CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Sekolah Dibenarkan Bawa Telefon Ke Sekolah?

25-11-2021 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3019| Komen: 44

Description: Benarkan telefon bimbit di sekolah tetapi pastikan ada garis panduan ketat mengenai penggunaannya.
Benarkan telefon bimbit di sekolah tetapi pastikan ada garis panduan ketat mengenai penggunaannya.

Barisan pendidik dan ibu bapa berkata sudah tiba masanya untuk membenarkan pelajar membawa peranti mereka ke bilik darjah tetapi mesti ada peraturan untuk mengelakkan kebenaran tersebut disalahgunakan.


Kementerian pada selasa menjalankan satu tinjauan secara dalam talian untuk mendapatkan pandangan masyarakat mengenai sama ada pelajar perlu dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Hasil tinjauan yang berakhir pada 7 Disember ini akan digunakan kementerian untuk merancang dan memutuskan perkara tersebut.


Foto:mStar Online


Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata telefon bimbit perlu dijadikan sebagai peranti pembelajaran.

Pembelajaran dalam talian perlu sebagai tambahan kepada sesi pembelajaran sekarang, katanya.

Telefon bimbit harus digalakkan di sekolah, lebih-lebih lagi sekarang kerana pelajar selesa dengan pembelajaran dalam talian, tambahnya.

“Tetapi mesti ada garis panduan untuk memastikan pelajar berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menggunakan telefon pintar di sekolah,” katanya sambil menambah bahawa setiap sekolah harus diberi kata putus sama ada membenarkan atau tidak telefon bimbit berdasarkan latar belakang ekonomi pelajarnya dan keupayaannya menjalankan pembelajaran dalam talian.

Pakar pendidikan dan bekas Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Datuk N. Siva Subramaniam berkata kementerian perlu mengemukakan garis panduan yang holistik.

“Seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat keperluan untuk menggunakan telefon bimbit dalam sistem pendidikan. Ia tidak dapat dielakkan.

“Kementerian perlu memastikan kebolehcapaian untuk semua pelajar termasuk pelajar B40 jika keputusan dibuat untuk membenarkan telefon bimbit di sekolah,” katanya.

Pengerusi PIBG SMK Cochrane dan SMK (P) Bandaraya Faizal Mohammad Arshad berkata perlu ada pertimbangan teliti dan hubungan rapat antara kementerian, ibu bapa, masyarakat, pentadbir sekolah dan guru sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Membenarkan telefon bimbit akan memudahkan ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka setelah sekolah dibuka semula.

"Walaupun pelajar mungkin menyalahgunakan peranti mereka dan menyebabkan gangguan semasa pelajaran, peranti itu bermanfaat jika digunakan untuk memudahkan pembelajaran," katanya.

Naib Pengerusi PIBG SJK (C) Kota Emerald, Rawang, Ian Chooi berkata telefon bimbit boleh digunakan untuk mengakses maklumat dalam talian untuk pengajian dan ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak terutama ketika kecemasan.

Beliau berkata peralihan pengajaran dan pembelajaran (PdPR) di rumah yang diperkenalkan semasa pandemik tahun lepas menyebabkan peranti elektronik seperti telefon bimbit menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan.

“Pihak sekolah mesti memberi perhatian lebih untuk menguruskan penggunaan telefon bimbit di kawasan sekolah jika tidak ia boleh mengganggu sesi pembelajaran,” katanya. - CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 25-11-2021 11:17 AM
Sekolah ank aku pun dah benarkan students bw hp ke skolah sebab cikgu2 kasi homework thru online je skrg ni
Quote musangbodoh 25-11-2021 11:37 AM
setuju bwk fon ke sekolah...200% byk baik dr buruk...
Quote R2D2 25-11-2021 12:42 PM
Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah?
Khamis, 25 November 2021 11:50 AM


BENARKAN telefon bimbit di sekolah tetapi pastikan ada garis panduan ketat mengenai penggunaannya.

Barisan pendidik dan ibu bapa berkata sudah tiba masanya untuk membenarkan pelajar membawa peranti mereka ke bilik darjah tetapi mesti ada peraturan untuk mengelakkan kebenaran tersebut disalahgunakan.

Kementerian pada selasa menjalankan satu tinjauan secara dalam talian untuk mendapatkan pandangan masyarakat mengenai sama ada pelajar perlu dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Hasil tinjauan yang berakhir pada 7 Disember ini akan digunakan kementerian untuk merancang dan memutuskan perkara tersebut.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata telefon bimbit perlu dijadikan sebagai peranti pembelajaran.

Pembelajaran dalam talian perlu sebagai tambahan kepada sesi pembelajaran sekarang, katanya.

Telefon bimbit harus digalakkan di sekolah, lebih-lebih lagi sekarang kerana pelajar selesa dengan pembelajaran dalam talian, tambahnya.

“Tetapi mesti ada garis panduan untuk memastikan pelajar berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menggunakan telefon pintar di sekolah,” katanya sambil menambah bahawa setiap sekolah harus diberi kata putus sama ada membenarkan atau tidak telefon bimbit berdasarkan latar belakang ekonomi pelajarnya dan keupayaannya menjalankan pembelajaran dalam talian.

Pakar pendidikan dan bekas Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Datuk N. Siva Subramaniam berkata kementerian perlu mengemukakan garis panduan yang holistik.

“Seiring dengan perkembangan teknologi, terdapat keperluan untuk menggunakan telefon bimbit dalam sistem pendidikan. Ia tidak dapat dielakkan.

“Kementerian perlu memastikan kebolehcapaian untuk semua pelajar termasuk pelajar B40 jika keputusan dibuat untuk membenarkan telefon bimbit di sekolah,” katanya.

Pengerusi PIBG SMK Cochrane dan SMK (P) Bandaraya Faizal Mohammad Arshad berkata perlu ada pertimbangan teliti dan hubungan rapat antara kementerian, ibu bapa, masyarakat, pentadbir sekolah dan guru sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Membenarkan telefon bimbit akan memudahkan ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka setelah sekolah dibuka semula.

"Walaupun pelajar mungkin menyalahgunakan peranti mereka dan menyebabkan gangguan semasa pelajaran, peranti itu bermanfaat jika digunakan untuk memudahkan pembelajaran," katanya.

Naib Pengerusi PIBG SJK (C) Kota Emerald, Rawang, Ian Chooi berkata telefon bimbit boleh digunakan untuk mengakses maklumat dalam talian untuk pengajian dan ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk berkomunikasi dengan anak-anak terutama ketika kecemasan.

Beliau berkata peralihan pengajaran dan pembelajaran (PdPR) di rumah yang diperkenalkan semasa pandemik tahun lepas menyebabkan peranti elektronik seperti telefon bimbit menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan.

“Pihak sekolah mesti memberi perhatian lebih untuk menguruskan penggunaan telefon bimbit di kawasan sekolah jika tidak ia boleh mengganggu sesi pembelajaran,” katanya. - The Star
Quote naina 25-11-2021 12:45 PM
Kesian la pelajar2 yang takda HP. Mak bapak tak mampu. Mesti ada perbandingan HP sapa lagi canggih. Budak2 biasalahhh.
Quote carly_lah 25-11-2021 12:51 PM
entah la nk sokong ke x.... sbbnya anak banyak tgk youtube dari buat homework kat phone... huhu
Quote djzara81 25-11-2021 01:42 PM
Anak aku bawa sbb dia dok serama. Aku bagi data cukup2 utk tgk keje sekolah dlm telegram or WA. Aku dah buat app control & hour limit settings dlm Family Link. Pastu dah pesan kalo hp hilang, no more phone for u.
Quote akies 25-11-2021 02:16 PM
kalau sek rendah, bawa hp ni akan bawa banyak masalah..salah satu hp tercicir atau dicuri..

Kalau sek men pula..lebih kepada hiburan..main game/tiktok atau tgk youtube..

Anak iols yg dok asrama ni mmg sekolah benarkan bawa hp..communication semua broadcast melalui wasap. Petang ni ada aktiviti apa..esok ada assembly..kelab atau sukan dibatalkan sbb cikgu takde..semua tru wasap..
Jadi membantula juga dari segi hebahan info berkaitan hal sekolah..

Yang lain.. jika free mula la update IG..
Tgk bola di youtube..tu mana mama dia tak jadi singa bila data dh habiss cepat
Quote takayama 25-11-2021 02:24 PM
always ada pros & cons
sbb semlm anak blk jln kaki dgn angkut bag cam isi batu bata maka kaka setuju aje
public phone tu klu x rosak mng x sah jd perlu bawa hp tp prefer sekolah menengah lah
sekolah rendah kang byk plk masaalah
Quote fazzrules 25-11-2021 02:26 PM
Boleh bawak tapi wajibkan makpak letak google family link kat hp anak masing2. Takdak family link takleh bawak..settle problem..which is aku rasa ramai student yg remaja a k.a budak sekolah menengah tak setuju
Quote azimodin 25-11-2021 02:48 PM
fazzrules: Boleh bawak tapi wajibkan makp ...


Setuju. Pastu minta ibu bapa sign waiver, kalau henfon hilang pihak sekolah tak bertanggungjawab. Lagi satu kerajaan boleh benarkan tracking device macam imoo untuk anak2. Aku pon sorok2 letak benda ni dalam beg. Anak darjah 1 blur2 nak naik bas sekolah sebab leka & banyak hari x ke sekolah secara bersemuka. Kadang2 bila hari hujan lambat sampai transit. Xde la mak bapak bimbang sangat
Quote TeropongThaico 25-11-2021 04:03 PM
Edited by TeropongThaico at 25-11-2021 04:05 PM

Setuju sangat. Senang kalau ada apa2 emergency. Kita nak inform deols boleh anak2 pun senang nak cari kita kalau ada masalah.

So far antara deols takde la yg nak banding2 hp. Bab lain harap tu takde la ndaknya sbb deols jenis 'penonton' ja. Kalau influence kengkawan nnt2 entah la. Tapi harap tak le terpengaruh benda2 lagho ni
Quote angelofish 25-11-2021 04:21 PM
dulu ai bawak sikat pon kena rampas...
Quote cmf_premierleag 25-11-2021 04:42 PM
ada pros and cons
pros nya sume tahulah..malas nk bagitau kat sini
cons nya kalo ada yg nakal pi snap gambo bdk2 pompuan kt toilet ke,nak dajalkan member ke,pastu viral kan gambar tu ke...mmg lahanat la tu.
Quote johan-adx 25-11-2021 04:46 PM
takyah la..hidup lbh aman tanpa henfon sbnrnya..bayangkan la tgh2 wasap rancak cikgu msk..hati dh takleh fokus kt dpn dok fkr nk bls apa kejap lg
Quote annehuda 25-11-2021 04:50 PM
walaupun aku bukan parents, tapi parents kene ingat budak2 zaman sekarang ni nampak je innocent tapi diorang tu kadang-kadang lagi tech-savvy dari makbapak. pandai menipu pun ye.  member aku sorg mcm ni senyap2 rupenye anak ada hp lain. data pakai hotspot dari phone yg makpak kasi je. mmgla ada link amende suma tu kan tetiba hp lock sendiri, tapi ada backup lain
Quote orkid_amani 25-11-2021 05:57 PM
Ank aq sorg satu nsetnya..nasib la hat Laki 5y tu dapat Samsung 7edge pasai skrin nset tu naik merah susah husband aq nk buat kerja. Hat kakak ja redem nset jaringan prihatin tu..si adik pakai nset redmi5 ibu.
Acc YouTube login pasai email ibu..game semua pakai email abh dia. Aq xletak sim card just install on messenger link dgn fb aq. Supaya ank aq boleh buat vc
Quote orkid_amani 25-11-2021 06:00 PM
azimodin replied at 25-11-2021 02:48 PM
Setuju. Pastu minta ibu bapa sign waiver, kalau henfon hilang pihak sekolah tak bertanggungjawab.  ...

Mcm aii..aii search nset ank2 pakai find my phone Google..so mmg boleh track la..
Quote wipers81 25-11-2021 06:04 PM
takayama replied at 25-11-2021 02:24 PM
always ada pros & cons
sbb semlm anak blk jln kaki dgn angkut bag cam isi batu bata maka kaka setuju ...

sama alasan macam saya antara  sebab saya benarkan anak bawa phone ke sekolah.
Quote CiliPadiSedap 25-11-2021 06:43 PM
tak setuju. handphone ni mmg satu kemudahan tapi buruk dia tiktok lah, bigo banyak lg keburukan. budak2 sekarang manja. angkat beg berat dah mengadu , badan tu guna tulang sotong kurita ke?





Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.082188 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top