CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Menari Pakai Baju Tidur Dengan Lelaki, Marsya Masyitah Dah Kahwin?

26-11-2021 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5488| Komen: 46

Description: Masya Masyitah enggan mengusutkan fikirannya dengan perdebatan dan kecaman netizen berhubung satu desas-desas yang mendakwa dirinya telah pun berkahwin dengan seorang jejaka dikenali sebagai Idris Woo ...
Masya Masyitah enggan mengusutkan fikirannya dengan perdebatan dan kecaman netizen berhubung satu desas-desas yang mendakwa dirinya telah pun berkahwin dengan seorang jejaka dikenali sebagai Idris Woo.


Masya atau nama lengkapnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff bagaimanapun tidak menafikan, Idrisi merupakan teman istimewanya dan hubungan cinta mereka sudah mendapat restu kedua-dua pihak keluarga.


Foto: Kosmo

“Saya malas nak komen lanjut tentang hal ini. Saya tahu ramai yang mengecam apabila video TikTok saya muat naik tempoh hari menjadi tular.

“Tular dan dikecam ramai apabila mereka sewenang-wenangnya mengatakan kami sudah berkahwin hanya kerana menari dengan menggayakan baju tidur.


“Saya nak ingatkan, sewaktu video dirakam, kami bukan berdua-duaan. Di rumah ada ibu saya dan orang lain. Orang nak cakap saya dah kahwin ke apa, saya malas nak layan. Biar mereka berteka-teki,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.



Kata Masya, 21, dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat kerana banyak lagi perkara yang ingin digapainya terutama dalam urusan kerjaya.

“Video yang saya kongsi bukan memaparkan adegan kami berpegangan tangan pun. Kalau tanya bila nak kahwin, saya rasa lama lagi tetapi kalau jodoh itu diawalkan, saya sendiri akan khabarkan kepada teman media.

“Saya juga percaya, pihak lelaki juga perlu bersedia dari segi kewangan, mental dan fizikal sebelum ingin berkahwin dengan wanita pilihan.

“Saya juga berharap diberikan privasi berhubung hal peribadi. Saya tidak mahu orang ramai salah faham tapi pada masa sama, malas merunsingkan fikiran dengan hal yang masih belum terjadi,” ujarnya.



Terdahulu, dakwaan Marsya sudah berkahwin mula bertiup kencang apabila dia berkongsi satu video mesra dengan Idris, 23, menari dengan berbaju tidur dalam laman TikTok.

Turut menguatkan desas-desus tersebut, juara Yippi Star Quest 2020 itu turut berkongsi satu hantaran status romantis dalam Instagram yang memaparkan dirinya dengan Idris dengan kapsyen berbunyi: “Every second spent with you is the best moment of my life (setiap detik berlalu dengan anda adalah waktu terindah dalam hidup saya).”-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 26-11-2021 10:19 AM
ikut ko lh labu...eh apsal ko comel sgt marah nie
Quote jelitayu 26-11-2021 10:52 AM
sama2 comel. jaga lah diri elok2 dik. kalau rasa nak diberi ruang bercinta elok2 aman2, jng lah up apa2 kat soc med tu. share gambar2 sesama sendiri je lah, so org pun tak sebok nak buat spekulasi mcm2. kalau dah semua nak di share, tak dapat lah nak tutup mulut semua org. netizen malaysia ni tak kan tak faham2 lagi mcm mana kan....
Quote princessmiang 26-11-2021 10:54 AM
hijabi tiktok macam takde maruah
Quote Suchi 26-11-2021 10:57 AM
Comel gak deris tu, Cina muslem ke?atau mix?

Ikut ko laaa musim bebudak kecik kawen skrg ni mana tau ko pun nak kawen juga

Quote prince_marhaen 26-11-2021 11:00 AM
hijabi mekap berkati-kati, content bercinta, asyik tunjuk dah berlaki, bernapsu, what to expect? no need acah suci lah. diam-diam je takyah nak defensive sangat, kau yang mengundang pitenah dek oiii.
Quote woven11 26-11-2021 11:04 AM
Erm comel jugak. X sanggup nak hencap
Quote Normabaru 26-11-2021 11:38 AM
Edited by Normabaru at 26-11-2021 01:41 PM

gambar filter berkati mmg nmpk comel.hakikatnya biasa2 jahhh
[youtube]oXonU1u0fMI[/youtube]
Quote makton 26-11-2021 11:39 AM
dia ni kan yg edit gmbr nak bg bontot bulat smpai bengkok2 background?
Quote Zaien 26-11-2021 11:48 AM
aku sebenor nya x kenan la ppuan hijab terkinja2 hahahaha
Quote umbut 26-11-2021 11:52 AM
Sebab dia tutup kepala kurangler dikutuk walhal cam gedik terjoget2 cer freehair joget mau x cukup tanah ko dikeji bbnu
Quote lyshafull 26-11-2021 11:53 AM
princessmiang replied at 26-11-2021 10:54 AM
hijabi tiktok macam takde maruah

Ynggg nii tersangtt betull .. bila kne kecammmm mula la keluar ayt agamaa … ayat agamaa today bolh di guna pakai untk kpntingn masing2
Quote bluecrystal 26-11-2021 12:16 PM
nak hencap tak sampai ati sebab segan ngan bb u yang pandai cari duit macam dia ni..masya ni rajin kan berjual cookies segala..harap dia pandai la jaga diri..cari lelaki yang baik2
Quote dudaberhias 26-11-2021 12:18 PM
Eerm herlok jugak la laki dia ala2 taiwanese BL star... Soo jom pakat2 maafkan macam Syafi Tee dan Aliff aziz
Quote dudaberhias 26-11-2021 12:20 PM
bluecrystal replied at 26-11-2021 12:16 PM
nak hencap tak sampai ati sebab segan ngan bb u yang pandai cari duit macam dia ni..masya ni rajin k ...

Khennn, bukan sebab rajin buat kuih je... Malah herlokkk rhoper dengan lakinya tu, tengok gambar terus hati akak sejuk bagaikan perut mamazat yang boleh rasa aurat dasyat, sejuk, panas semua tu macam nuclear reactor.
Quote Kurex 26-11-2021 12:22 PM
Apa2 lagu yg dtg dari budak pompuan who are yus ni, tak memberi impak. Bertahun keluar lagu baru, tetap orang tak tau lagu dia..  kenyataan yg susah ditelan
Quote cicicumel 26-11-2021 12:25 PM
Dia ni kalu nyanyi, habis muka menyerinai.. Buruk dgn expressi berlebihan
Quote babelina 26-11-2021 12:43 PM
x kuasa nk berteki teki.. lantak ko dik.. bebaik je la..
Quote tintin22 26-11-2021 12:56 PM
bluecrystal replied at 26-11-2021 12:16 PM
nak hencap tak sampai ati sebab segan ngan bb u yang pandai cari duit macam dia ni..masya ni rajin k ...

yg ni iolz bagi A, rancak berbines
Quote mesmerize 26-11-2021 01:56 PM
putih pucat lesi mekap ala kpop bak ditoreh muka tak berdarah

Lihat semua komen(46)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2021 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.083647 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top