CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berpuluh Tiang Elektrik Dicabut Bekas Ketua Kampung Kalah Pilihan Raya

1-11-2021 08:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2848| Komen: 11

Description: Sebuah video menunjukkan aksi bekas ketua kampung mencabut puluhan tiang elektrik menjadi tular di media sosial, lapor Suara.com semalam.
Sebuah video menunjukkan aksi bekas ketua kampung mencabut puluhan tiang elektrik menjadi tular di media sosial, lapor Suara.com semalam.

Menerusi video dimuat naik ke akaun Instagram @memomedsos, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana berang apabila kalah dalam pilihan raya ketua kampung di wilayah Jawa Tengah.


Kredit foto: IG memomedsos

“Puluhan tiang elektrik dicabut selepas bekas ketua kampung kalah dalam pilihan raya.

“Penduduk Desa Guwo, Pati, Jawa Tengah dikejutkan dengan perkara itu, dipercayai kerana bekas ketua kampung kalah pada pilihan raya yang diadakan April lalu,” demikian keterangan yang dimuat naik bersama video tersebut.


Berdasarkan video tersebut, kelihatan sebuah lori berwarna kuning yang menggunakan satu alat menyerupai tiang panjang untuk merobohkan tiang elektrik di kampung tersebut.


Kredit foto: TribunNews

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya memberikan pelbagai pendapat menerusi ruangan komen.

“Mujur kalah dalam pilihanraya, jika menang? Dia (bekas ketua kampung) sudah ibarat seperti seorang pencuri,” komen seorang netizen.

“Bertenang sahaja kerana masih ada ketua kampung dan tiang elektrik baharu,” komen netizen lain.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 1-11-2021 10:44 PM
"kok gitu?"-indon
Quote syaz_lina 1-11-2021 10:51 PM
Gilos buruk siku..indon kalu xmengarut mmg tak sah
Quote makadek 1-11-2021 10:58 PM
Sah perangai sebijik cam mamat stink
@stingergorgeous
Ya alloh selamatin nabila ya alloh
Quote dani-rox 1-11-2021 11:05 PM
beli dan pasang tiang letrik tu pakai duit dia ke?? apapun, ngok punya indon.
Quote CikYaYaYa 2-11-2021 12:03 AM
Buruk sikuu laaa bekas ketua kampung itewww.
Quote keane.somewhere 2-11-2021 12:18 AM
Ketua Kampung kat Indon kaya2....bukan jenis Kat Malaysia....asal Pandai lepak kedai kopi , sembang politik dah boleh jd ketua kampung
Quote KamikuP 2-11-2021 09:45 AM
Seharusnya ku bilang wow gituh?
Quote squeeze 2-11-2021 10:17 AM
hahaha..giler punye ketua kampung..indon ni lain macam
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 03:07 PM
The ghettoest country.
Quote Mooverine 4-11-2021 03:17 PM
aih., tiang tu semua, duit dari kocek dia sendiri ke mcm mana.. hahaha.. funny-funny ja lah news dari jiran kita ni
Quote edayildiz 4-11-2021 03:17 PM
buruk siku

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050783 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top