CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Misha Omar Pernah Sentap Dengan Ramli MS Sebab Digelar Lembu

1-11-2021 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5204| Komen: 21

Description: Penyanyi versatil Misha Omar mendedahkan dirinya pernah digelar ‘lembu’ ketika baru membina tapak sebagai anak seni sekitar 20 tahun lalu.
Penyanyi versatil Misha Omar mendedahkan dirinya pernah digelar ‘lembu’ ketika baru membina tapak sebagai anak seni sekitar 20 tahun lalu.

Menurut Misha, panggilan tersebut diberikan kepadanya oleh maestro muzik tanah air terkenal, Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram ketika mereka mula bekerja­sama dahulu.


Kredit foto: IG Ramli MS


“Sepanjang karier saya selama hampir 20 tahun, itu pertama kali saya digelar sebegitu. Pada awalnya jujur agak terasa, tetapi saya langsung tidak simpan dalam hati.

“Panggilan ‘lembu’ itu pun saya terima sebab saya sedar memang dahulu agak slow dan bukan seorang yang cepat belajar lebih-lebih lagi selok-belok dalam nyanyian,” katanya.


Perkara berkenaan dikongsi Misha semasa Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Bersama Bintang Misha Omar di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, kelmarin.

Pemilik nama Samihah Omar, 40, itu menambah, sejak dari hari itu dia memasang impian untuk terus melakukan yang terbaik dalam mengukuhkan kerjaya­nya sebagai penyanyi.


Kredit foto: IG Misha Omar

“Pada saya, itu (gelaran) yang membina dan bukan menjatuhkan saya. Kalau tidak kerana gelaran tersebut, mana mungkin saya bertahan hingga ke hari ini. Mana mungkin saya boleh berdiri di atas pentas hebat begini.

“Jadi terima kasih Tok Ram atas gelaran itu. Kami artis lama-lama ini jenis hati kering dan bukan cepat simpan dalam hati, apatah lagi berdendam. Kami jadikan benda itu sebagai satu penguat semangat.


Kredit foto: IG Misha Omar

“Artis-artis baharu yang ada sekarang pun, kalau boleh ja­ngan terlalu cepat terasa apatah lagi mudah putus asa dan patah semangat bila ditegur,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 1-11-2021 02:29 PM
Mesti kena maki
"Bodoh cam.lembu"
Quote edoraixora 1-11-2021 02:34 PM
kak mitch belum 40 kan, baru 39
Quote babelina 1-11-2021 02:34 PM
tok rammmmm mulut mn ada insuran...
Quote asamfish 1-11-2021 02:43 PM
Bangga ye dipanggil dgn pelbagai gelaran mcm tu.  Bagi saya, itu satu kebodohan.  Anda biarkan diri anda dibuli!  Patut la ramai rakyat malaysia yang mental atau mengalami depressi.  Sebab biarkan diri dirperkotak katik.  Say NO to bullies!
Quote exclusive_vvip 1-11-2021 02:48 PM
Rasa mcm dia penah citer dia kena marah..tapi dgn ajai kot..
Quote Mamason 1-11-2021 02:52 PM
Entahlah...bagi Mama la nak menegur pun kalau hg guna perkataan 'bodoh' tu sgt tak sesuai.  Tegur2 je lah...perlu ke nak keluarkan perkataan mcm tu... tapi maybe budaya berbeza jadi depa rasa xkisah kot...
Quote RinIna 1-11-2021 03:30 PM
Ntahlah kenapa aku x minat misha ni.. nak kata suara dia sedap sgt tu x delah.. klau live part tinggi tu agak tak merdu kadag2.. terkucil pun ada.. sory misha fans.. :p
Quote RinIna 1-11-2021 03:30 PM
Ntahlah kenapa aku x minat misha ni.. nak kata suara dia sedap sgt tu x delah.. klau live part tinggi tu agak tak merdu kadag2.. terkucil pun ada.. sory misha fans.. :p
Quote eely_shana 1-11-2021 05:49 PM
Cerita terobek le ni ye
Quote doubleharmonic 1-11-2021 07:37 PM
so sekarang kena panggil misha lembu ke cemana? bukan misha donat lagi dah?
Quote sleepandream 1-11-2021 08:15 PM
agak2 alyah kene panggil binatang apa pulok
Quote eely_shana 1-11-2021 08:20 PM
Zaman bunga2 cinta n pulangkan..zaman kegemilangan mish
Quote nakkomenjugak 2-11-2021 10:42 PM
Kak mitch dipanggil lembu?
Lembu ada classsss gitu
Quote TomyamPuteh 3-11-2021 01:24 AM
Hidung si Misah ni cantik betul kejadiannya. Mcm dibentuk - bentuk
Quote princessmiang 3-11-2021 08:30 AM
memang betul pun kisah ni.. tokram tak menafikan..tp kak mitch masa buat show kat ib last week memang taraf A+.. tak terasa 2 jam persembahan dia.. betul2 dia bagi all out dengan iringan NSO.. kak mitch pun pandai interact dengan audiens, dengan lawak2 dia...menjadi
Quote kukukatablog 3-11-2021 08:32 AM
zaman aku study dulu ramai cakap lecturer music ni kuat mencarut waktu mengajar, tambah bila di nak marah ko...
Quote pencintaABC 3-11-2021 08:36 AM
RinIna replied at 1-11-2021 03:30 PM
Ntahlah kenapa aku x minat misha ni.. nak kata suara dia sedap sgt tu x delah.. klau live part tingg ...

Dan sgt shaky yich...ampun kak sepit siput pemuja kak mitch donat. Walaupun rmai komplen suara penyanyi bernombor dah besar tp still pitch perfect. Masa kak mitch menang vokal terbaik Sampai Bila tu sgt shaky yich.
Quote RinIna 3-11-2021 10:50 AM
pencintaABC replied at 3-11-2021 08:36 AM
Dan sgt shaky yich...ampun kak sepit siput pemuja kak mitch donat. Walaupun rmai komplen suara pen ...

Kheennnn... shaky tu ketara sangettt... sape yg betul2 berseni mmg akan perasan smua tu.. giittiuuee..
Quote buragazz 3-11-2021 10:52 AM
RinIna replied at 1-11-2021 03:30 PM
Ntahlah kenapa aku x minat misha ni.. nak kata suara dia sedap sgt tu x delah.. klau live part tingg ...

Sama ngan aku.. aku lebih minat Arwah Sarah dari dia sebab vokal dan genra lagu dia aku suka..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.159418 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top