CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Penyebab malas untuk kerja

4-6-2015 04:19 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2887| Komen: 3

Description: Pernah kan anda rasa sebegini? Sebenarnya apa penyebab malas untuk bekerja ini.

foto: izilol.com


Rasa malas memang kadang kala menyerang bagaikan melumpuhKAN hari anda. Mahu tak mahu, untuk sesuap nasi perlu juga kamu melangkah ke tempat kerja. Pernah kan anda rasa sebegini? Sebenarnya apa penyebab malas untuk bekerja ini.

1. Konflik
Tak dapat dielakkan sesuatu pekerjaan itu pastinya berhadapan dengan konflik. Rasa tak puas hati, hasad dengki, politik pejabat semuanya berhubung kait untuk menebalkan perasaan anda malas ke pejabat. Tapi cuba anda fikirkan balik, adakah selesai masalah jika anda elak konflik?



Foto: youngandrevolting.wordpress



2. Kerja yang rutin
Jika kerja yang anda lakukan sekarang merupakan pekerjaan yang rutin sememangnya ia sesuatu yang membosankan. Kadang-kala dengan menutup mata pun anda mampu melakukan kerja tersebut. JIka anda berada didalam frasa ini, cuba menyaring pekerjaan lain yang lebih mencabar serta kena dengan jiwa anda.

3. Tidak dihargai
Mahu atau tidak, bukan anda kemaruk pujian, tetapi sebagai manusia, kita perlukan penghargaan sebagai penentu kualiti kerja yang dilakukan, jika tak pernah sekali anda dihargai walaupun dengan pelbagai cara anda lakukan untuk perbaiki diri, sudah sampai masanya anda perlu menukar cara anda berfikir. Pujilah diri sendiri. Jangan segan!

4. Gaji kurang
anda kerja sebab besarnya adalah untuk duit, memang jaranglah orang kerja untuk saja-saja. Jadi jika anda merasakan gaji anda kurang dari apa yang sepatutnya anda perolehi, memang lah anda rasa malas,mengeluh untuk ke tempat kerja. Namun, kadang kala kita harus mencermin diri dahulu adakah kita telah memberikan selayaknya pada hasil kerja?. Jika jawapannya ya dan anda masih menerima gaji yang kurang. Jom tuka kerja.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote AisyDani13 5-6-2015 10:44 AM
gaji kurang.. hehehe
Quote CMFreporter 5-6-2015 10:07 AM
Ini merupakan salah satu sebab kenapa seseorang malas untuk bekerja
Quote seramado 4-6-2015 06:48 PM
kenapa mcm tahu2 je ni

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.037719 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top