CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayah Sangat Profesional Bila Membabitkan Hal Kerja - Anzalna Bangga Bapa Jadi CEO Finas

2-11-2021 06:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3313| Komen: 11

Description: Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pelantikan bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, 62, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( ...
Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur dan gembira dengan pelantikan bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, 62, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini sehingga 30 Oktober 2023.


Anzalna dihubungi berkata, sebagai anak dia berbangga dengan pencapaian dan tanggungjawab baharu yang digalas bapanya untuk memacu industri seni kreatif. 


Kredit foto: IG Anzalna

"Pada awalnya, saya dan seluruh ahli keluarga tidak mengetahui mengenai pelantikan ini sehinggalah seorang kawan memaklumkan kepada saya mengenai khabar angin yang ayah saya bakal memegang jawatan CEO Finas. 


"Ayah saya sangat profesional apabila membabitkan hal kerja. Dia tidak suka untuk berkongsi berita yang belum sahih kepada ahli keluarga. Jadi ketika saya hubunginya baru-baru ini, dia enggan mengesahkan perkara itu. 

"Namun, sebaik namanya diumumkan sebagai CEO Finas semalam, baharulah dia beritahu kepada ahli keluarga mengenai pelantikan itu. Sebagai anak, sudah tentu saya berasa syukur dan berbangga," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: IG Anzalna

Menurut Anzalna, dia berharap bapanya dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin bagi terus memartabatkan industri perfileman negara. 

"Ini adalah tanggungjawab dan amanah yang besar. Saya doakan semoga ayah mampu mengalas tugas ini dengan sebaiknya melalui kerjasama yang bakal diberikan semua pihak. 

"Bagi saya, kejayaan hanya dapat dicapai jika dilakukan dalam satu pasukan selain mempunyai hala tuju yang sama iaitu untuk mengangkat dan memacu industri perfileman tanah air. 

"Saya juga percaya ayah pasti sudah mempunyai perancangan yang ingin dilakukan untuk membawa nama Finas dan industri kreatif tempatan ke satu peringkat yang lebih maju ke depan," katanya. 


Kredit foto: IG Anzalna

Terdahulu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan pelantikan Md. Nasir sebagai CEO Finas bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini sehingga 30 Oktober 2023.

Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan, pelantikan itu bagi menggantikan jawatan Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang berakhir 15 Oktober lalu.

Md Nasir mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia pada 2008 serta Pasca Kedoktoran dalam bidang sama dari Universiti Sheffield Halam, United Kingdom pada 2014.

Md Nasir yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia pada 1986 adalah bapa kepada lima anak perempuan termasuk pelakon, Anzalna, Afifah dan Mia.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 2-11-2021 07:49 AM
Rasa awkward pulak tgk bapak anzalna ni jd ceo finas. Selalunya sblm2 ni org yg ada ltar blkng industri.. Ni ltr blakang bidang akademik tiber masuk industri. Ape2 jelah..
Quote fealefea 2-11-2021 08:24 AM
I percaya u Anzalna. Boleh je aritu fight Neelofa kat court tapi mesti abah die nasihat dia kaw kaw. Skrg kita semua dah nmpk da apa yang Anzalna ckp tu betul tanpa kata apa2.
Quote wak_pijah 2-11-2021 11:45 AM
Ok sgt kot jadi CEO Finas sbb bapak dia mmg ada pendidikan seni pun.

Quote maslo 2-11-2021 11:50 AM
tahniah ler
Quote kakuzu 2-11-2021 12:04 PM
diharap dengan pelantikan ceo finas yang berpendidikan
retis lebih terdidik seterusnya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu
Quote epal_putih 2-11-2021 12:54 PM
fealefea replied at 2-11-2021 08:24 AM
I percaya u Anzalna. Boleh je aritu fight Neelofa kat court tapi mesti abah die nasihat dia kaw kaw. ...

betullll

Quote Ascii 2-11-2021 01:05 PM
fealefea replied at 2-11-2021 08:24 AM
I percaya u Anzalna. Boleh je aritu fight Neelofa kat court tapi mesti abah die nasihat dia kaw kaw. ...

aku percaya je dulu anzalna ckp sbb tau sgt perangai family ti, kalau gaduh mesti angkut family semua join, cuma anzalna x leh nk bukti je msa tu
Quote TerataiMelur02 2-11-2021 01:06 PM
Ada komen fb kata lepas ni bapak jahlop timblannya
Quote Gianna111 2-11-2021 01:52 PM
fealefea replied at 2-11-2021 08:24 AM
I percaya u Anzalna. Boleh je aritu fight Neelofa kat court tapi mesti abah die nasihat dia kaw kaw. ...

mengalah bukan bererti kalah. yg belah sana pula sampai sekarang tak putus-putus kontroversi.
Quote Pak.dolla 2-11-2021 01:56 PM
Gianna111 replied at 2-11-2021 05:52 AM
mengalah bukan bererti kalah. yg belah sana pula sampai sekarang tak putus-putus kontroversi.

Wpun dia kalah tp bermaruah kan..family anzel ada class dan terpelajar..berlawanan dgn family npd kepam x sekolah..
Quote Gianna111 2-11-2021 02:05 PM
Pak.dolla replied at 2-11-2021 01:56 PM
Wpun dia kalah tp bermaruah kan..family anzel ada class dan terpelajar..berlawanan dgn family npd  ...

itu yang orang kata soon or later akan nampak jua. macam az=nzal ni i rasa kes tu dalam tahun 2010 kot.slowly2 satu per satu terbuka dan nampak..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051858 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top