CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyelidik Temui Ikan Kanibal, Miliki 500 Batang Gigi

3-11-2021 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2351| Komen: 8

Description: Washington: Penyelidik menemui spesies ikan predator, lingcod pasifik yang mempunyai lebih 500 gigi dengan susunan rawak di kedua-dua rahang.
Washington: Penyelidik menemui spesies ikan predator, lingcod pasifik yang mempunyai lebih 500 gigi dengan susunan rawak di kedua-dua rahang.

Portal National Geographic melaporkan kajian diterbitkan Oktober lalu di jurnal ilmiah Proceedings of the Royal Society B melaporkan 20 gigi spesies ikan omnivor itu mampu tumbuh dan hilang setiap hari.

"Jika manusia memiliki susunan gigi yang sama (dengan ikan lingcod), ertinya semua gigi kita akan diganti yang baru setiap hari," kata profesor biologi di University of Washington Adam Summers.


Foto: Agensi

Penuntut di University of Washington dan juga rakan penyelidik Karly Cohen mengatakan, keupayaan penggantian gigi lingcod pasifik ini mengejutkan penyelidik.


Menurutnya, lingcold pasifik termasuk dalam spesies ikan yang memiliki keunikan sebagaimana ikan pemancing (anglerfish) yang memiliki gigi di dahi atau piranha yang boleh kehilangan satu per empat giginya sekali gus.

"Kebanyakan ikan memiliki gigi seperti lingcod. Boleh jadi sebahagian besar ikan kehilangan gigi dalam jumlah besar setiap hari," katanya.

Ukuran panjang ikan lingcod pasifik boleh mencecah 1.2 meter ketika dewasa.

Haiwan kanibalisme itu boleh ditemui di pantai barat Amerika Utara, dari Alaska ke California, serta Mexico. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 3-11-2021 01:17 PM
mesti ikan nie ade harga nnti...bleh buat content

sedangkan ikan toman pun ramai follower...
Quote superwolff 3-11-2021 01:45 PM
scary shit
Quote slyfynx 3-11-2021 02:03 PM
Haiwan kanibalisme itu boleh ditemui di pantai barat Amerika Utara, dari Alaska ke California, serta Mexico


Dalam artikel ni je satu2 ayat yang cakap pasal kanibalisme dan xde penerangan ape2 pn.
Tup terus letak tajuk ikan kanibal.

Kalau xde detail pasal kanibalisme ni, nape x letak predator je.
Sbb aku x jumpe lak penerengan ttg die makan spesis sendiri
Quote Thunderclouds 3-11-2021 02:23 PM
slyfynx replied at 3-11-2021 02:03 PM
Dalam artikel ni je satu2 ayat yang cakap pasal kanibalisme dan xde penerangan ape2 pn.
Tup terus  ...

I was about to say the same thing. Tang mana cannibal tu @ tt main taram je tajuk?
Quote OnADiet 3-11-2021 03:20 PM
agree with you
Quote zorrro_03 3-11-2021 04:00 PM
slyfynx replied at 3-11-2021 02:03 PM
Dalam artikel ni je satu2 ayat yang cakap pasal kanibalisme dan xde penerangan ape2 pn.
Tup terus  ...

kalau lah ikan boleh saman perekayasa itu
Quote sekngucing 3-11-2021 05:52 PM
Rasanya lama dah benda ni..rasa amcm pernah baca dlu..berita recycle kah
Quote yayah8989 5-11-2021 03:17 AM
Kenapa kanibal ye? Makan sesama sendiri kah?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.179829 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top