CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seludup Siri Squid Game Ke Korea Utara, Lelaki Dihukum Mati- Pelajar Sekolah Dipenjara Seumur Hidup Kerana Menonton

25-11-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1270| Komen: 1

Description: Seorang lelaki yang menyeludup video siri popular Netflix Korea Selatan Squid Game ke Korea Utara dijatuhi hukuman mati.
Seorang lelaki yang menyeludup video siri popular Netflix Korea Selatan Squid Game ke Korea Utara dijatuhi hukuman mati.

Ia selepas pihak berkuasa negara berkenaan menangkap pelajar sekolah menengah menonton rancangan itu, menurut Radio Free Asia (RFA).

Agensi berita bebas RFA melaporkan siri itu diseludup masuk dari China menerusi pemacu kilat USB dan individu berkenaan berdepan hukuman mati oleh skuad tembak Korea Utara.



"Seorang pelajar yang membeli USB itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup, manakala enam lagi yang menonton rancangan itu telah dijatuhi hukuman berat selama lima tahun dan guru serta pentadbir sekolah dipecat dan dibuang bekerja di lombong terpencil," ujarnya.


Pada Disember 2020, Korea Utara meluluskan akta 'Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reactionary' yang melarang kemasukan dan penyebaran bahan budaya seperti filem, drama, muzik dan buku di negara itu.

Perbuatan itu terutama bertujuan untuk menghalang penyebaran media dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat dan mereka yang didapati mengedar atau menggunakan ini boleh dihukum.

April lalu, seorang lelaki telah dihukum bunuh secara terbuka kerana menjual pemacu dan CD yang mengandungi bahan Korea Selatan.

Squid Game khususnya telah mencetus kemarahan dalam pemerintahan diktator.

Portal berita Korea Utara, Arirang Meari mengecam drama survival berkonsep tinggi sebagai menggambarkan 'realiti menyedihkan masyarakat Korea Selatan yang kejam'.

Laporan RFA berkata, terdapat kebimbangan orang ramai terhadap nasib pelajar sekolah menengah dan lebih ramai orang boleh terlibat dalam penyiasatan itu.

Variety telah menghubungi Netflix untuk mendapatkan komen.

Netflix tidak tersedia di China, tetapi Squid Game sudah dicetak rompak secara meluas di negara itu. –CARI

Sumber: The Star


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OyaTonggek 26-11-2021 12:09 AM
katak bawah tempurung mati katak..huhu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051458 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top