CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Malaysia Terpilih Antara '10 Destinasi Makanan Terbaik Dunia' - CNN

18-6-2015 03:22 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 4479| Komen: 2

Description: Walaupun kali ini tersenarai di tangga keenam, tapi dalam laporan CNN ada membuat penekanan khusus yang mengatakan sekiranya anda pernah menikmati semangkuk Laksa, kelazatannya pasti membuat anda tida ...

Oleh : Loo Tung Seang
Article Diterbitkan : 18 Jun 2015

sumber foto : http://cnnpressroom.blogs.cnn.com/


Baru-baru ini, CNN telah mengadakan pengundian secara terbuka di laman Facebooknya bagi memilih  '10 Destinasi Makanan Terbaik Dunia' dan keputusan undian telah pun diumumkan pada Isnin lalu.


Dengan memperolehi undian sebanyak 8242, Taiwan telah menjadi negara yang berada di kedudukan pertama dalam senarai '10 Destinasi Makanan Terbaik Dunia '.


Negara kedua pula dilmiliki Filipina dengan memperolehi jumlah undi sebanyak 1528.


Manakala Negara kita Malaysia mendapat sebanyak 265 undi dan berada di kedudukan yang keenam.


sumber foto : http://anhui.sinaimg.cn/



Menurut laporan CNN , makanan Taiwan dikatakan banyak menerima pengaruhi dari Fujian, Teochew, Hakka dan budaya ketika penjajahan Jepun di Taiwan. 


Oleh itu makanan Taiwan mengandungi pelbagai jenis, khususnya di Taipei di mana terdapat kira-kira 20 batang lorong yang boleh kita kunjungi dan berpeluang menikmati pelbagai jenis juadah tempatan yang enak-enak belaka.


Justeru apabila berada Taiwan, tak lain tak bukan hanya sibuk makan, makan dan makan.


sumber foto : http://news.xinhuanet.com



Dalam laporan turut menyifatkan, mungkin anda terjumpa‘ Beef Noodle' yang sangat enak atau 'Tou Fu Goreng' yang terbaik di lorong tertentu sekitar Taipei. 


Tetapi mana tahu apabila anda memasuki ke lorong sebelah, anda mungkin akan menemui pula gerai lain yang menjual ‘Beef Noodle’ dan ‘Tou Fu Goreng’ yang jauh lebih sedap. 



sumber foto : http://foodnetwork.sndimg.com/



Bagi Filipina yang mendapat tempat kedua, mungkin makanannya tidak sepopular berbanding dengan negara lain, tetapi disebabkan ianya diwujudkan hasil gabungan lebih 7000 buah pulau, penghasilan makanan laut dan buah-buahan nya sememang tiada tandingan.



Tambahan lagi kebanyakan chef mereka yang memiliki kemahiran memasak yang kreatif , akibatnya Filipina mempunyai makanan tempatan yang tersendiri .



 sumber foto : http://eatyourworld.com/



Contoh Adobo iaitu makanan istimewa yang sangat popular di kalangan masyarakat tempatan di Filipina, ianya merupakan masakan yang mencampurkan ayam, makanan laut, sayur bersama dengan cuka, garam termasuk sos dan dimasak secara ‘stew’ dengan api yang perlahan-lahan.



Selain itu, Lechon iaitu sejenis masakan daging bakar yang paling popular yang dihidang oleh orang Filipina buat tetamu yang datang ke rumah.



sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/


Kebiasaannya spaghetti dan pizza dapat dimakan di mana-mana tempat di seluruh dunia dan boleh dikatakan amat disukai oleh semua orang. maka wajarlah Italy berada di tempat ketiga dengan jumlah undi sebanyak 810.


sumber foto : http://www.redfirepizza.co.nz/


sumber foto : http://azu1.facilisimo.com/



Yang lebih membanggakan, aktiviti undian kali ini, majority negara yang tersenarai sebagai 10 Destinasi Makanan Terbaik Dunia' adalah merupakan negara-negara Asia, kecuali Italy yang berada di tempat ketiga dan Greek di tempat yang kesembilan.



Makanan Malaysia yang bersifat kepelbagaian kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India termasuk lain-lain etnik suku kaum sememangnya dikenali di mata dunia. 


sumber foto : http://armenianstheritagehotel.com/


Walaupun kali ini tersenarai di tempat keenam, tapi dalam laporan CNN ada membuat penekanan khusus yang mengatakan sekiranya anda pernah menikmati semangkuk Laksa, kelazatannya pasti membuat anda tidak akan terlupa buat selama-lamanya. - CARI Infonet



26

Bagus
24

Marah
32

Terkejut
25

Sedih
21

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote starbee 19-6-2015 12:48 PM
nampak sedap kalau melancong blh carik tp halal ke haram kene fikir... Makanan Malaysia tak kurang sedapnye... buat aku lapor je pose nie..
Quote tightcherry 19-6-2015 12:30 AM
Byk ltk ajinomoto..mg lah sedap..but not good for health

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.033056 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top