CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jana Elektrik Rumah Dengan Najis Manusia?

1-11-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1883| Komen: 11

Description: Sepasukan penyelidik di Bristol membangunkan sel bahan api tenaga bersih baharu yang boleh mengubah najis manusia kepada tenaga elektrik.
Sepasukan penyelidik di Bristol membangunkan sel bahan api tenaga bersih baharu yang boleh mengubah najis manusia kepada tenaga elektrik.

Lapor Daily Star, penyelidik juga berharap ia dapat digunakan bagi menjana elektrik di rumah suatu hari nanti.


Projek ‘kuasa buang air kecil’ kali pertama diuji cuba secara terbuka di Festival Glastonbury dua tahun lalu, apabila saintis membuktikan tandas boleh menjana aliran elektrik yang stabil.


Kredit foto: Twitter UWEBristol

Setakat ini, ia digunakan untuk menghidupkan telefon, mentol lampu dan robot.


Pengarah Bristol Bioenergy Centre, Dr. Loannis Leropoulos berkata, aliran air kencing daripada individu yang membuang air kecil selama lima hari festival berlangsung membolehkan pihaknya menjana tenaga elektrik 300 watt-sejam.

“Bagi meletakkan dalam perspektif, saya boleh menghidupkan satu mentol lampu satu watt selama 300 jam, atau 10 mentol selama 30 jam.

“Ciptaan ini berdasarkan sel bahan api mikrob. Blok seperti bateri ini dipenuhi dengan koloni makhluk hidup kecil yang dipanggil mikrob.

“Mikrob memakan bahan organik yang terdiri daripada rumput hingga keratan kuku untuk membesar. Mikrob memecahkan bahan tersebut kepada bahagian kimia dan apabila membiak, ia akan menjana elektrik serta air sisa bersih yang boleh digunakan sebagai baja,” katanya.


Kredit foto: Daily Star

Teknologi ini dibangunkan apabila pakar itu dan pasukannya membina robot yang boleh memakan lalat mati.

Selepas membuktikan sisa organik boleh menghidupkan bateri robot, pasukan itu menukar sumber tenaga tersebut kepada najis manusia.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 1-11-2021 02:56 PM
best nya..
Quote kluangman 1-11-2021 03:21 PM
Malaysia dah lama ada di Pantai Dalam. Ialah cuma di Malaysia kan. Idea anak/pemimpin tempatan biasanya kurang dapat publisiti

https://www.thestar.com.my/news/community/2013/12/12/more-than-a-treatment-plant-pantai-2-stp-project-and-community-centre-to-cater-to-growing-populatio
Quote LadyCarefree 1-11-2021 04:15 PM
Dah lama ada some yg living off grid buat.
Quote doubleharmonic 1-11-2021 04:22 PM
tenaga bersih? bersih ke pakai najis dekk?
Quote CikYaYaYa 2-11-2021 12:38 AM
Hehe ok apaaa kalau betoi blh jana elektrik.. Kiraa bgunaa jgk laaa najis mnusiaa tu haaa.
Quote santhisnap 3-11-2021 04:08 PM
it seems to be a good idea
Quote pieceof_cake 3-11-2021 04:12 PM
Najis pun boleh jana electrik lol
Quote keane.somewhere 3-11-2021 10:29 PM
kluangman replied at 1-11-2021 03:21 PM
Malaysia dah lama ada di Pantai Dalam. Ialah cuma di Malaysia kan. Idea anak/pemimpin tempatan biasa ...

Sebab dia lahir di Malaysia, dan mencipta di Malaysia, maka government nye pun sekadar jeling je
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 12:57 PM
Boleh laaa bagi abang iol as sumber
Kuat berak
Quote kluangman 7-11-2021 08:26 AM
keane.somewhere replied at 3-11-2021 10:29 PM
Sebab dia lahir di Malaysia, dan mencipta di Malaysia, maka government nye pun sekadar jeling je

Government melalui IWK dah buat dan dah siap pun loji biogas ni.Cuma rakyat sendiri je yang jeling pun tak nak
Quote keane.somewhere 7-11-2021 03:59 PM
nakkomenjugak replied at 4-11-2021 12:57 PM
Boleh laaa bagi abang iol as sumber
Kuat berak

Lagi busuk lagi bagus

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051409 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top