CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Tiga Paket Gajus, Dipenjara 10 Bulan Dan 40 Sebatan

29-10-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1836| Komen: 8

Description: Tehran: Seorang lelaki di Iran dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan dan 40 sebatan selepas ditangkap mencuri tiga paket gajus.
Tehran: Seorang lelaki di Iran dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan dan 40 sebatan selepas ditangkap mencuri tiga paket gajus.

Kes itu terbongkar selepas agensi berita, Fars melaporkan mengenai hukuman dijatuhkan kepada lelaki berusia 45 tahun.

Agensi berita itu menyifatkan keputusan mahkamah tersebut mengejutkan dan menunjukkan ketidakseimbangan.

Fars juga meminta mahkamah menjelaskan atau mengubah keputusan dikenakan terhadap bapa tiga anak itu.

Foto: AFP

Sementara itu, agensi kehakiman Mizan Online mengumumkan suruhanjaya khas akan ditubuhkan di wilayah Qom untuk mengkaji tahap kesalahan.


“Suruhanjaya akan cuba menggunakan undang-undang untuk mengurangkan hukuman,” jelas Mizan Online seperti dilaporkan Times Of Israel.

Menurut badan kehakiman, lelaki itu pernah dipenjarakan selama setahun atas kesalahan mencuri pada 2019 namun hukuman tersebut digantung kerana barangan dicuri sudah dipulangkan semula.

Keputusan itu mendapat kritikan hebat warganet di laman media sosial.

Tambah Fars, keputusan mahkamah adalah muktamad memandangkan tiada rayuan dibuat.

Jelas agensi berita itu, nama dan lokasi lelaki itu menjalani hukuman tidak didedahkan. – CARI

Sumber: Utusan Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 29-10-2021 10:04 AM
40 sebatan????
Quote nononcrux 29-10-2021 11:17 AM
hudud ke tu
Quote nakkomenjugak 29-10-2021 10:58 PM
40 sebatan??? Untuk curi??

Kat Malaya kes rogol berapa sebatan?
Quote Decaffeinated 29-10-2021 11:00 PM
itu biji gajus lah pandai!

Quote edayildiz 31-10-2021 11:03 AM
mencuri jer pun  sampai 40 sebatan.mesti penduduk situ tamo mencuri dh..
Quote kitmal 31-10-2021 11:07 AM
bilis biasa tak lepas...........kalau jerung...senang jer berenang lari
Quote CikYaYaYa 31-10-2021 11:20 PM
serius ar sampai 40 sebatan..?   hukuman penjara tu iols xheran sangatt
Quote akusukaq 1-11-2021 11:11 PM
Rotan kut bukan sebatan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.123584 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top