CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ammar Alfian Didenda RM3,500 Rosakkan Van Pos Malaysia

1-11-2021 08:51 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9184| Komen: 59|Original author: Oleh: LilRose

Description: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan pelakon Ammar Alfian membayar denda RM3,500.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan pelakon Ammar Alfian membayar denda RM3,500.

Ia berikutan pelakon terbabit mengaku bersalah mengetuk pintu van Pos Malaysia dengan kayu besbol dan menumbuk pemandu van berkenaan pada April lalu.


Ammar Alfian Aziz, 34, turut diperintahkan Majistret S Mageswary untuk menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. 


Gambar hiasan

Difahamkan, Ammar membayar denda tersebut.

Memetik Bernama, Ammar didenda RM2,000 atau penjara sebulan bagi pertuduhan dan RM1,500 atau penjara sebulan bagi pertuduhan mencederakan.

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa mengetuk pintu kanan Toyota Hiace milik Pos Malaysia Berhad dengan kayu besbol sehingga menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM777 pada 1.45 tengah hari 5 April lalu di Jalan Budiman 26/17A, Cheras.


Dia dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mencederakan Muhammad Nur Aimin Mohd Noor, 31, Ammar dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-keduanya.

“Tertuduh sepatutnya menunjukkan contoh baik kepada orang awam memandangkan dia seorang artis yang dikenali ramai,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Anisha Jamilludin yang memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.


Kredit foto: Cinema Online

Selain mendakwa kerugian yang dialami hanya sekitar RM700, peguam yang mewakili Ammar, Muhammad Rhastdan Abdul Wahab hukuman ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya.

“Mangsa juga hanya mengalami kecederaan ringan dan anak guam saya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syaz_lina 1-11-2021 08:55 PM
Mabuk n high ke apa...denda rm3500 je?? Elok sumbT dlm penjara baru kecut telor samseng ni
Quote ezacbee 1-11-2021 09:04 PM
Test power ke tu?
Quote norawestallen 1-11-2021 09:09 PM
Sape tau apa motif dia buat camtu
Quote musangbodoh 1-11-2021 09:34 PM
jgn kena kutip udahler
Quote immaryjane 1-11-2021 09:43 PM
Idola jahlop tk ajar ke jgn rosakkn harta bnde org? Ke dh hbis dh musim retis tunjuk alim?
Quote edoraixora 1-11-2021 10:05 PM
Apolah peguam ammar cakap 'hanya mengalami kerugian rm700', 'hanya mengalami kecederaan ringan'.
Palotak dia, makna kata xpe lah anak guam dia buat gitu..
Org baran ni elok sumbat je dlm penjara, biar dia tahu arti penyesalan
Quote 3chanceno 1-11-2021 10:10 PM
Tak crita pulak motip pi bantai orang & rosakkan van jugak...rm3500 kira sikit untuk Amar nie..kurang2 pun masuk 1-2 hari jel baru tahu sapa samseng kg dusun
Quote sharlenetexas 1-11-2021 10:11 PM
Gambar pegang quran hari tu sekadar lakonanlah ye?
Nabil kameleon tayang kepala lutut. Julripin pun pakai seluar pendek. Hilang dah segala jubah
Quote eely_shana 1-11-2021 10:14 PM
dah buat salah tu..kena lah bayar ye
Quote AKAZ85 1-11-2021 10:21 PM
Baran ke mabuk todi ko bangla?
Quote AKAZ85 1-11-2021 10:24 PM
sharlenetexas replied at 1-11-2021 10:11 PM
Gambar pegang quran hari tu sekadar lakonanlah ye?
Nabil kameleon tayang kepala lutut. Julripin pun  ...

Haah.. Ternampak haji capang berseluar pendek kat feed acik shira ijoy.. Kemain hari tu cerita hidayah bagai.. Puii.. Sama je la 30k tu.. Jijik bila dengar retis baru acah2 berhijrah ni sembang macam beria je bab ketuhanan.. Last2 tak mampu jugak nak tolak nikmat dunia showbiz ni
Quote Normabaru 1-11-2021 10:32 PM
sharlenetexas: Gambar pegang quran hari tu se ...


Laaa abam peti es dh tayang orat jgk ke.. Choii
Quote Normabaru 1-11-2021 10:33 PM
AKAZ85 replied at 2-11-2021 12:24 AM
Haah.. Ternampak haji capang berseluar pendek kat feed acik shira ijoy.. Kemain hari tu cerita hid ...

30k tu sapo dikkk
Quote Fly_over 1-11-2021 10:33 PM
sorg lagi kantoi?
Quote beatgirlX 1-11-2021 10:34 PM
Alasan lawyer dia sangat jijik
Quote dudaberhias 1-11-2021 10:34 PM
Aik kenapa dia buat macamtu? Meroyan tak dapat jumpa anak ke atau sebab kena share tikoh dengan derih haritu?
Quote Normabaru 1-11-2021 10:35 PM
3chanceno replied at 2-11-2021 12:10 AM
Tak crita pulak motip pi bantai orang & rosakkan van jugak...rm3500 kira sikit untuk Amar nie..kuran ...

Betul.. Apesal sikit sgt.. Ptt as retis yang dikenali plg kurang 10k.. Sbb jadi cth xbaik. Plus serang melulu. Why xde penjara.. Gila laaa hakim ni..

Bila part salah kena follow ikut marhaen level
Bila part privileges kena follow retis kayangan level..apooo
Quote 3chanceno 1-11-2021 10:42 PM
sharlenetexas replied at 1-11-2021 10:11 PM
Gambar pegang quran hari tu sekadar lakonanlah ye?
Nabil kameleon tayang kepala lutut. Julripin pun  ...

Jubah semua basah sis pasal hari asyik hujan je
Quote 3chanceno 1-11-2021 10:45 PM
Normabaru replied at 1-11-2021 10:35 PM
Betul.. Apesal sikit sgt.. Ptt as retis yang dikenali plg kurang 10k.. Sbb jadi cth xbaik. Plus se ...

Tu lah yg rasa tak adil hukuman nie

Retis kalau buat perangai tak senonoh boleh je dapat idea nak konar baring.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046841 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top