CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Text daripada lelaki yang buat perempuan benci

8-6-2015 03:00 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4018| Komen: 2

Description: Peraturan emas untuk bermesej adalah untuk menjadikannya suatu yang menarik dan teruja...


Untuk sesi kenal-mengenali, text menjadi sangat penting yang dapat menyatukan anda atau memusnahkan hari-hari bahagia yang mendatang. Kunci kejayaan adalah usaha yang anda beri untuk menghantar mesej kepada si dia. Hindari mesej yang membosankan wanita sehingga si dia lari mencari mereka yang lebih 'best'. 

Jom baca antara mesej yang buat perempuang 'turn-off' dengan mesej lelaki.

1. Call di lewat hari
tiada wanita suka diganggu lewat hari nak-nak ketika wanita sedang tidur. Sangat biadap apabila anda mempunyai satu hari tetapi kamu memilih untuk menghubungi atau menghantar mesej pada lewat malam. Pada wanita itu tanda anda mencarinya ketika anda bosan.

2. 'Hi' atau 'Apa khabar'
Peraturan emas untuk bermesej adalah untuk menjadikannya suatu yang menarik dan teruja, namun dengan hanya menghantar pesanan ringkas berbunyi 'hi' atau 'apa khabar' tanpa ditambah dengan perbualan lain menjadikan pesanan tersebut sangatlah bosan dan entah apa-apa. Berusahalah sedikit untuk menambah idea agar perbualan itu menjadi panjang dan menarik.



3. Mesej untuk meminta gambarnya
Si dia akan hantar gambar jika dia teringin memberikan kepada anda. Meminta gambar pada si dia membuatkan bukan hanya nampak mendesak dan mengganggu privasi si dia. Walaupun gambar itu menjadikan perbualan kamu lebih dekat namun, kamu harus menjaga batas-batas perkenalan.

4. 'Kenapa tak reply mesej saya'
Kata-kata ini juga sangat 'lame' daripada seorang lelaki. Ia menjadikan si lelaki nampak lebih clingy dan bosan. Jika si dia tidak membalas pesanan anda biarkan, beri si dia ruang sehari atau dua untuk membalas anda.

5.'Saya bosan'
Ketahuilah jika seorang perempuan menerima mesej daripada lelaki dengan kata-kata ini mereka tidak akan menunggu lama. Pada mereka, anda hanya mencari wanita ketika bosan. Wanita jika anda mendapat mesej sebegini daripada lelaki, segeralah angkat kaki. -LadyLista.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote red_cattleya 24-6-2016 07:56 PM
paling annoying mtk gambar
Quote CikDayahRuslan 8-6-2015 06:08 PM
eheheheheehe

WIN~

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.051895 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top