CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dihalau Dari Bilik Mahkamah Sebab Selalu 'Mengiau'

1-11-2021 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2343| Komen: 7

Description: Hakim menghalau lelaki berusia 40 tahun dari sebuah bilik mahkamah kerana kerap mengeluarkan bunyi mengiau seperti kucing ketika diminta menjawab soalan pada sesi perbicaraan.
Hakim menghalau lelaki berusia 40 tahun dari sebuah bilik mahkamah kerana kerap mengeluarkan bunyi mengiau seperti kucing ketika diminta menjawab soalan pada sesi perbicaraan.

Suspek kes pembunuhan itu mendapat jolokan catman atas perbuatannya.

Lapor Middle East Monitor, Nicolas Gil Pereg dihalau keluar selepas mengeluarkan bunyi mengiau sebanyak 55 kali semasa sesi perbicaraan pada Selasa lalu.


Kredit foto: AP

Pereg, seorang warga Israel didakwa membunuh ibunya, Pyrhia Saroussy, 63, dan ibu saudara, Lily Pereg, 54, di Guaymallen, Argentina apabila mereka datang melawat lelaki itu pada 2019.


Pereg didakwa menyembunyikan mayat mangsa di bilik bawah tanah rumahnya.

Dilaporkan, polis mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menemukan mayat mangsa.

Pencarian itu bermula selepas suspek membuat laporan polis mengenai kehilangan dua ahli keluarganya dan mendakwa mereka mungkin sudah merentas sempadan ke Chile.

Terdahulu, Hakim Laura Guajardo memberi amaran kepada Pereg untuk menghentikan kelakuan buruknya.

Selain mengiau seperti kucing, suspek itu dilaporkan pernah menanggalkan pakaiannya dan membuang air kencing di hadapan hakim pada sesi perbicaraan sebelum ini.



Pereg yang menggunakan nama keluarga Flora Reltih, anagram dari Adolf Hitler, meminta hakim sama ada dia boleh membawa kucing peliharaannya ke hospital sakit jiwa, tempat suspek itu ditahan.

“Saya meminta para juri supaya tidak tertipu dengan muslihat lelaki ini,” kata pendakwa raya, Fernando Guzzo yang membantah dakwaan Pereg kononnya tidak sihat secara mental untuk dibicarakan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 1-11-2021 04:44 PM
panggil redza rosli aka ZAYN MALIK MALAYSIA join the club ke?ehehhehe
Quote nakkomenjugak 4-11-2021 03:18 PM
Hahahahah por favorrrrrr!!!
Quote angelofish 4-11-2021 05:43 PM
yahudi ke? bukan ke yahudi ni baik baik belaka
Quote edayildiz 7-11-2021 12:09 AM
he's not meowing..he's saying no no no
Quote Xim 7-11-2021 01:07 AM
edayildiz replied at 7-11-2021 12:09 AM
he's not meowing..he's saying no no no

Ohh NO ke? Ingtkan miow versi lari tune
Quote edayildiz 7-11-2021 01:21 AM
Xim replied at 7-11-2021 01:07 AM
Ohh NO ke? Ingtkan miow versi lari tune

telinga i dgr no
Quote toxicated 7-11-2021 08:10 AM
Dia ckp no tu..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.045693 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top