CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Membazir Vs Menderma: Mana Pilihan Anda?

18-6-2015 06:11 PM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 2132| Komen: 2

Description: Sekurang-kurangnya 1,000 tan sisa makanan dihasilkan oleh rakyat Malaysia! Bayangkan!
Oleh Adib Za

Lazimnya bila tiba musim Ramadan, penjimatan yang dituntut dalam Islam bertukar menjadi pembaziran? Mengapa ia boleh berlaku?

Kebanyakan orang akan berbelanja melebihi hadnya kerana nafsu menguasai ketika berkunjung ke bazar Ramadan. Setuju atau tidak?

Walhal apabila waktu berbuka, hanya beberapa suap makanan sudah cukup mengenyangkan. 

Laporan terbaharu dalam akhbar Berita Harian, sekurang-kurangnya 1,000 tan sisa makanan dihasilkan oleh rakyat Malaysia! Bayangkan!

(Sumber foto: Ummu Sayyidah)


Sekiranya anda berjimat apa yang boleh anda lakukan? Memberi makan kepada lebih 5 juta umat manusia!

Daripada anda membazir, lebih baik mengambil peluang bulan yang baik ini untuk menderma. 


Tak tahu ruang yang betul untuk menderma? Jangan risau, kini terdapat banyak NGO yang sentiasa memerlukan dana untuk membiayai mereka yang kurang berkemampuan.

Terbaru, Islamic Relief Malaysia melancarkan kempen Ramadhan: Care For Hunger. Anda boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM130 yang cukup untuk kegunaan sebuah keluarga.

(Sumber foto: IRM)


Malah, nak menderma pun tidak sukar. Hanya salurkan melalui akaun bank yang diberikan, anda sudah membantu mereka yang kurang berkemampuan, hanya melalui hujung jari! 

Berdasarkan laman web Islamic Relief Malaysia, pada tahun 2014 mereka telah mengedarkan lebih 214,000 pek makanan ke 30 negara. Terdapat lebih 1.1 juta orang yang kurang berkemampuan yang telah dibantu untuk kempen ini.

Jom apa kata kita menderma, daripada terus membazir ada eloknya kita membantu mereka yang memerlukan. - CARI Infonet
6

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
17

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote krustykrab 20-6-2015 07:32 AM
Beli beli beli sudahnya tak habis makan...
Quote peningsokmo 20-6-2015 02:06 AM
orang kite leni memang terlebih mewoh.. dok pernoh rasa susoh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.031553 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top