CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ismail Izzani Putus Dengan Shalma Eliana, Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

1-11-2021 08:10 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7341| Komen: 36|Original author: Oleh: Saiful

Description: Ismail Izzani dah putus dengan Shalma Eliana. Mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya.
Ismail Izzani dah putus dengan Shalma Eliana. Mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya.

"Ya memang benar hubungan saya dengan Shalma Eliana dah putus. Kami memilih untuk membuat haluan masing-masing. Saya pun ada banyak lagi perkara yang saya nak explore dan lalui. Begitu juga dengan Eliana.

"Kami masih lagi berkawan. Itu yang membuatkan saya gembira. Macam-macam perkara yang telah berlaku dan saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengenali diri saya dengan lebih lanjut,"katanya melalui Melodi.

Foto: IG


Tambah Ismail lagi, "Apa yang boleh saya katakan, saya ada buat silap. I’m messed up. Pada masa sama juga, saya tidak mahu cakap yang saya akan belajar daripada kesilapan saya kerana fokus saya ketika ini adalah untuk diri saya, keluarga dan orang-orang di sekeliling yang banyak bagi semangat."

Sementara itu Eliana kata mereka masih muda dan banyak lagi yang harus dipelajari.


Foto: IG

"Kami masih lagi muda dan banyak lagi perkara yang harus kami belajar. Tapi tak mengapalah, perjalanan saya dengan Ismail masih lagi panjang.

"Walau apa pun yang terjadi diantara kami, tiada apa-apa kerugian pun sebenarnya."

Foto: IG

Eliana juga memberitahu cincin berlian yang diberikan Ismail dah tiada.

"Dia selalu bagi saya hadiah. Saya pun begitu juga. Saya rasa perkara tersebut adil dan tidak perlu rasanya untuk kami pulangkan apa-apa.Lagi pun, cincin itu sudah tiada lagi dengan saya. Tangan saya pun dah kosong. Sebenarnya ada tragedi yang berlaku."


Foto: Google

Ismail pula kata, “Ada satu perkara yang terjadi pada cincin itu. Sebelum ini, saya dan Eliana ada pergi berkhemah dengan beberapa orang kawan. Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kata kita buang je cincin ini. Itu adalah momennya.

"Meskipun ia merupakan detik yang agak sukar namun, saya rasa itu juga merupakan perkara yang terbaik untuk Eliana. Saya gembira dengan keadaan dia sekarang. Dia semakin bermotivasi dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan."

Lain kali sedekahlah, sayang pula berlian dibuang dalam sungai begitu sahaja. Tak gitu? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-11-2021 08:14 PM
Alahai kejapnya dah putus dengan jejan telinga capang tom n jerry tu.

Tapi memang nampak tak serasi dan awal2 dah terdetik tak lama mana sebab macam kakak dan adik lepastu bagaikan bunga kantan di belah dua, bukannya pinang di belah dua

Si mael ni patut cari pompuan sepet dan kusam rupa tak mandi selama 10 tahun macam dia jugak. Yang mata celik rasanya tak sesuai. Takpun ajommm kita ke hatyai dik akak belanja double eyelid surgery. Bagi nampak celik sikit mata tu, baru nampak wangi macam baru lepas mandi. Agittew
Quote olezzeli17 1-11-2021 08:16 PM
Sungai mana tu? Nak pi cari.. budak2 Kalau bercakap memang tak guna akal ek?
Quote eely_shana 1-11-2021 08:23 PM
Gitu pulak kisahnya
Quote SpyLeman 1-11-2021 09:02 PM
Bukan ke mamat ni ex boypren seripah mawar bakal menatu tiri tokti?
Quote wallflower 1-11-2021 09:11 PM
dudaberhias replied at 1-11-2021 08:14 PM
Alahai kejapnya dah putus dengan jejan telinga capang tom n jerry tu.

Tapi memang nampak tak  ...

Kaka duda ada agenda tersembunyi. Kihkih.
Quote eely_shana 1-11-2021 10:21 PM
baru teringat..dua org ni pernah berlakon sama kat astro citra cerita seram
Quote slyfynx 1-11-2021 10:42 PM
1. Berlagak banyak duit mcm x cukup akal. Konon gempak la buang rete mende dalam sungai.
2. Aku smpi skrg x jumpe lagi tang mana hensemnye Mael ni.
Quote nakkomenjugak 1-11-2021 10:44 PM
hahahaahahahahahha dah agak dahhhhh!
Tak payah propa laaa
Deme retissss, budakkkk hengusan lagi
Time iol baya deme punnn dok tukar2 bf
Inikan pulakkkk retis dan kayooo
Quote hanna88 1-11-2021 10:47 PM
nak komen cincin je..buat apa di buang haha
Quote Carcosa 1-11-2021 11:18 PM
Mamposlah kau 2.ekor.
Kesah pulak aku kau putus. Telinga kau tu Mael, kasi putus sikit. Banyak nau makan ruang dlm gambar.
Quote applecomel 1-11-2021 11:23 PM
senang cari duit....boleh buang apa saja
Quote lyshafull 1-11-2021 11:26 PM
Bnde dh bolh agak engkorg je nk pinky promise bagai
Quote eely_shana 1-11-2021 11:27 PM
Kat sungai mana agaknya ni
Quote pencintaABC 1-11-2021 11:28 PM
dudaberhias replied at 1-11-2021 08:14 PM
Alahai kejapnya dah putus dengan jejan telinga capang tom n jerry tu.

Tapi memang nampak tak  ...

Tak tergoda langsung dgn kesadoan mael ke? Kui kui
Quote Cleocatra 1-11-2021 11:45 PM
slyfynx replied at 1-11-2021 10:42 PM
1. Berlagak banyak duit mcm x cukup akal. Konon gempak la buang rete mende dalam sungai.
2. Aku smpi ...

Sampai kiamat tak kan jumpa kaka
Sebab memang tak dek dalam kamus hensem..
Quote Whitney72 1-11-2021 11:53 PM
Badan sado tp bebird saiz punai kot..klau i pun, i lari..muka cam x mandi pagi je..x selera..
Lbh dambakan lelaki kemas dan segak wlau x kaya..janji naik syok bila nk berasmara
Quote LadyCarefree 2-11-2021 12:00 AM
Sbb cincin haprak je kot.
Quote Normabaru 2-11-2021 12:00 AM
SpyLeman replied at 1-11-2021 11:02 PM
Bukan ke mamat ni ex boypren seripah mawar bakal menatu tiri tokti?

seripah tu dh jadi sejarah jaaa...nway ni mesti kes curang lg la ni...haha..mail oh mail...mummy's boy mcm ko ni xpyhla kawen...dok je kepit bwh tiak mak..
Quote CikYaYaYa 2-11-2021 01:34 AM
Halah halah takat umur muda cam gitu biasakkk laaa putus chintaa.. Masa niee jelaaa korgg nak mrasaa skandal rmaii kn.. Why borderrr whyy borderr

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054469 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top