CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Sindir “Bapa Lockdown Malaysia”, Siapa Tu?

2-11-2021 07:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3001| Komen: 19

Description: Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini, dikejutkan dengan sindiran terhadap kerajaan sebelumnya.
Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini, dikejutkan dengan sindiran terhadap kerajaan sebelumnya.


Antara sindiran tajam beliau dalam perbahasan itu ialah gelaran “bapa lockdown Malaysia” yang berpunca daripada pentadbiran sebelum ini melaksanakan lockdown separuh masak.


Kredit foto: IG Najib

“Dalam Malaysia pula, lockdown separuh masak antara paling panjang tempohnya dalam dunia yang dilaksanakan oleh “bapa lockdown Malaysia” dari kerajaan dahulu.

“Pelaksanaan PKP ini telah menghancurkan kewangan dan kehidupan orang ramai, tetapi kadar jangkitan serta kematian akibat Covid-19 berbanding saiz penduduk adalah tertinggi di ASEAN dan antara tertinggi di dunia bagi tahun ini.


“Biarpun ada mengaku telah belanja sebanyak RM600 bilion dalam setengah tahun, tetapi kurang memberi manfaat secukupnya kepada kehidupan rakyat.

“Itulah sebabnya kewangan kerajaan Malaysia berada pada keadaan yang kritikal pada hari ini,” katanya dalam sesi perbahasan di Parlimen.

Najib berkata, beliau mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022 bukan untuk mencari kesalahan sesiapa, sebaliknya perlu mengakui dan sedar akan kesilapan besar yang telah berlaku dan impak kepada negara serta kewangan kerajaan.


Kredit foto: The Edge Market

Keadaan itu, tegasnya, menyebabkan kerajaan hari ini terpaksa meminjam begitu banyak dan menangani defisit yang masih tinggi untuk menyediakan bajet perbelanjaan terbesar dalam sejarah

“Ternyata jelas, matlamat murni Bajet 2022 ini adalah menumpukan kepada golongan terjejas akibat Covid-19, membantu mereka dan perniagaan untuk berdikari semula.

“Selain itu, mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dan merancakkan pembangunan ekonomi serta negara pada keseluruhannya,” katanya.

Beliau mengingatkan kerajaan sekarang bahawa kecekapan pelaksanaan adalah penting.

“Sehubungan itu, jangan sekali-kali mengulangi pendekatan sebelum ini apabila ramai yang sepatutnya layak mendapat bantuan, tetapi tiba-tiba dinafikan daripada menerima bantuan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 2-11-2021 07:15 AM
abah c...............
Quote ketipongtipah 2-11-2021 07:49 AM
Mcm ko pandai takbir negara sangat.
Quote tikusmontok 2-11-2021 07:51 AM
ketipongtipah replied at 2-11-2021 07:49 AM
Mcm ko pandai takbir negara sangat.

Takbeeerrr
Quote ketipongtipah 2-11-2021 07:56 AM

Timah nak submit nama baru ke belom.
Quote Rogue98 2-11-2021 07:56 AM
sape lagi kalau tak si sembab bini nica g
Quote tikusmontok 2-11-2021 11:01 AM
ketipongtipah replied at 2-11-2021 07:56 AM
Timah nak submit nama baru ke belom.

Tau tak beza takbir dgn tadbir? Benjol dengan banjo?
Quote Firenzza 2-11-2021 11:12 AM
Najibun bapa p.........
Quote AbukRokok 2-11-2021 01:08 PM
mengata abahcow sbg Bapa Lockdown Sendiri lupa penghasut lockdown
tapi xpe jgn risau nilai r nakal semakin naik bosscow boleh la hasut lockdown balik ala 1 minggu jerrrr

Najib cadang ‘lockdown’ 7 hari jika kes naik

    2021-09-23
    Admin

DATUK Seri Najib Razak mencadangkan ‘lockdown’ yang ketat dan singkat sekurang-kurangnya seminggu sahaja, jika kes Covid-19 meningkat semula sehingga kadar jumlah penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 85 peratus.
Quote Artemesiaa 2-11-2021 01:14 PM
Mula dah masing2 perang mulut perang media sana sini
Quote lattehazelnut 2-11-2021 02:49 PM
U still the worst
Quote nononcrux 2-11-2021 04:12 PM
ye ye pakjib, bijak sgt lettew
Quote Lycanni 2-11-2021 05:22 PM
Bapa derma tu siapa
Quote alesandra 2-11-2021 05:24 PM
diam ler syaithoonnnn...
Quote kelapaparut 2-11-2021 05:33 PM
gaduh mcm budak kecik, kutuk2 name calling mcm tu, org tu dah xjd pm pun..
Quote imanjannah 2-11-2021 06:02 PM
masih x sedar diri
Quote CiliPadiSedap 2-11-2021 07:30 PM
rindu bapa mahkamah malaysia
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 03:02 PM
Ko lakkk bapa songlap duit
Quote ketipongtipah 15-11-2021 09:31 PM
nakkomenjugak replied at 4-11-2021 03:02 PM
Ko lakkk bapa songlap duit

teeepattt!
Quote delia3003 15-11-2021 10:18 PM
Edited by delia3003 at 15-11-2021 10:20 PM

Dah kalau dia masih pm pun pandemik ni rasa sama jugak, boleh ler perasan jadi bijak pandai sbb tak jadi pm lagi

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053190 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top