Sebuah video menunjukkan aksi bekas ketua kampung mencabut puluhan tiang elektrik menjadi tular di media sosial, lapor Suara.com semalam.
Menerusi video dimuat naik ke akaun Instagram @memomedsos, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana berang apabila kalah dalam pilihan raya ketua kampung di wilayah Jawa Tengah.
Kredit foto: IG memomedsos
“Puluhan tiang elektrik dicabut selepas bekas ketua kampung kalah dalam pilihan raya.
“Penduduk Desa Guwo, Pati, Jawa Tengah dikejutkan dengan perkara itu, dipercayai kerana bekas ketua kampung kalah pada pilihan raya yang diadakan April lalu,” demikian keterangan yang dimuat naik bersama video tersebut.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan sebuah lori berwarna kuning yang menggunakan satu alat menyerupai tiang panjang untuk merobohkan tiang elektrik di kampung tersebut.
Kredit foto: TribunNews
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya memberikan pelbagai pendapat menerusi ruangan komen.
“Mujur kalah dalam pilihanraya, jika menang? Dia (bekas ketua kampung) sudah ibarat seperti seorang pencuri,” komen seorang netizen.
“Bertenang sahaja kerana masih ada ketua kampung dan tiang elektrik baharu,” komen netizen lain.
Sumber: Kosmo |