CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Didenda RM12,321 Gara-gara Tertekan Dengan Bunyi Bising Anak Kucing

29-10-2021 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2798| Komen: 19

Description: Wanita yang memelihara dua anak kucing berusia tiga bulan berasa ‘tertekan’ dengan bunyi serta keadaan haiwan itu yang ‘hiperaktif’, lebih-lebih lagi pada sebelah malam.
Wanita yang memelihara dua anak kucing berusia tiga bulan berasa ‘tertekan’ dengan bunyi serta keadaan haiwan itu yang ‘hiperaktif’, lebih-lebih lagi pada sebelah malam.


Berita Mediacorp melaporkan, wanita itu mendakwa dia cuba menawarkan haiwan itu untuk dipelihara orang lain tetapi tidak berjaya.

Untuk itu dia meletakkan kedua-dua anak kucing itu ke dalam sangkar haiwan dan membiarkannya di atas rumput dengan pintu dibuka.


NATALIE Lau Sze Yuin memelihara dua ekor anak kucing dinamakan Milky dan Panda. - AGENSI

Natalie Lau Sze Yuin, 40, didenda S$4,000 (RM12,321) oleh mahkamah daerah atas pertuduhan meninggalkan haiwan itu tanpa alasan munasabah.


Berikutan itu, tertuduh dilarang daripada memelihara mana-mana haiwan dalam tempoh 12 bulan.

Mahkamah diberitahu tertuduh memelihara dua anak kucing dinamakan Milky dan Panda yang diambilnya daripada seorang wanita pada awal Ogos tahun lalu.

Dia memelihara anak-anak kucing itu di rumahnya, tetapi berasa ‘tertekan’ akibat bunyi yang dibuat haiwan tersebut.

Mahkamah diberitahu tertuduh tidak meletakkan makanan atau minuman di dalam bekas makanan.

Dia juga tidak membuat sebarang percubaan untuk memeriksa keadaan anak-anak kucing itu selepas meninggalkannya.

Pesalah kali pertama yang didapati mengabaikan haiwan peliharaan mereka boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 29-10-2021 09:25 AM
Muka kucing tu pon mcm x selesa je dipakaikan rantai
Quote bakingsoda 29-10-2021 09:33 AM
kat malaysia aman2 je terlepas pembuang haiwan! kalau kena denda belas k mcm ni baru padan muka. ni mesti kes acah2 nak jd pencinta kucing dan first time bela. kucing mmg la malam2 buta mcm tengah berperang kak oiii, lagi2 yg anak. yg dah tua je kurang sikit aktifnya.
Quote Carcosa 29-10-2021 09:46 AM
Binatang mcm ni, mmg tak layak utk jaga mana2 haiwan peliharaan!!! [em:6:]
Aku benci betul org yg acah2 love haiwan sgt, tapi bila haiwan tu nangis ke, sakit ke, nakal ke, kau cepat2 nak buang.
Eh hanjing!!! Kalau kau tua nanti, kat rumah org2 tua, staff tu buat mcm tu nanti kat kau, kau suka ke, hanjing!!! Baik kau bela je diri kau sendiri. Jgn berangan nak bela haiwan, binatang!
Quote slyfynx 29-10-2021 10:13 AM
Tajuk misleading la wartawan cari.
Haish. Clickbait sangat
Quote nononcrux 29-10-2021 10:43 AM
biasa la bunyi kucing, mmg nyaring tp tu la kalau pencinta kucing mesti tahu ape problem dia mengiyau.. tak pasal kena denda  
Quote saviour_09 29-10-2021 10:58 AM
ngok

lain kali bela kura2 la senyap tak berbunyi
Quote Babai 29-10-2021 11:02 AM
Edited by Babai at 29-10-2021 11:07 AM
slyfynx replied at 29-10-2021 10:13 AM
Tajuk misleading la wartawan cari.
Haish. Clickbait sangat


Wartawan cari memang suka buat tajuk clickbait.

Para MOD/ADMIN cepat ambik tindakan!
Quote She-Ra 29-10-2021 11:02 AM
dah namanya kucing.. dia bunyi lebih tu ada la sebabnya tuuu
kalau biasa bela kucing, mesti dpt agak/siasat kenapa dia cenggitu
takde la ambik jalan mudah main tinggal gitu.. dh jatuh pengabaikan

nak bela kucing ni byk jgk tanggungjawab, jgn pikir yg seronok ajee
kebajikan kucing pn kena jaga
Quote stingersteady 29-10-2021 11:10 AM
nononcrux replied at 29-10-2021 10:43 AM
biasa la bunyi kucing, mmg nyaring tp tu la kalau pencinta kucing mesti tahu ape problem dia mengiya ...

Nonsense...my ragdoll and british shorthair takdanya sampai sore mengiaucat nyaring segala....maybe hidup mereka senang...punyai tuan yg penyayang...hanya makan tidur makan tidur tengok netflix....


Kahkahkahkahkah
Quote nononcrux 29-10-2021 11:16 AM
stingersteady replied at 29-10-2021 11:10 AM
Nonsense...my ragdoll and british shorthair takdanya sampai sore mengiaucat nyaring segala....mayb ...

kau pernah dengar tak kucing kalau btl2 mengiyau mcm nak gaduh or nak keluar dari sesuatu tempat yg tak selesa? bunyi lain dari kucing miang tau, kucing kau mungkin jenis yg selesa & takde sebab nak memekik nyaring malainkan kau terpijak ekor dia..
Quote stingersteady 29-10-2021 11:22 AM
nononcrux replied at 29-10-2021 11:16 AM
kau pernah dengar tak kucing kalau btl2 mengiyau mcm nak gaduh or nak keluar dari sesuatu tempat y ...

Besa la macam manusia jugak...jiwa tenang takda stresa...gaji masuk tak payah pi kerja...nak meroyan pebenda kheunz?giteww juga my two little kitties....gumuks gumuks....kekadang bila dah terlalu pampered...my waterbed pun both of them conquer...aku kena tidur bawah....kekadang anak jiran aku yg 3 tahun iteww pelik..setiap kali dia datang rumah...tak pernah dengar my two kitties mengiau katanya....many times jugak dia tanya samada depa bisu kewww?

Hamjad betul....


Kahkahkahkahkahjahkah

Quote nononcrux 29-10-2021 11:30 AM
stingersteady replied at 29-10-2021 11:22 AM
Besa la macam manusia jugak...jiwa tenang takda stresa...gaji masuk tak payah pi kerja...nak meroy ...

dia tak scratch ke waterbed tu.. kucing-kucing aku pantang semua dia nak scratch.. tp begitu la kadang kucing ni kalau tak selesa mmg akan bunyi tone dia pon lain..
Quote stingersteady 29-10-2021 11:37 AM
nononcrux replied at 29-10-2021 11:30 AM
dia tak scratch ke waterbed tu.. kucing-kucing aku pantang semua dia nak scratch.. tp begitu la ka ...

Penthouse aku hampir every corners of the house ada scratch posts.....cat litters pun memula aja ada sekarang dah satu toilet mereka yg punya.....sampai tamu yg datang pun tengok dah macam manusia pulak kucing kucing aku iteww....

Like i said....when you pay premiums you get quality....
Quote Artemesiaa 29-10-2021 11:40 AM
Eloklah tu kalau kat tanahair pasti dah ramai kena denda.  Bukan takat buat macam nyonya ni je yang main campak anak kucing ikut tingkap kereta semasa di jalanraya pun ada.  Main tinggal tepi highway letas atas divider.  Kalau kat pasar tu jangan cakaplah banyak je.  Kucing kalau jenis dah biasa diberi makan mana pandai nak cari makanan sendiri.  Yang anak kucing masih menyusu main tinggal kat pasar tampa maknya macam mana nak hidup silap2 jadi lauk anjing je.
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 11:05 PM
Tu laaaa
Lain kali ko bela kucing dalam henfon jahhhh
Diri sendiri tak terjaga
Nak jaga makhluk hidup lain
Choyyyy
Quote edayildiz 30-10-2021 08:38 PM
the poor baby didn't deserve to be starved or hurt..he just wanted love and care
Quote chazey 30-10-2021 09:38 PM
Kucing memang mahkluk yang sangat annoying. I personally think kucing is the karen of animals.
Quote cik_sssara 2-11-2021 01:36 PM
Poor meow meow.

Masa tu tengah on heat kot tu yang bising. Tu lah, nak bela sangat tapi tak prihatin keperluan binatang.

Quote keane.somewhere 2-11-2021 02:26 PM
nakkomenjugak replied at 29-10-2021 11:05 PM
Tu laaaa
Lain kali ko bela kucing dalam henfon jahhhh
Diri sendiri tak terjaga

Setuju..nk Bela pokok ke ikan ke Kucing ke...kene tengok dulu boleh Jaga diri ke tak....Jaga diri termasuk kebersihan rumah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.062995 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top