CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Maut Angkara Pemandu Trak Pikap Tidak Lepas Memotong

29-10-2021 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2493| Komen: 12

Description: Machang– Seorang buruh maut manakala tiga yang lain cedera dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 42, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, dekat Kampung Kemuning di sini hari ini.
Machang– Seorang buruh maut manakala tiga yang lain cedera dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 42, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, dekat Kampung Kemuning di sini hari ini.


Kejadian pada pukul 8 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Amirul Saupi, 26, yang memandu kereta jenis Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan tengkuk.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan mendapati, kemalangan berlaku semasa sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke arah Kuala Krai.


Foto: Kosmo


Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kenderaan itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapannya, namun hilang kawalan.

“Insiden itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kereta dipandu mangsa dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaiki tiga beranak.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu cedera pada bahagian kaki kiri manakala pemandu Perodua Alza yang berusia 29 tahun dan anak lelaki berusia empat tahun cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Ganti, bagaimanapun, isteri kepada pemandu MPV itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan jenazah Muhammad Amirul dibawa ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Tambahnya, tiga mangsa yang cedera turut dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama dan kes disiasat mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 29-10-2021 09:28 AM
Salam takziah. Dah start balik byk berita ttg kemalangan jlnraya lps rentas negeri dibenarkan.
Quote RinIna 29-10-2021 09:54 AM
Allahu.. kesian yg x bersalah meninggal.. ajal dia.. Innalillah..
Quote slyfynx 29-10-2021 10:11 AM
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu cedera pada bahagian kaki kiri manakala pemandu Perodua Alza yang berusia 29 tahun dan anak lelaki berusia empat tahun cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Menurut Ganti, bagaimanapun, isteri kepada pemandu MPV itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan jenazah Muhammad Amirul dibawa ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.


Artikel ni perenggan ke laut. Ade ke yg x cedera dan jenazah dibawa ke mana tu dalam satu ayat yang sama. Confuse aku baca sat tadi.
Quote Jitu 29-10-2021 05:01 PM
Innalillah...
takziah

selalu jumpa trak pikap jenis suka memotong cara bahaya
double line, selekoh
tahu lah pikap tp jgn lah bodoh sangat tempat tak blh memotong pun gigih jugak nak memotong
menyusahkan orang lain je
Quote sayawifenikmie 29-10-2021 05:57 PM
... boleh tak buat pertuduhan MEMBUNUH kepada mereka yang melakukan kesalahan jalanraya dan membunuh pemandu yg inosen?
Quote Nenolen 29-10-2021 06:11 PM
Driver pickup mmg babis bila memandu sepadan dgn muka driver mcm jamban pecah...agituu kaka marahhh
Quote imanjannah 29-10-2021 06:34 PM
innalillahwainnalillhirojiun..
Quote belacan_gurl 29-10-2021 06:43 PM
Mesti pembawa pikap tu akan menyesal seumur hidup...ko bunuh org kot
Quote edayildiz 29-10-2021 08:11 PM
scaryyyyyy

Quote JunkMail 29-10-2021 08:43 PM
Pikap memang bawa macam saitonnnnn.. laju menonong cucuk2 org.
Quote Supersirap 29-10-2021 10:52 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa, apa tindakan selanjutnya yang akan dikenakan kepada pemandu pick up tersebut?
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 11:01 PM
Best tak bunuh orang pakai jalan apakkk ko?
Bodohhhhh
Nak terberak keee punnn sampai tak menyabar???

Takziah kepada keluarga mangsa

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.188184 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top