CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kagum Isteri Kuat Hadapi Ujian, Yusuf Bahrin Doa Zizi Kirana Istiqamah Tutup Aurat

1-11-2021 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3062| Komen: 18

Description: Minggu lalu isu penyanyi Zizi Kirana didakwa melanggar kontrak dengan sebuah syarikat produksi drama menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen dan penggiat seni.
Minggu lalu isu penyanyi Zizi Kirana didakwa melanggar kontrak dengan sebuah syarikat produksi drama menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen dan penggiat seni.


Kes berkenaan mengundang pelbagai reaksi lebih-lebih lagi apabila perubahan imej Zizi dengan memakai tudung ketika penggambaran drama lakonannya masih berbaki sekitar 30 peratus.

Bagi suami kepada penyanyi kelahiran Sabah ini iaitu pelakon Yusuf Bahrin, dia kagum dengan kecekalan isterinya ketika berdepan ujian dalam melaksanakan perintah Allah untuk menutup aurat.


Foto: IG

Enggan mencampuri urusan kerja Zizi khususnya membabitkan isu dakwaan melanggar kontrak, Yusuf berkata dia sentiasa menyokong apa jua tindakan isterinya ke arah kebaikan.


"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana bagi kemanisan dalam rumah tangga kami. Sebagai suami kepada Zizi saya reda dengan ujian yang Allah bagi dekat isteri saya.

"Saya sangat-sangat bersyukur sebab Zizi sangat kuat menghadapi segala ujian Allah ini.

"Saya akan support dia 100 peratus untuk terus istiqamah di jalan Allah. Saya akan sentiasa ada di sisi dia walau apa pun ujian yang dihadapinya," katanya ketika dihubungi mStar.


Pada 28 Oktober lalu mStar menyiarkan kenyataan penerbit dan pengarah drama Jamu Nesan, Datuk Rafiena yang mendakwa Zizi gagal melangsaikan baki penggambaran gara-gara berubah dengan imej bertudung.

Zizi juga menerusi penjelasan kepada mStar mengakui mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung tarikh baharu yang dicadangkan pihaknya walaupun produksi bersetuju agar dia tampil bertudung.

Mengulas lanjut tentang situasi yang dihadapi Zizi, Yusuf berkata dia bersyukur kerana isterinya tetap dengan pendirian untuk menjadi seorang muslimah yang baik.



"Saya nampak dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi ujian. Sentiasa bersangka baik dan senang menolak perkara-perkara negatif ni ke tepi

"Senyum je dia... MasyaAllah. Saya pun tak sekuat dia dalam menghadapi ujian. Allah tu sebaik-baik perancang dan Maha mengetahui kerana jodohkan saya dengan Zizi yang penyabar dan positif.

"Dia seorang yang tetap pendiriannya tambahan pula apabila berkenaan dengan isu agama," katanya.

Untuk rekod Yusuf dan Zizi sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 1-11-2021 02:43 PM
jangan lupa byr balik ganti rugi produksi tu. haram nanti. masya allah
Quote cheezel 1-11-2021 02:44 PM
kenal pun sbb dia jadi laki zizik. sendu
Quote dudaberhias 1-11-2021 02:46 PM
Ujian hapoonyerrr nyahhh, yang kena ujian tu produksi dan kru2 dapat pelakon haprak macamni si jiji kiran tu apa ujian dia kena lalui? Duit pun dah dapat! Orang lain tu yang kena hadap reshoot balik dan kena bayar sewa semua balik kalau pelakon tak nak datang lokasi pengambaran. ehh choiii!
Quote KamikuP 1-11-2021 04:23 PM
Sikit lagi jadi penunggang agam le ko jiji
Quote missyL 1-11-2021 05:41 PM
Kepam dah kapel ni sbb terlbih nk jadi religion rider.
Jgn guna agama kepentingan sendiri je.
Tgok jgk hak org lain
Quote Nenasketum 1-11-2021 05:43 PM
Main belasah jer cakap ujian Tuhan, retis retis
Quote cruz2 1-11-2021 05:46 PM
Kuat2 jugak..istiqamah2 jugak ...tp kalau ada ter'ambil' yg bkn hak kita wajar dipulangkan blk.jgn belajar & amik hukum sekerat2 yg kita nak jer.nk hidup ke arah Islamik byk benda kita kena amik tahu
Quote eely_shana 1-11-2021 05:53 PM
Semoga bahagia selamanya yusuf dan zizi
Quote zie_indah 1-11-2021 08:30 PM
Awat annoying ngn pasangan ni xtau la Xpose sgt ya berubah jd lebih baik tp lek2 sudah ok
Quote 3chanceno 1-11-2021 08:37 PM
Cam nak baca komen backup laki jiji nie

Tolong jgn jadi pendoggy walaupun sinonim dgn golongan retis
Quote eely_shana 1-11-2021 10:35 PM
yusuf ni berlakon cerita hantu jadi org zaman dulu best juga
Quote helicornia 2-11-2021 08:35 AM
halah halah
baru kawin semua benda la kagum
Quote ladybugz 2-11-2021 08:46 AM
i rasa entahla maybe mass tu zizi ni masih dlm proses transisi waktu nk buat keputusan utk buat atau x drama tu. masih ada doubts yg berlegar2 dlm jiwa waktu nk buat keputusan tu. mungkin sbb tu terjadinya isu kontrak ni. buat menda yg baik jgn bertangguh2 sbb kita x tahu bila kita nk ditarik nyawa. mungkin bila dah ada kekuatan tu baru la dapat buat keputusan yg solid. harap zizi n pihak produksi boleh la bawa berbincang baik2. dan zizi semoga istiqomah. jagala taufik dan hidayah yg diberikan baik2. it is going to be a long n challenging journey but inshaaAllah semoga lebih dekat dengan Nya.
Quote tulip-rain 2-11-2021 08:50 AM
Uweeekk
Kau dah kenape rahman. Aduhaiii. Yelah baru kawen. Takpe2 kita tengok nnti mcm mane.
Quote awex^returns 2-11-2021 08:54 AM
aku tak pernah minat zizi ni
tapi aku ada soft spot sikit kat dia sejak dia bertduung
aku harap dia istiqomah bukan sebab laki dia saja hendaknya

aku harap juga dia gi face to face ngan rafiena bersihkan isu ni dedua pihak and stop bagi statement
bertudung tu tuntutan agama, tapi bayar hutang tu pun tuntutan agama
susah mati kalau ada terambil hak orang ni ya Zizi
pergilah selesaikan apa yang patut
Quote selipar_hijau 2-11-2021 08:59 AM
zaman skrg ni ramai sgt yg nak becakap, berpakaian terlebih2 warak ni. tak seiring pulak dgn perbuatan. jahanam agama
Quote AshkieLa 2-11-2021 09:00 AM
YB.. aku suka ko sbb berlakon pun ok.
ZK tu aku mual sbb teringat dia try hard bikin mcm2 utk dikenali..
last2 sbb mengaji sedap baru orang pandang dia...
so tak mustahil spesis chameleon juga mcm Bang Bil..
Apepun, jangan aniaya orang lain or amik hak orang especially bab duit.
Tak tenang hidup nanti lagi2 korang baru bina masjid...
Quote nakkomenjugak 2-11-2021 10:40 PM
Moga iol dikurniakan dihadiahkan diberikan oleh Yang Maha Kuasa laki tinggi macam heol ni
Tiap2 malam iol memanjat heol yachhh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.241126 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top