CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terlalu Seksi, Seluar Harley Quinn Dipanjangkan Dlm Poster Filem Suicide Squad

8-8-2016 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11786| Komen: 29

Description: Dalam filem Suicide Squad, penampilan Harley Quinn boleh dikatakan amat seksi dengan berpakaian baju ketat dan seluar panas yang amat pendek.
Oleh : TS LOO



Terlalu Seksi, Seluar Harley Quinn Dipanjangkan Dlm Poster Filem Suicide Squad



Filem adiwira dari Hollywood yang telah ditayangkan sejak Khamis lalu, yang berjudul Suicide Squad, boleh dikatakan filem yang dinanti-nantikan oleh semua orang.

Dalam filem tersebut terdapat watak badut perempuan, Harley Quinn yang diminati ramai, lakonan Margot Robbie. Dalam filem tersebut, penampilannya boleh dikatakan amat seksi dengan berpakaian baju ketat dan seluar panas yang amat pendek. 


Poster filem Suicide Squad yang dipaparkan di stesen LRT laluan KLCC telah diubahsuai.



Baru-baru ini, ada netizen dari Malaysia mendapati, poster filem yang dipaparkan di stesen LRT laluan KLCC telah diubahsuai. 

Kalau diperhatikan secara terliti antara poster asal dengan poster yang telah diubahsuai, didapati seluar panas pendek yang dipakai oleh watak badut perempuan itu sudah tidak kelihatan. 

Sebaliknya telah diubahsuai menjadi seluar yang panjang sehingga ke bahagian lutut, secara tiba-tiba kakinya telah ditutup separuh, gaya seksi yang menghairahkan diminimumkan. 


Terlalu Seksi, Seluar Harley Quinn Dipanjangkan Dlm Poster Filem Suicide Squad

Selain itu, poster asal baju-T yang dipakai oleh Harley Qiunn yang kelihatan bahagian pinggang turut tidak dibenarkan, pihak berkuasa tempatan mengubahsuainya dengan memanjangkan baju T-shirt itu. 

Begitulah penampilan watak badut perempuan telah diubahsuai sehingga menjadi seperti seorang remaja lelaki yang membawa sebatang pemukul besbol. 


 Samurai perempuan yang bernama Katana turut diubahsuai dari segi pemakaian!

Dalam pada itu, dalam filem itu terdapat satu lagi watak yang berpenampilan seperti seorang Samurai perempuan yang bernama Katana turut diubahsuai dari segi pemakaian! Asalnya memakai baju berjenis Bra Top, juga telah diubahsuai menjadi baju vest panjang yang berwarna putih, sama juga tidak dibenarkan mendedah bahagian pinggang. 

Menurut laporan, poster dan trailer filem versi pertama yang diedarkan oleh syarikat perfileman telah pun diubahsuaikan. Dlam trailer yang asal, seluar panas yang dipakai oleh Margot Robbie ketika penggambaran dikatakan lagi pendek. 

Bagi membolehkan filem tersebut dapat kelulusan lembaga penapisan filem (LPF), syarikat filem sanggup menerbitkan poster dan trailer filem tersebut dalam versi yang lain dengan cara mengubahsuaikan visualnya.


Terlalu Seksi, Seluar Harley Quinn Dipanjangkan Dlm Poster Filem Suicide Squad


Walau bagaimana pun, tersebar luas poster filem yang sebelum dan selepas diuabhsuai oleh LPF di laman media sosial sehingga menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna laman web. 

Sebahagian netizen berpendapat sebenarnya bukan menjadi masalah pun, sekiranya LPF tidak bertindak terlalu kecoh dan mengelak daripada lihat perkara tersebut hanya dari sudut seksi dan lucah.  

Ada juga netizen yang mempertikaikan kenapa tengkorak dan senjata api semuanya boleh diluluskan, kenapa seluar panas yang pendek pula tidak dibenarkan.

Segelintir netizen turut menyeru pihak kerajaan harus lebih berfikiran terbuka sejajar dengan negara kita yang sedang membangun pesat ke arah sebuah negara yang maju.- CARI







sumber info: www.themalaymailonline.com

35

Bagus
27

Marah
24

Terkejut
44

Sedih
36

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (194 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 8-8-2016 05:21 PM
poster mystique, psylocke hari tu ade ape2 perubahan x?...hahahah
Quote violet1212 8-8-2016 05:34 PM
alaaaaa... retis kite pun byk je berpakaian tapi telanjang...
so, x payah nak cover sgt laa hahahahha
Quote mystica 8-8-2016 05:37 PM
eloklah cover. xsabar nak tgk movie ni
Quote nafham 8-8-2016 11:01 PM
Mesti poster kat satgi tina ni pakai tudung kat poster dia
Quote Emperor95 9-8-2016 09:59 AM
Gayanya macam best filem ini.
Quote helmeita 9-8-2016 11:07 AM
elok lah cover.. kalu anak den tengok kan puas di tanya kat den lak... den laK PUAS NAK menjawap...
Quote lashes 9-8-2016 11:31 AM
Emperor95 replied at 9-8-2016 09:59 AM
Gayanya macam best filem ini.

Mmg best..iolss da g tgk last week
Quote -electrifying- 9-8-2016 12:07 PM
suka watak harley quinn
Quote applemy 9-8-2016 12:11 PM
Kat Arab Saudi pun selalu alter gambar artis barat sejak 90an lagi.. Mariah carey paling byk kena censor cover CDnya..
Quote applemy 9-8-2016 12:15 PM
Btw, kostum design Harley Quinn besa sgt.. uninspired gitu..
Quote cikputih15 9-8-2016 12:21 PM
Emperor95 replied at 9-8-2016 09:59 AM
Gayanya macam best filem ini.

dah tgk ahad lps. mcm x se best yg disangka kan. soundtrack dia yg best2

Quote cikputih15 9-8-2016 12:22 PM

ceriaaaa sepanjang masa
Quote zie2743 9-8-2016 12:22 PM
Kaki margot robbie ni sgt lawaaaa.jeles
Quote -electrifying- 9-8-2016 02:36 PM

taw tkpe... wlwpon tgh sedih tp dia tetap ceria wlpon celupar
Quote cikputih15 9-8-2016 03:47 PM
-electrifying- replied at 9-8-2016 02:36 PM
taw tkpe... wlwpon tgh sedih tp dia tetap ceria wlpon celupar

tp dah agak bf dia x mati. tp i x leh accept lak karektor joker dlm cite ni.
Quote cikputih15 9-8-2016 03:49 PM
zie2743 replied at 9-8-2016 12:22 PM
Kaki margot robbie ni sgt lawaaaa.jeles

masa tgk trailer. igtkan dia Natalie Portman
Quote rosasa 9-8-2016 03:58 PM
lepas ni akan diedit berhijabista pulak ke
Quote -electrifying- 9-8-2016 04:13 PM
cikputih15 replied at 9-8-2016 03:47 PM
tp dah agak bf dia x mati. tp i x leh accept lak karektor joker dlm cite ni.

JOKER xkan mati yg berkait dgn batman
kan, mcm jeles lak dia dgn harley quinn
Quote pr3ttytw33ty 9-8-2016 07:06 PM
da tgk. boley laa. iols kasik 3.5/5

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.074218 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top