View: 1581|Reply: 8
|
Curi Tiga Paket Gajus, Dipenjara 10 Bulan Dan 40 Sebatan
[Copy link]
|
|
Tehran: Seorang lelaki di Iran dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan dan 40 sebatan selepas ditangkap mencuri tiga paket gajus.
Kes itu terbongkar selepas agensi berita, Fars melaporkan mengenai hukuman dijatuhkan kepada lelaki berusia 45 tahun.
Agensi berita itu menyifatkan keputusan mahkamah tersebut mengejutkan dan menunjukkan ketidakseimbangan.
Fars juga meminta mahkamah menjelaskan atau mengubah keputusan dikenakan terhadap bapa tiga anak itu.
 Foto: AFP
Sementara itu, agensi kehakiman Mizan Online mengumumkan suruhanjaya khas akan ditubuhkan di wilayah Qom untuk mengkaji tahap kesalahan.
“Suruhanjaya akan cuba menggunakan undang-undang untuk mengurangkan hukuman,” jelas Mizan Online seperti dilaporkan Times Of Israel.
Menurut badan kehakiman, lelaki itu pernah dipenjarakan selama setahun atas kesalahan mencuri pada 2019 namun hukuman tersebut digantung kerana barangan dicuri sudah dipulangkan semula.
Keputusan itu mendapat kritikan hebat warganet di laman media sosial.
Tambah Fars, keputusan mahkamah adalah muktamad memandangkan tiada rayuan dibuat.
Jelas agensi berita itu, nama dan lokasi lelaki itu menjalani hukuman tidak didedahkan. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
40 sebatan??? Untuk curi??
Kat Malaya kes rogol berapa sebatan? |
|
|
|
|
|
|
|
itu biji gajus lah pandai!
|
|
|
|
|
|
|
|
mencuri jer pun sampai 40 sebatan.mesti penduduk situ tamo mencuri dh..
|
|
|
|
|
|
|
|
bilis biasa tak lepas...........kalau jerung...senang jer berenang lari |
|
|
|
|
|
|
|
serius ar sampai 40 sebatan..? hukuman penjara tu iols xheran sangatt |
|
|
|
|
|
|
| |
|