CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendekar Negara Omardin Mauju Meninggal Dunia

22-6-2015 10:05 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 7267| Komen: 12

Description: Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) berusia 74 tahun itu meninggal dunia pada 3.20 pagi Sabtu setelah 15 hari menerima rawatan di hospital Tawakal, akibat komplikasi buah pinggang. ...

sumber foto: BERNAMA


Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju meninggal dunia di Hospital Tawakal awal pagi Sabtu, akibat komplikasi buah pinggang.

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) berusia 74 tahun itu meninggal dunia pada 3.20 pagi Sabtu setelah 15 hari menerima rawatan di hospital itu, menurut anak allahyarham, Senator Datuk Megat Zulkarnain.

“Sebelum ini arwah ada menghidap barah tulang, daripada barah itu dia mengalami komplikasi buah pinggang dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal selama 15 hari,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata jenazah akan disembahyangkan di Kompleks Lincah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak dekat sini selepas Zohor.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Raja Azizah Raja Ahmad Shah dan dua anak lelaki.

Omardin dipilih sebagai penerima pertama Anugerah Pendekar Malaysia pada Julai 2011.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis perhimpunan PSSLM bersempena 50 tahun pertubuhan itu.

Anugerah khas itu diwujudkan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ketika itu sebagai pengiktirafan tertinggi negara kepada bidang seni mempertahankan diri. - CARI infonet


Sumber : BERNAMA






































2

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shanshero 22-6-2015 06:55 AM
lama tak dengar cerita beliau sejak dipenjarA di pulau jerjak. ingatkan masih di sana.
semoga roh beliau aman
Quote GhostWalking 22-6-2015 07:03 AM
shanshero replied at 21-6-2015 10:55 PM
lama tak dengar cerita beliau sejak dipenjarA di pulau jerjak. ingatkan masih di sana.
semoga roh b ...

kenapa dia kena penjara kat sanun dek?
Quote pyropura 22-6-2015 07:11 AM
Aikkk, kata punya lah hebat ada ilmu kebal segala macam, pergi sepital jugak berubat? Kena tipu aje mulayu2 sekelian, mahaguru silat kunun...tapi, biasalah mulayu sunni never kearn...
Quote Modngengade 22-6-2015 07:16 AM
pyropura replied at 21-6-2015 11:11 PM
Aikkk, kata punya lah hebat ada ilmu kebal segala macam, pergi sepital jugak berubat? Kena tipu aje  ...

Mana ko tau dia kebal?

Kerana beliyau bukan immortal..

Dah faham konsep?
Quote GhostWalking 22-6-2015 07:42 AM
Sedikit cerita yang dapat di lowyat

Mahaguru Tan Sri Dato' Haji Omardin bin Mauju, dilahirkan pada 29 Mei 1941 di Puchong, Selangor. Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Puah, Gombak, Selangor. Anak jati Selangor yang juga dibesarkan di kampung berkenaan sudah berdepan engan keperitan hidup sejak kecil lagi akibat menderita penyakit lumpuh atau polio, iaitu sejenis penyakit yang amat sukar diubati ketika itu. Namum, kesakitan itu tidak menghalang beliau dari berusaha mencari sesiapa sahaja yang boleh mengubatinya sehinggalah bertemu seorang guru silat iaitu Syed Abdul Rahman di Pulau Besar Melaka. Guru silat berkenaan menasihati beliau mempelajari 'Silat Tarah', sebagai usaha mengubati penyakitnya. Maka, bermulalah sejarah silat dalam diri beliau.

Minatnya terhadap silat semakin mendalam apabila mendapati penyakitnya menunjukkan tanda-tanda sembuh tetapi dalam masa yang sama beliau terpaksa menerima hakikat akan menghadapi kecacatan kedua-dua anggota kaki buat selama-lamanya. Sepanjang menjalani tempoh rawatan dan mempelajari silat, Omardin pernah ditanam dari kaki hingga ke paras pinggang sebanyak 15 kali di kawasan pantai pada setiap kali bulan mengambang.

Semua ujian itu dihadapi dengan tabah olehnya walaupun usianya ketika itu 18 tahun. Omardin terus mempelajari pelbagai teknik silat termasuk menyerang, cara bertahan serangan musuh serta menumpaskan musuh menggunakan segala pergerakan tubuh badan termasuk anggota kakinya yang cacat. Beliau bukan sahaja dilatih oleh Syed Abdul Rahman tetapi turut dibantu oleh tujuh orang anak murid gurunya yang juga rakan seperguruan beliau.

Berkat kesabaran, kecekalan dan kesungguhan beliau, Omardin seakan-akan tidak percaya apabila beliau dilantik menjadi Guru Muda setelah 4 tahun bertungkus lumus mempelajari silat berkenaan apatah lagi usianya ketika itu baru 22 tahun. Kejayaannya tidak berakhir disitu kerana selang beberapa bulan kemudian setelah melalui penilaian dan ujian getir gurunya, Omardin dilantik sebagai 'Mahaguru' dan diberi kebenaran oleh Syed Abdul Rahman mengajar Silat Lincah.

Pengiktirafan 'Mahaguru' kepadanya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Namun, Omardin membuktikan kecacatannya tidak menjadi halangan bagi menghadapi ujian kebatinan yang amat getir, antaranya ialah ditetak dengan senjata tajam, disiram dengan minyak panas dan yang paling mencemaskan apabila beliau ditanam hidup-hidup selama 2 hari 2 malam.

Upacara pertabalan Omardin sebagai 'Mahaguru' dilakukan di Makam Sheikh Ismail Sultan Ariffin, Pulau Besar Melaka. Dengan melalui pelbagai adat istiadat. Dalam upacara itu juga, beliau menerima anugerah peralatan gurunya sebagai waris semua ilmu yang dimiliki oleh gurunya. Selesai upacara adat istiadat, Omardin dimandikan di 'Perigi Nenek Kebayan' dan di limau di 'Makam Tujuh Beradik' sebagai penamat upacara pertabalan.

Setelah tamat berguru dengan Syed Abdul Rahman, beliau diwasiat oleh gurunya supaya berguru dengan empat orang guru lain. Bagi memenuhi wasiat berkenaan beliau mendalami ilmu silat dan kerohanian dengan Kiyai Haji Nong Lias di Rantau, Negeri Sembilan, selepas itu beliau berguru dengan Wan Alang dari Bukit Selambau, Kedah. Manakala guru ketiganya ialah Syed Mohammed Al-Qadri dan guru keempatnya ialah Tuan Haji Salleh Patani.

Beliau kemudiannya berangkat ke Tanah Suci Mekkah bersama-sama dengan 37 orang jurulatih untuk 'nas'kan (mengesahkan) ilmunya. Pulang ke tanah air, Silat Lincah mula mencipta sejarah. Dengan hanya lima orang anak murid asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Dengan hanya lima orang anak murid asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Dari situ Silat Lincah terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehingga pendaftarannya sebagai pertubuhan diluluskan dan dikenali Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Datuk Haji Omardin, juga pernah mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah diluar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, Indiadan Mekkah. Kejayaan Silat Lincah menguasai dunia antarabangsa bermula selepas 4 Disember 1976, di mana satu upacara demonstrasi Silat Dunia anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia diadakan di Kuala Lumpur. Selepas tarikh keramat inilah, dua orang anak muda dari England dan Belgium, Glenn Lobo dan Christtopher Bogaerts datang ke Kuala Lumpur untuk mempelajari Silat Lincah. Disinilah bermulanya Silat Lincah menembusi dunia antarabangsa.

kredit to:https://forum.lowyat.net/topic/1941001/all

Quote Al-Patih 22-6-2015 07:44 AM
al-fatihah
Quote Lorra2411 22-6-2015 09:03 AM
arwah dah meninggal 2 hari lepas kan?
Quote kucen_miang 22-6-2015 09:06 AM
news di tv semalam katanya meninggalkan dua isteri dan 7 anak. reputz tak buat keje ke ni?
Quote piao 22-6-2015 09:18 AM








Quote d'zeck 22-6-2015 09:20 AM
jasa Allahyarham sangat besar
dalam meningkatkan prestij dunia seni silat
di peringkat negara dan global

anugerah Pendekar Negara
sangat bersesuaian dengan peranan
hebatnya selama ini

patah tumbuh hilang berganti

diharapkan generasi seterusnya
akan menyambung perjuangan
arwah
Quote abas8888 22-6-2015 09:20 AM
salam takziah buat keluarga arwah..moga ditempatkan di kalangan orang beriman..
Quote chinatsu 22-6-2015 10:21 AM
salam takziah..harap ada yg mewarisi seni persilatan daripada dia

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059009 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top