendek kan usus, ? so dah kurus la kot?
Quote nazurah 26-11-2021 12:35 PM
first marriage dia pun macam tak lama kan... seingat dulu macam terkena buatan orang.
wallahualam....
Quote KIM.K 26-11-2021 12:42 PM
Kakcah, kau gold digger ke
Kemain banyak duit pampasan kau dgn kes diva tu
Kenapa makin morbid
Quote Nora1986 26-11-2021 01:00 PM
Edited by Nora1986 at 26-11-2021 01:01 PM

Sebenarnya dia ada bg hint kat post ig.. tapi dh delete.. masa tu sblm dia kena covid.. dia tulis lebih kurang mcm ni la "jaga org sakit smpai diri sendiri pun sakit, kemudian bila dh sihat keluar pergi mintak pertolongan keluarga besar seolah2 dianiaya pulak kat sini.. last2 tinggalkan kita yg sakit ni sorg2.. nasib ada anak2.. lebih kurg la.. x ingat sgt
Quote woven11 26-11-2021 01:15 PM
Takziah kak ecah..
Quote ren14 26-11-2021 01:22 PM
janji manis mu sangat...tak pe kak,banyak lagi jantan kat luar tuuu
Quote KirazMevsimi 26-11-2021 01:23 PM
Allahuakbar. salam takziah. moga ALLAH permudahkan
Quote laksmanabentan 26-11-2021 01:27 PM
oh dunia ini.. penuh kepalsuan... giy...
Quote noxnox 26-11-2021 01:27 PM
Takpe lah Kak ecah , dari duduk janji manismu and Melukut tepi gantang
Quote Cik_jantung 26-11-2021 01:29 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 08:03 AM

..........

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.139639 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top