CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Semua Salah PKP Jari Kembang Sampai Cincin Tersangkut, Nyaris Panggil Bomba!

1-11-2021 09:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3033| Komen: 15

Description: Siapa tidak gelabah bila cincin yang biasa dipakai tiba-tiba ketat dan tidak boleh ditanggalkan!
Siapa tidak gelabah bila cincin yang biasa dipakai tiba-tiba ketat dan tidak boleh ditanggalkan!

Semuanya gara-gara PKP! (Perintah Kawalan Pergerakan).



Kredit foto: TikTok/mStar

Berkongsi video dirinya sedang berusaha keras untuk menanggalkan cincin tersebut, Izzah Izzaty Zulkiflee, 22 berkata, pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu tempoh PKP sebelum ini menyebabkan cincin yang sudah hampir dua tahun dipakainya tidak boleh ditanggalkan.

"Seumur hidup saya, tak pernah lagi jadi macam ni, ni semua gara-gara PKP, saya duduk rumah asyik makan.


"Saya mula sedar yang cincin tu lekat sebab saya nak tanggalkan untuk cuci cincin tu, tapi tak boleh, ada dalam tiga jam saya cuba nak tanggal tapi tak lepas," katanya kepada mStar.


Kredit foto: TikTok/mStar

Buntu, Izzah yang juga seorang peniaga dalam talian kemudiannya mendapatkan pandangan daripada rakan-rakannya.

"Saya post dekat TikTok, saya rekod video saya tengah cuba nak tanggalkan cincin tu.

"Mula-mula saya basuh tangan tak boleh, saya tanya kawan-kawan, mereka suggest letak minyak lepas tu saya letak sabun pinggan mangkuk pun susah juga nak buka," katanya yang menetap di Cheras di ibu negara.

Izzah yang sudah bertunang berkata, dia hampir sahaja menghubungi bomba apabila segala usaha yang dilakukannya tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berhasil.

"Memang bila tak boleh cabut tu saya rasa nak panggil bomba, tapi rasa sayang pula kalau panggil bomba sebab nanti kena patahkan cincin tu, jadi saya try juga untuk buka sendiri.

"Susah, memang lama jugak masa yang saya ambil untuk buka tu sampai bengkak dan merah-merah jari saya.

"Tapi lepas beberapa jam mencuba, letak sabun dengan minyak baru ia tanggal," katanya.


Kredit foto: TikTok/mStar

Akibat kejadian itu, Izzah kini trauma untuk memakai semula cincin tersebut.



"Saya pakai cincin tu dah lama dah sebelum ni boleh je cabut tapi seminggu lepas saya dapat suntikan vaksin memang saya makan banyak.

"Tiba-tiba nak cabut cincin tu dah tak boleh sebab jari dah gemuk jadi sampai sekarang saya tak pakai cincin tu, takut dah," katanya, menambah cincin itu dibelinya sendiri.


Kredit foto: TikTok/mStar

Susulan kejadian itu dia kini dalam proses untuk menurunkan berat badan bagi memastikan cincin tersebut boleh dipakai semula satu hari nanti.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 1-11-2021 09:11 PM
Sampah masharakat cerita eh.siap gambo pmpuan ni ..nk pomot apo
Quote missyL 1-11-2021 10:05 PM
Hahahaha.
I dah lame x sarung cincin2.
Rimas. Harap2 xpyh pggl bomba
Quote Normabaru 1-11-2021 10:25 PM
aneh ya.. ko xbuka2 cincin lgsg?
So tidur solat mkn semua dgn cincin

How u mkn nasi? if lefthanded..  How u vera cuci xpki jari ka..

sah sah clout chaser ini semuaaaa..yihh
Quote prettyuglybabe 2-11-2021 10:19 AM
attention seeker..
tak pun pompuan pengotor..
good luck la sapa jadi pasangannya..
Quote makton 2-11-2021 11:21 AM
hjg2 gambar tuan badan siap posing melentik. esok kuar produk kuruskan badan timbang kilo
Quote tupaiterbang 2-11-2021 11:25 AM

Muka dia sebijik maid indon aku dulu [em:3:]
Quote Cintakapuri 3-11-2021 12:31 AM
tupaiterbang replied at 2-11-2021 11:25 AM
Muka dia sebijik maid indon aku dulu [em:3:]

Kejammmmmmm
Quote gekkou 3-11-2021 09:02 AM
nak salahkan pkp ke
nk salahkan amik vaksin, makan banyak
so jari tembun

sendiri punya badan kak
patut dah boleh fikir la
Quote Artemesiaa 3-11-2021 10:48 AM
Tak check cincin hari2 ke macam mana.  Jadi tak pernah basuh cincin sampai jadi macam tu baru nak perasan, euwww ada masaalah bab kebersihan nampaknya.
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 10:55 AM
Berapa dia bayar porum ni untuk upkan diri dia?
Quote biskutraya 4-11-2021 12:31 PM
Kenapa jari dah tak muat baru nak cabut keluarkn cincin. Kan kita pakai kita rasa ketat, sakit.. dah tau la maksudnya dah tak boleh pakai. Badan berisi bukan nye 1st day pkp terus naik 10kg.. pkp lame kot 4-5 bulan.. Common sense takde ke.. huhu..
Quote Kitty_catz 4-11-2021 02:12 PM
sapa suh gems?
Quote ina_na 16-11-2021 06:56 AM
Kadang2 pelik gak..tgk kat FB pun ramai yg mcm ni.. walaupun berat dah naik tp cincin msh pakai kita tgk pun dah sakit jari tu.. lps tu minta petua nk senang tanggalkan..
Quote makadek 16-11-2021 09:14 AM
Aku baru je tukar cincin lain
Ketat gak tk gigih nk pakai
Sakit jari ..mongek tul yg tahan jari sakt
Quote Fazsemput 17-11-2021 11:31 PM
Auta je ni.. org klo lme x bukk cincin akn berbks putih..  lgi2 klo ketat... ni nmpk sgt bru pakai cincin lama pastu merempn ckp x leh bukk

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061927 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top