CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rahsia Yang Perlu Diketahui Mengenai Filem 'Jurassic World'

19-6-2015 05:09 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 6735| Komen: 21|Original author: ultramantujuh

Description: Di sebalik sambutan yang sungguh menggalakkan bagi filem Jurassic World, terdapat rahsia yang perlu diketahui kita semua berhubung kedua-dua pelakon utama dalam filem tersebut.
 
Oleh : Loo Tung Seang
Article Diterbitkan : 19 Jun 2015


Sudahkah anda menonton filem squel yang bertemakan dinasour iaitu 'Jurassic World' yang sedang hangat ditayangkan di pawagam?  

Meskipun ada orang mengatakan filem 'Jurassic World' kali ini dari segi jalan ceritanya tiada kelainan dan langsung tidak dapat mengatasi kehebatan filem 'Jurassic Park' bahagian satu arahan Steven Spelberg sebelum ini. 

Namun, filem tersebut difahamkan telah berjaya memecah rekod Box Office dengan meraih kutipan sebanyak 19 juta dollar pada hari pertama pembukaannya di seluruh dunia. 

Apa sebenarnya kehebatan dan keistimewaan yang dimiliki oleh filem tersebut? Ianya hanya dapat dinilai dengan sewajarnya setelah anda sendiri menonton filemnya. 


Bagaimana pun, sebelum itu, apa kata kita membuat tinjauan dahulu mengenai tiga perkara yang tak disangka-sangka tapi benar berlaku di sebalik filem 'Jurassic World'. 


1) Chris Pratt - watak hero 'Jurassic World' sebelum ini badannya berisi dan perutnya buncit.

Dalam filem Jurassic World, Chris Pratt, berlakon sebagai seorang jurulatih dinasour dengan penampilan yang kacak dan gagah, pastinya menjadi pujaan kebanyakan penonton khususnya kaum hawa.

Akan tetapi, tanpa disangka-sangkakan Chris Pratt pernah ditolak oleh pengarah filem 'Guardians of the Galaxy' ketika sesi ujibakat berikutan bentuk badannya dianggap agak berisi.


Tak percaya, lihatlah sendiri dua gambar yang ditunjukan di atas, imej sebegitu jauh beza dengan penampilan sekarang yang gagah dan penuh sifat kejantanan.

Difahamkan Chris Pratt menggunakan masa 6 bulan untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 35 kg, barulah berjaya diterima berlakon dalam filem Guardians of the Galaxy .

Hasil lakonan yang mantap dalam filem Guardians of the Galaxy turut membolehkan Chris Pratt diberi kepercayaan melakonkan watak Owen dalam filem Jurassic World, ini merupakan kali kedua dia memegang watak utama.


2)  Watak Utama Wanita dikejar dinasour tanpa tanggalkan kasut bertumit tinggi.

Dalam filem Jurassic world, yang memegang watak ketua penyelia taman tema Jurassic World itu, berpenampilan dengan pakaian kot panjang bersama dengan kasut bertumit tinggi berukuran 3.5 inci, sememangnya dapat menyerlahkan lagi sifat watak tersebut. 

Namun, daripada permulaan sampai filem habis ditayang, termasuk juga ketika dikejar dinasour, dia tetap berkasut tumit tinggi itu dan tindakan tersebut boleh dikatakan amat mudah mengundang bahaya untuk diri sendiri. 

Menurut BryceDallas Howard yang memegang watak itu, pada awalnya dia juga menolak idea memakai kasut bertumit tinggi sepanjang masa melakukan babak kejar-mengejar oleh dinasour, tetapi setelah berbincang dengan pengarah, barulah dia bersedia menerima idea tersebut. 
( Apa sebenarnya hubung kait kasut bertumit tinggi itu dengan jalan cerita filem? Hei, hei, ianya adalah tidak wajar diberitahu di sini)


Kasut itu dipakai sambil berlari dikejar dinasour tanpa menyebabkan kakinya lepuh, sebenarnya ia merupakan jenama kasut bernama Sam Edelman dari Amerika Syarikat. 

Jenama tersebut kurang popular di rantau Asia, tetapi mendapat sambutan di Eropah dan Amerika, antara bintang filem terkenal yang memakainya termasuk Julia Roberts, Katy Perry, Jennifer Lopez. 

Harganya juga lebih berpatutan berbanding jenama lain. Diharapkan hasil sambutan hangat filem Jurassic World, mampu membolehkan jenama kasut tersebut menjadi rebutan kaum hawa. 


3) Manusia melakonkan dinasour itu supaya kelihatan lebih hidup

22 tahun dahulu dalam filem 'Jurassic Park', aksi dinasour yang seolah-olah hidup itu bukan sahaja mengkagumkan malah ianya telah membawa kemajuan besar dalam pembikinan dinasour dalam bidang perfileman ketika itu.

Jadi dalam filem Jurassic world kali ini, pengarahnya memahami kehendak penonton terhadap filem Jurassic World pastinya meningkat. 


Selama ini, filem yang bertemakan dinasour banyak telah diterbitkan, bagi membolehkan penonton merasakan dinasour itu betul-betul nampak hidup, selain menggunakan kesan khas 3D, pergerakan mimik muka dan badan serta reaksi dinasour juga penting. 

Justeru itu, kali ini, tekstur kulit dinasour turut dipertingkatkan kualitinya. 


Selain itu, setiap dinasour adalah dilakonkan oleh manusia di mana pergerakan manusia digabungkan bersama dinasour melalui penggunaan teknologi tercanggih supaya apa yang ditonton adalah dinasour yang betul-betul kelihatan hidup dan bersifat manusia yang mempunyai kelakuan yang tersendiri. - CARI Infonet






9

Bagus

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Athrun.Zalaa 19-6-2015 10:16 AM
So misteri uuoollsss...
Quote harkktuih 19-6-2015 10:18 AM
wauuuu....misteri..
Quote epis 19-6-2015 10:30 AM
saya rasa dari citer guardian of galaxy lagi dah tau mmg hero tu workout tuk kurus..
Quote Lorra2411 19-6-2015 10:32 AM
wuhuuu, misterinya
Quote maharani_gebu 19-6-2015 10:51 AM
adoiii.... buang masa btul jenguk benang ni... tajuk dgn isi ke laut abess...

baidewei nk kutip tacanglah sebelum kena solex
Quote bellaa 19-6-2015 10:59 AM
misteri kehilangan lemak kah sis?
Quote nize 19-6-2015 11:25 AM
OHOOMY  so mysterious ...
Quote salimrock 19-6-2015 11:46 AM
walopun tajuk kelaut

tetapi ceritanye bagus
Quote nizamXF 19-6-2015 12:28 PM
misterinya
Quote wanitajelita 19-6-2015 03:47 PM
bellaa replied at 19-6-2015 10:59 AM
misteri kehilangan lemak kah sis?

haha.. lawak giler sehh

Quote bellaa 19-6-2015 03:51 PM

kadang tu kan..

komen2 porumer yg membuatkan hari bella ceria..


Quote supernaturalee 19-6-2015 04:42 PM
ye...ke laut tajuk dgn isi

tp blh bg motivasi ni
Quote supernaturalee 19-6-2015 04:43 PM
chris pratt tu



Quote JohnDeSouza 19-6-2015 05:18 PM
bellaa replied at 19-6-2015 10:59 AM
misteri kehilangan lemak kah sis?

ya betoiii...

Quote Felycya 19-6-2015 05:49 PM
Ingatkan rahsia apa la tadi ???.

buat saspender jee...
Quote pinkypetal 19-6-2015 06:12 PM
Really? Hot giler chris pratt ni. Tak nah terbayang sebenarnya dia pernah gemok

Quote tdpp2006 19-6-2015 07:03 PM
Ingatkan nampak hero lama jurassic park jual aiskrim atau tengkorak orang yang lari dari dinosaur dulu
Quote merrissa 19-6-2015 08:25 PM
misterinya...................kahkahkahkah

sonooknya dia kurus...aku work out hari2 pon...xkurus2
Quote datinamanda 19-6-2015 10:02 PM
Oooh, iols ingat kah penampakan dinasour kah atau ada yang kena makan oleh dinasour kah ?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.185402 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top