CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Bongsu Obama Pun Sanggup Bekerja Sambilan Di Restoran, Anak Kita?

8-8-2016 07:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4853| Komen: 9

Description: Kadar pengangguran di negara kita semakin meningkat kebelakangan ini...

Oleh : Dean BZ

Natasha Obama


Kadar pengangguran di negara kita semakin meningkat kebelakangan ini. Salah satu sebab utama adalah kerana ramai penganggur terlalu memilih pekerjaan.

Berbicara mengenai masalah terlalu memilih pekerjaan, penulis suka untuk berkongsi dengan pembaca mengenai kisah anak bongsu kepada Presiden Amerika Syarikat,Barrack Obama.

Natasha Obama, 15, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Sasha, telah mendapat perhatian dunia apabila dia dikesan bekerja sambilan di sebuah restoran makanan laut popular di Martha's Vienyard. 


Menurut Boston Herald, Sasha dilihat bekerja di tempat mesin duit dan juga sibuk menguruskan meja sebelum restoran itu dibuka untuk makan tengahari.

Biarpun cuba hidup sebagai orang normal, Sasha tidak dapat lari dari protokol. Difahamkan, enam ejen akan menunggu kawasan itu untuk mengawasi dan membantu Shasa.

"Kami pelik mengapa ada enam orang tolong gadis ini, tapi akhirnya kami tahu siapa sebenarnya dia", kata seorang pekerja di restoran itu.

Ketika Sasha bekerja, kesemua ejen itu akan memerhati dari sebuah SUV dan juga bangku berdekatan. Apabila waktu bekerjanya sudah tamat, Sasha dan seorang rakannya dilihat memasuki SUV itu sambil membawa satu tray minuman untuk pengawal-pengawalnya.

Shasa dan pembantunya

Sementara itu, beberapa rakaman gambar Sasha bekerja di restoran tersebut turut viral di media sosial. Gambar itu menunjukkan Sasha dalam pakaian seragam biru dan bertopi, berkhidmat sebagai pelayan restoran.

Rumah Putih setakat ini masih belum mengulas laporan itu tetapi sebelum ini, Wanita Pertama Michelle Obama pernah menyatakan bahawa beliau akan membesarkan kedua-dua anak perempuannya seperti remaja biasa.

Penulis harap kisah Sasha ini dapat dijadikan contoh baik buat semua pembaca terutamanya yang sedang menganggur. Lakukan lah apa sahaja pekerjaan yang tidak salah disisi undang-undang tanpa memilih pekerjaan. 

Yang paling penting, manfaatkan lah setiap masa terluang dengan melakukan perkara berfaedah. Sedangkan anak pemimpin besar dunia pun habiskan cuti persekolahan dengan bekerja sambilan, anak-anak kita? - CARI




Sumber - Siakap Keli

18

Bagus
15

Marah
36

Terkejut
7

Sedih
24

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siButaDariKL 8-8-2016 08:00 PM
Boring ahh
Quote Chilliflakes 8-8-2016 10:35 PM
Kita xde anak
Quote finn 8-8-2016 11:15 PM
rocksteady replied at 8-8-2016 08:49 PM
anak2 kita pun kerja gak. cari pukimon sekor rm20


Meols baca komen ni jd konpius memula...asalnya terbayang pokemon go tapi ape kejadah rm20...      
Quote putput 9-8-2016 08:44 AM
dia nak anak mengenal kesusahan bapanya yg dulu noreh getah
Quote shi_jewel 9-8-2016 10:40 AM
bagusla...belajar mcm mana susah nak cari duit.

anak bijan hader?
Quote kechikchomel 9-8-2016 11:27 AM
rasanya dulu ada jugak kan anak kenamaan/selebriti yang keje part time kat restoran
anak david + victoria beckham kot
Quote kentel 9-8-2016 12:05 PM
anak piyem dapat derma uolsss...buat pilem lagi
Quote rosasa 9-8-2016 04:04 PM
ala...anak akak yang kecik2 pun dah tolong akak prep barang2 katering
Quote binatang 9-8-2016 08:39 PM
Lantak lah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050064 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top