CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Terlantar, Tak Boleh Cakap Selepas Bersalin Anak Sulung- Suami Setia Jaga, Tak Fikir Kahwin Lain

24-11-2021 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2775| Komen: 28

Description: Bachok: "Tidak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya," luah bapa seor ...
Bachok: "Tidak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya," luah bapa seorang anak, Muhamad Saiful Sudin.


Kini, dia menjaga isterinya, Norfadilla Che Par, 30, yang terlantar sakit selepas melahirkan zuriat sulung mereka kira-kira tiga tahun lalu.

Demi melaksanakan tanggungjawabnya, Muhamad Saiful, 31, yang menetap di Kampung Kok Lintang, Gunung di sini, sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik untuk memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Norfadila yang sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.


Harian Metro


Berkongsi pengalamannya, dia berjaga sehingga awal pagi bagi menemani isterinya yang kebiasaannya tidur selepas waktu Subuh.

Menurutnya, selain memandikan dan menukar lampin pakai buang, dia juga perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali.

"Isteri saya dalam keadaan baik sebelum dan ketika hamil, namun dengan tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit sewaktu melahirkan anak kami secara pembedahan.

"Separuh sel otaknya mati disebabkan oksigen tidak sampai dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dengan izin Allah.

"Empat bulan isteri saya koma dan Allah saja tahu bagaimana sedihnya saya ketika itu dan syukur sangat apabila dia sedar walaupun tidak boleh bercakap dan perlu menerima rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk pemantauan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Bercerita lanjut, Muhamad Saiful bersyukur kerana tinggal bersama keluarga mentua jadi tidak berseorangan memantau Norfadila walaupun dia sepenuhnya yang menguruskan keperluan isterinya itu.

Anaknya, Muhammad Syahmi yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh kakak iparnya, Norhasirah yang tinggal di kampung sebelah.

"Sedih memang ada kerana isteri jadi begitu ketika melahirkan anak dan setahun selepas kami berkahwin.

"Saya juga pernah hilang semangat terutama ketika isteri koma di hospital kerana melihat keadaannya yang seperti tiada peluang untuk isteri sedar apatah lagi sembuh.

"Bagaimanapun, keluarga yang banyak beri saya kekuatan dan semangat untuk terus cekal menjaga isteri sehingga kini malah mereka juga membantu daripada segi kewangan kerana saya tidak bekerja.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada beri elaun sebanyak RM500 tetapi ia tidak cukup kerana perbelanjaan bulanan isteri dianggarkan mencecah RM1,500 dan ia diperlukan bagi membeli lampin pakai buang, bekalan susu untuk setiap tiga hari dan lain-lain lagi," katanya.

Muhamad Saiful berkata, doktor tidak beri jaminan atau jangkaan tempoh isterinya akan sembuh.

Menurut Muhamad Saiful, jika pulih sekalipun, doktor meminta dia bersiap sedia dengan keadaan Norfadila yang tidak akan normal seperti biasa.

"Dia (Norfadila) mungkin sukar kembali sihat seperti dulu namun saya tidak akan berputus asa malah setiap hari berdoa supaya Allah berinya kesembuhan dan keajaiban iaitu peluang kedua untuk hidup normal.

"Saya tidak pernah menyesal berhenti kerja tiga tahun lalu bagi menjaganya kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai suami untuk ada di sisinya.

"Sekurang-kurangnya, saya tidak akan berasa ralat jika berlaku apa-apa kemudian hari.

"Saya yakin ada hikmah di sebalik ujian ini jadi reda dengan apa yang berlaku dan susah atau senang, biarlah kami bersama," katanya yang masih membawa Norfadila menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu setiap enam bulan sekali. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 24-11-2021 10:59 AM
"Isteri saya dalam keadaan baik sebelum dan ketika hamil, namun dengan tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit sewaktu melahirkan anak kami secara pembedahan.

"Separuh sel otaknya mati disebabkan oksigen tidak sampai dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dengan izin Allah.

"Empat bulan isteri saya koma dan Allah saja tahu bagaimana sedihnya saya ketika itu dan syukur sangat apabila dia sedar walaupun tidak boleh bercakap dan perlu menerima rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk pemantauan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Quote hareeeesah 24-11-2021 12:14 PM
Tapi tapi kan bekerja itu lebih baik.. faham dia nak menjaga isteri tapi untuk keselesaan keperluan juga memerlukan duit. Fikir la juga untuk anak tu nanti besar. Semoga dipermudahkan urusan mereka
Quote cik_kuntum36 24-11-2021 12:31 PM
susah nak dapat suami yg sanggup menjaga isteri yg terlantar sakit macam ni... rezeki dia dapat laki yang baik.
Quote Dwdrum 24-11-2021 12:37 PM
hareeeesah replied at 23-11-2021 08:14 PM
Tapi tapi kan bekerja itu lebih baik.. faham dia nak menjaga isteri tapi untuk keselesaan keperluan  ...

Rasa nya cost caretaker issue...
Quote hareeeesah 24-11-2021 12:42 PM
Dwdrum replied at 24-11-2021 12:37 PM
Rasa nya cost caretaker issue...

Ya faham la.. tapi dia cakap dia dengan inlaws meaning parents isteri tu pun boleh je membantu jaga. Dari tak kerja dah orang tua tu pulak kena menanggung segala.. bantuan pun tak cukup katanya kan. maybe cara kita berfikir tak sama la kan. Semoga baik-baik untuk dorang
Quote cap_ayam 24-11-2021 01:23 PM
semoga mudah la urusan mereka ni.. anak sedang membesar memang perlukan banyak duit.
Quote missus_meow 24-11-2021 01:42 PM
kalo tak keje camne survive ... bantuan jkm pon tak cukup ...
Quote missus_meow 24-11-2021 01:44 PM
hareeeesah replied at 24-11-2021 12:42 PM
Ya faham la.. tapi dia cakap dia dengan inlaws meaning parents isteri tu pun boleh je membantu jag ...

agree - rasanya si suami kena gak bekerja. kena mintak tolong parents in law jaga isteri bila dia gi kerja ... terpaksa.
Quote manehnya 24-11-2021 04:21 PM
Ya allah, baiknya suami, ni baru la lelaki kiriman tuhan...
Quote xtinkerbellx 24-11-2021 05:22 PM
Swmoga dipermudahkan
Quote naina 24-11-2021 05:45 PM
Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki
Bukan senang nak jaga orang sakit terlantar cmni
Quote naina 24-11-2021 05:48 PM
hareeeesah replied at 24-11-2021 12:14 PM
Tapi tapi kan bekerja itu lebih baik.. faham dia nak menjaga isteri tapi untuk keselesaan keperluan  ...

Ya faham tu. Tapi maybe mertuanya pun tua tak larat nak jaga suap,tukar lampin cuci2 tu semua kena kudrat yang banyak. Dia bagitau anak dia pun Kakak ipar yang jaga kat kampung sebelah.
Maybe dia boleh buat kerja online ke..sebab anak pun orang lain jaga kan. Takkan la gamak tak kerja langsung. Tu tanggungjawab dia. Sampai bila kan nak harap bantuan..
Quote Orix 24-11-2021 05:51 PM
soklan noob, kalau kecacatan disebabkan pembedahan mcm ni insurans cover ke eh
Quote hareeeesah 24-11-2021 06:21 PM
naina replied at 24-11-2021 05:48 PM
Ya faham tu. Tapi maybe mertuanya pun tua tak larat nak jaga suap,tukar lampin cuci2 tu semua kena ...

Kan… rasa keadaan isteri dia pun skarang much better dari awal dulu. Kena la usaha juga cari kerja nafkah tu kan tanggungjawab suami & bapa juga. Semoga keluarga yang membantu pun dipermudahkan urusan mereka..  
Quote hareeeesah 24-11-2021 06:24 PM
missus_meow replied at 24-11-2021 01:44 PM
agree - rasanya si suami kena gak bekerja. kena mintak tolong parents in law jaga isteri bila dia  ...

Kalau dia kerja atleast boleh juga dia upah orang jaga sementara dia keluar bekerja kan kalau inlaws dah uzur.. ish kita pulak dok kalut fikir sebab yela skarang ni kalau takde duit susah.. bantuan pun sampai bila je la nak harap kan orang bantu kita
Quote makadek 24-11-2021 06:29 PM
Setahun je bahagia..semoga di permudahkan
Dn p lah kerja
Quote evlinne 24-11-2021 07:00 PM
hareeeesah replied at 24-11-2021 12:14 PM
Tapi tapi kan bekerja itu lebih baik.. faham dia nak menjaga isteri tapi untuk keselesaan keperluan  ...

Maybe parents si isteri susah nak angkat pegi tandas etc. Jadi suami lebih kuat utk papah dia mandi, apa semua. Kita tak berada kt tempat dorang so taktau halangan masing2..

Semoga yg baik2 sahaja utk keluarga ni
Quote CiliPadiSedap 24-11-2021 07:45 PM
hareeeesah: Tapi tapi kan bekerja itu lebih baik.. faham dia nak menjaga isteri tapi untuk keselesaan keperluan juga memerlukan duit. Fikir la juga untuk anak tu  ...


kita derma je duit, kita tak berada dalam situasi dia, semua orang boleh pakar bagi nasihat tapi the right person boleh nasihatkan dia adalah dia sendiri sebab dia tahu apa dia alami n hadapi.

kita bantu apa termampu.

Quote CiliPadiSedap 24-11-2021 07:46 PM
Orix replied at 24-11-2021 05:51 PM
soklan noob, kalau kecacatan disebabkan pembedahan mcm ni insurans cover ke eh

sebelum bedah sebelum vaksin pun dh ada surat kena tanda tangan. insurans lg licik dan cerdik .

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.161665 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top