CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

8 Tanda Kamu Masih Riang Walaupun Hidup Solo

10-6-2015 03:57 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3433| Komen: 0

Description: Kadang-kadang kamu bimbang kekasih sudah tidur belum, risau sihat ke tidak...


Kawan-kawan, jangan pernah takut jika kamu solo kerana semua orang pernah mengalami zaman peredaran menjadi solo. Malah solo itu zaman yang banyak keuntungannya nak dibandingkan jika kamu bercinta, artikel ini khas untuk mereka yang masih 'single', cuba cek kalau-kalau ada tanda-tanda berikut membuatkan anda riang dengan kehidupan solo kamu:


1. Kamu berasa bebas dan lebih banyak ikut kata hati

kredit foto : www.jumpbecause.com

Mudah sahaja, kamu tidak teringat dengan kata-kata orang lain yang menjadi beban dalam kepala otak kamu. Kamu bebas merencanakan aktiviti buat dirimu sendiri. Kamu tidak peduli apa orang kata, contoh jika kamu mengembara, nah!! pergi je kot!


2. Kamu lebih banyak peluang menyimpan duit berbanding mereka yang bercinta

kredit foto: allchoiceinsurance.com

Ya, tak mempunyai kekasih bermakna kamu tak perlu keluar duit banyak. Baik lelaki ataupun wanita. Secara automatik tabungan kamu pun membukit.

3. Boleh melakukan hobi yang setelah sekian lama tertangguh

kredit foto: creatingwithin.com


Tanpa kekasih kamu memang boleh mencapai segala mimpi kamu dengan sendiri. Sebagai contoh, malam tadi anda mimpi untuk mendaki gunung, teruskan sahaja sebaik anda celik. Tak perlu bincang dengan kekasih.

4. Sendiri lebih menyenangkan

kredit foto :mellowbillow.com


Mudah dan tenang.Lebih mudah kamu menghargai keadaan sekeliling daripada menjaga hati kekasih.

5. Pergaulan tidak sempit

kredit: i.dailymail.co.uk

Tanpa kekasih, dimensi kawan-kawan kamu lebih luas dan bertambah.

6. Tiada yang boleh menyuruh kamu berhenti

sumber foto: ecigblower.com


Sebagai contoh kamu perokok, tanpa kekasih, tak ada siapa yang boleh menyuruh kamu berhenti merokok dan kamu juga bebas melakukan perkara yang kamu mahukan.

7. Tidur lebih nyenyak

jika ada kekasih, kadang-kadang kamu bimbang kekasih sudah tidur belum, risau sihat ke tidak. Argh! bila sendiri.... siapa kesah semua itu.

8. Bebas 'flirting'

sumber foto: faveable.com

Jika kamu duduk minum atau lepak di 'cafe' kamu bebas tanpa sekatan untuk melirik bahkan staring daring sesiapapun yang kamu suka. Tiada siapa yang tarik muncung dengan kelakuanmu itu. -LadyLista.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.117018 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top