CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Kisah Jadi 'Cleaner', Yatt Hamzah Idam Mati Di Madinah

1-11-2021 05:22 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12491| Komen: 163|Original author: Oleh: LilRose

Description: Pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa terharu apabila diberi kesempatan membersihkan tempat kedua paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram iaitu Masjid Nabawi.
Pelakon Yatt Hamzah meluahkan rasa terharu apabila diberi kesempatan membersihkan tempat kedua paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram iaitu Masjid Nabawi.



Kredit foto: IG

Berkongsi di Instagram, pemilik nama Haryati Hamzah, 40, itu memuat naik video dirinya membersihkan karpet di dalam masjid berkenaan menggunakan alat pembersih hampagas (vakum).

"Memang dah lama teringin nak membantu pekerja kebersihan di dalam Masjid Nabawi sebab Bonda ni memang suka sangat membersihkan rumah. 

"Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi walaupun hanya sebentar," luahnya.



Kredit foto: IG

Ibu enam cahaya mata itu juga meluahkan impian mahu melihat anak-anaknya membesar di Madinah.

"Aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi'. 

"Jika pada perkiraanMU, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati Ya Allah," ujarnya yang berharap doanya dimakbulkan.




Apa pula kata anak-anak Yatt, mereka suka ke kalau membesar di sana? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watymuchaz 1-11-2021 05:25 PM
Hati aku itam ke.. Aku rasa dia ni wlpn dah bertutup litup ttp lah nak mencabup..
Quote eely_shana 1-11-2021 05:38 PM
Smga impian mu tercapai ye yatt
Quote anakkerengga 1-11-2021 05:40 PM
Mati kat malaysia pun ok… kat mana2 takde mslh.. asalkan mati dlm iman.. lgpun tak perlu lah nak berdrama sambil pegang vaakum.. org zmn skrg semua nak menunjuk.. hidup takde privacy
Quote QueenCaramel 1-11-2021 05:45 PM
Hmm bukan lebih baik doa mati dlm husnul khotimah di mana sekalipun..ishh itu lebih afdhal kan..haizzz..pape je la yatt..over nau..tah2 vacuum tu kt situ je..die dok mgade nk vacum carpet tu..kengkononnnn sangatt
Quote mojarean_X 1-11-2021 05:45 PM
X pernah pergi. Sblm pandemik, sana sini ke travel tp x pernah terjentik nk g sini. Tp skrg teringin nk g sini
Quote Nenasketum 1-11-2021 05:45 PM
Punya lah redup kawasan Masjid Nabawi tuh, smhrf (shaking my head really fast)
Quote cruz2 1-11-2021 05:49 PM
Dia mula dahhh..nntkan beberapa episod lg sepanjg dia pi umrah ni
Quote cikgojesss 1-11-2021 05:57 PM
hey sejadah! akak rasa ko kena tambah lagi hestek banyak lagi iaitu #yattCAPUB #yattHAZABB #yattBERANGANHIDOP #yattBECOK
Quote dudaberhias 1-11-2021 06:01 PM
Ok di persilakan meninggal. Dah dekat tanah suci dah pun kan? Apa lagi doa je la minta mati terus di sana mana tahu terus termakbul terus kiok je terkulai. Tengah tak ramai tu la cepat2 mati senang orang nak uruskan jenazah kaka sejadah. Kami di sini hanya mampu membeliakkan bijik mata berjemaah sambil jeling2 untuk hantar ain je kepada di kau sis sejadah gebu nipis murah.
Quote cmf_Strawberry 1-11-2021 06:16 PM
Ni cakap yang sangat mementingkan diri sendiri. Tak ingat ke anak-anak kat rumah ada berapa ramai. Tak kisah ke kalau kau mati anak-anak tak dpt kasih sayang seorang ibu.
Quote encikWawad 1-11-2021 06:20 PM
alahaiii yattsejadahhh punnnnnn. orang sampai mesjid iktikaf baca quran. bukan mengacau orang buat keje. kau nak bersihkan g cuci toilet nuuu. buat diam2 not like this.
Quote NurAlia14 1-11-2021 06:22 PM
Apa la..hbs ank2 yg ramai kt umah tu ko xpk plak?
Quote KucingBiru 1-11-2021 06:24 PM
Pi mekah mcm dah tak tertahan tahan dah perasaan nak beribadah, dah sampai sana tangan berjahit dengan henpon asyik update all time.

Pi umrah bukan panjang, 10-12 hari je. Tu pun separuh kat madinah, separuh kat mekah. Org yg betul nak beribadah, nak update socmed pun rak sempat. Tak mau distraction lagi.
Quote missHaidiD 1-11-2021 06:28 PM
Yat ni acah terpaling. Myampah la
Semoga ko mati kt sana. Ko yg nak kan. Aku doakan utk ko
Quote kucim 1-11-2021 06:36 PM
Semoga yatt mati dlm iman aminnn..maafkan daku dulu2 pernah terkutuk yat...
Quote dudaberhias 1-11-2021 06:39 PM
missHaidiD replied at 1-11-2021 06:28 PM
Yat ni acah terpaling. Myampah la
Semoga ko mati kt sana. Ko yg nak kan. Aku doakan utk ko

Aminnnn... Jom pakat2 amin kan gitteww kaka... Dia yang mintak kan? Kita aminnkan ajerrrr... Soo apa salah kita...

Semoga di permudahkan urusan yatt mati di sana aminnnn

Al fatihah.
Quote SpyLeman 1-11-2021 06:40 PM
Hati aku mmg susah nak husnu dzon dgn retiss walaupun diorang kt mekah. Sbb setiap gmbr dan posting yg dibuat aku yakin utk tujuan publisiti murahan
Quote 3480 1-11-2021 06:45 PM
Ni pon terpalinggg
Quote nooriesz 1-11-2021 06:46 PM
AMIN YA RABBAL ALAMINNN..

tp susah gk klu "org zuhud" melalui socmed ni

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.073057 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top