CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bayi Tak Berbaju, Dah Bengkak Dan Membusuk Di Sawah

24-11-2021 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1502| Komen: 11

Description: Bagan Serai: Mayat bayi perempuan ditemukan dalam keadaan membengkak dan membusuk di batas sawah padi berhampiran Lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri di sini, semalam.
Bagan Serai: Mayat bayi perempuan ditemukan dalam keadaan membengkak dan membusuk di batas sawah padi berhampiran Lorong Taman Serai Muda ke Kampung Padri di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata mayat bayi yang tidak berbaju dan dianggarkan berusia sembilan bulan itu, ditemukan seorang pesawah lelaki yang juga pemilik tanah tersebut pada jam 8.30 pagi.

Katanya polis tidak menemukan sebarang dokumen atau kain balutan di lokasi kejadian dan organ dalaman mayat itu didapati telah hancur.

Gambar Hiasan

"Setakat ini punca kematian bayi itu tidak dapat dipastikan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.


Mazuki berkata kali terakhir pemilik tanah itu melalui kawasan berkenaan ialah sekitar jam 4.30 petang kelmarin untuk menjalankan kerja-kerja membaja, namun tidak terlihat mayat tersebut.

Mayat itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi dan membuang mayat. -CARI

Sumber: Awani/ BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote derp 24-11-2021 10:23 AM
Edited by derp at 24-11-2021 10:25 AM

Allahuakbar
Quote hareeeesah 24-11-2021 10:54 AM
Ya Allah kesiannya baby tu…
Quote 3chanceno 24-11-2021 11:09 AM
Kesiannya baby..mungkin dibuang di sawah yang ada air lepas tu hanyut ke batas..sukar nak tangkap pelaku pasal sawah nie takde cctv
Quote cik_kuntum36 24-11-2021 12:20 PM
Kesian nya... huhuhu
Quote tuttt 24-11-2021 01:28 PM
Tergamak buat baby cmtu [em:9:]
Quote missus_meow 24-11-2021 01:53 PM
sian baby ... tergamak sungguh pelakunya ...
Quote angelofish 24-11-2021 03:58 PM
mayat bayi umur 9 bulan dalam perut ke,9 bulan lepas lahir?
Quote biskutraya 24-11-2021 04:46 PM
9 bulan dah besar dah budak tu.. dah pandai makan, dah papah2 nak berjalan.. huhu.. fishy..
Quote Belibis 24-11-2021 04:57 PM
angelofish replied at 24-11-2021 03:58 PM
mayat bayi umur 9 bulan dalam perut ke,9 bulan lepas lahir?

Setakat ni,umur dikira selepas lahir..tak tau la,kot dah ubah SOP kiraaan umur.
Quote iolss 24-11-2021 05:53 PM
Allahu... i ni lama tggu nk dpt rezki mngandung.. yg ini pon aduhaiii... manusia jns apa la
Quote angelofish 24-11-2021 07:11 PM
Belibis replied at 24-11-2021 04:57 PM
Setakat ni,umur dikira selepas lahir..tak tau la,kot dah ubah SOP kiraaan umur.

itu la..umur 9 bulan tu terlalu besar untuk di buang ..biasa lepas lahir orang buang

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.054718 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top