CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Post Gambar Berbusana Pengantin Siap Dengan Tarikh, Ingatkan Janna Nick Dah Kahwin!

1-11-2021 08:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3409| Komen: 17

Description: Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsi foto mengenakan busana pengantin tradisional di Instagram.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsi foto mengenakan busana pengantin tradisional di Instagram.

Anggun mengenakan kebaya daripada fabrik songket, perkongsian Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir dengan kapsyen tarikh 1.11.21 bersama emoji cincin mengundang perhatian netizen.



Ruang komen juga dihujani dengan ratusan ucapan tahniah yang rata-ratanya menyangka pelakon berkenaan sudah berkahwin.

Bagaimanapun aktres berusia 26 tahun itu memberitahu foto tersebut diambil ketika menjayakan salah satu babak drama berjudul Shakira yang masih dalam penggambaran.


"Saya belum lagi bernikah atau berkahwin... foto itu hanya dalam salah satu babak drama yang sedang dalam penggambaran.

"Bukan saya sengaja nak beri bayangan atau teka-teki. Sekadar nak kongsi foto tengah shooting sahaja," kata Janna ketika dihubungi mStar.


Kredit foto: IG Janna

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Janna berkata dia akan berkahwin selepas rambutnya panjang sehingga paras pinggang.

Janna yang juga seorang penyanyi turut memberitahu dia tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan berkaitan perkahwinan.

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita ini menegaskan dia akan berkongsi berita gembira berkaitan perkahwinan apabila sudah tiba masa yang sesuai.

"Insya-Allah soal jodoh... kahwin ini, saya tetap akan kongsikan dengan semua apabila sudah tiba masanya nanti.

"Macam yang saya beritahu sebelum ini, buat masa sekarang perancangan ke arah itu belum lagi. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk kami," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eely_shana 1-11-2021 08:31 PM
Ingt kan kawen betul2. baru nk ucap tahniah
Quote dudaberhias 1-11-2021 08:36 PM
Takkan la yenna yg beli kamera utk jejan beepuluh ribu nak sanding macamtu je dengan pelamin yang macam sewa sehari RM500 gitu?? Dah tentu2 lah dekat set shooting jerrr.... Btw pelamin tu motipppp bunga biru baby shower theyols main letak je? Eee spoil je kaler flora fauna belakang tu.
Quote bedahmenjuyah 1-11-2021 08:45 PM
Kaka duda tak nak beliak2 kan mata ke? Ke dah terlebih jegil. Obvious kot ni gambar shooting. Artis sanding mesti la pakai fesyen bridal terkini. Ni mcm copy paste baju schawal sanding jah. Dekat 10 tahun dulu kan.
Quote Perawankota 1-11-2021 08:47 PM
Bosan aih.. Sebab dah tau semua itu lakonan sahaja
Quote nolya 1-11-2021 09:56 PM
Cantik laa Janna berbaju pengantin walaupun kerana shooting. Songket biru tu pun cantik. Pakailah yg betul2, ramai akan mendoakannya.
Quote eely_shana 1-11-2021 10:20 PM
dan smoga cepat2 betul2 kawen jannah
Quote miss_perfect 1-11-2021 10:27 PM
Nak bagi hint dekat bf suruh cepat2 meminang lettewwww
Quote trexxxxxi 1-11-2021 10:32 PM
Songket biru tu cantik

Lambat lagi ler rambutnya nak cecah pinggang?
Quote slyfynx 1-11-2021 10:43 PM
Okeh.
X nk komen byk2. Nnt trigger pulak wanita inneh.
Next...
Quote hanna88 1-11-2021 10:47 PM
cantik dia pakai baju warna tu..tapi tu la lakonan je kan..
Quote sarah82 1-11-2021 10:54 PM
Cantik la songket biru tu
Quote eely_shana 1-11-2021 11:21 PM
nolya replied at 1-11-2021 09:56 PM
Cantik laa Janna berbaju pengantin walaupun kerana shooting. Songket biru tu pun cantik. Pakailah yg ...

Ameeen..in shaa Allah.smga cpt bertemu jodoh jannah
Quote AKAZ85 2-11-2021 05:41 AM
Bosan laa citer debab ni
Quote sunshinelady 2-11-2021 08:24 AM
i like this outfit. cantik dia in this. walaupun tak minat langsung ngan dia ni.
Quote makton 2-11-2021 08:27 AM
cantik nya dia pakai baju songket biru tu. nampak comel
Quote tipah89 2-11-2021 09:25 AM
cantiknya songket kaler ni
Quote nakkomenjugak 2-11-2021 10:53 PM
Songket lawa
Mekna basic
Bye

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.063862 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top