CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Shahrizat Diberi RM1.5 Bilion Oleh Kerajaan?

26-5-2015 12:09 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11714| Komen: 75

Description: Konsesi penswastaan kampus UiTM yang kedua yang akan didedahkan adalah pembinaan, operasi dan penyenggaraan UiTM Cawangan Seremban III di Negeri Sembilan. Jawapan Perdana Menteri pada 10 April 2014 m ...



Konsesi penswastaan kampus UiTM yang kedua yang akan didedahkan adalah pembinaan, operasi dan penyenggaraan UiTM Cawangan Seremban III di Negeri Sembilan.


Jawapan Perdana Menteri pada 10 April 2014 menunjukkan bahawa konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion sepanjang tempoh konsesi ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Inovatif Mewah Sdn Bhd.

Semakan menunjukkan bahawa pegangan saham di dalam Inovatif Mewah Sdn Bhd adalah seperti berikut (rujuk carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama):


1. Menang Development (M) Sdn Bhd dengan pegangan 51% saham
2. Menang Industries (M) Sdn Bhd dengan pegangan 20% saham
3. Tentu Selesa Sdn Bhd dengan pegangan 29% saham

Menang Development (M) Sdn Bhd dan Menang Industries (M) Sdn Bhd adalah syarikat-syarikat yang dikawal dan/atau dimiliki sepenuhnya oleh Menang Corporation (M) Berhad, iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Dato’ Abdul Mokhtar Ahmad.

Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua tokoh yang rapat dengan Umno. Semakan SSM menunjukkan bahawa pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah seperti berikut:
1. Dato’ Shahrir Abdul Jalil
2. Dato’ Aidit Ghazali

Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman. Siasatan saya menunjukkan bahawa Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan di dalam pelbagai urusniaga kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua individu ini menjalankan perniagaan menubuhkan syarikat bermodal RM2 untuk dijual kepada pihak-pihak ketiga yang seterusnya menggunakan syarikat ini bagi tujuan urusniaga yang lain.

Oleh itu, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah syarikat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Shahrir Abdul Jalil dan Dato’ Aidit Ghazali.

Semakan lanjut menunjukkan bahawa Dato’ Shahrir Abdul Jalil adalah adik kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno Malaysia. Dato’ Shahrir Abdul Jalil pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai yang kemudiannya digantung selama 3 tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005 kerana didapati bersalah dengan amalan politik wang.

Dato’ Shahri Abdul Jalil adalah pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah Sdn Bhd, selain menjadi pengarah kepada Tentu Selesa Sdn Bhd.

Seorang lagi pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Dato’ Aidit Ghazali, iaitu Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI), sebuah NGO sayap kanan yang ditubuhkan oleh Dato’ Hassan Ali selepas beliau (Hassan Ali) dipecat dari PAS. JATI dilihat begitu kuat mendokong Umno dan banyak menyerang tokoh-tokoh Pakatan Rakyat.

Susun atur pemegang konsesi penswastaan UiTM Cawangan Seremban III menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme digunakan di Malaysia untuk mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno. Sebuah syarikat bermodal RM2 sahaja diberi pegangan sehingga 29% di dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.

Model ini turut digunapakai di dalam beberapa konsesi yang lain, iaitu tokoh-tokoh Umno menjadi pemegang saham minoriti dan syarikat yang membina (selalunya syarikat yang memang terlibat di dalam sektor pembinaan) memegang saham selebihnya. Ia membayangkan seolah-olah syarikat yang dikawal ahli politik mendapat pegangan kerana membuka ruang “kabel politik” untuk dianugerahkan satu konsesi lumayan sedang syarikat pembinaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebenar.
Model ini yang menunjukkan penglibatan ahli politik dalam kroni kapitalisme adalah sarang rasuah yang akhirnya membebankan rakyat dengan konsesi-konsesi penswastaan seperti konsesi UiTM Cawangan Seremban III ini.

sumber: http://www.malaysia-today.net/bo ... lion-oleh-kerajaan/


5

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
14

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 25-5-2015 03:22 PM
Patot la kat uitm byk lombu
Quote stania83 25-5-2015 03:22 PM
nama company x boleh blah, Tentu Selesa. Yang menang pulak mcam company pinggan mangkuk, Menang Glassware.
Quote DARSITA 25-5-2015 03:23 PM
Gampanggg sangat!!
Quote kucingTomey 25-5-2015 03:27 PM
amek la...amek la...duit negara ni mmg umno yg punya....kita macai ape dapat..umah pprt tu pun dirembat org
Quote toxicated 25-5-2015 03:30 PM
tentu selesa makan duit kerajaan....sudah tentu!
Quote dauswq 25-5-2015 03:34 PM
naper mak cik ni susah nk jatuh?

bukan main liat lagi jwtn ketua wanita umno tu
Quote Muntz 25-5-2015 03:40 PM
Mcm tak serik2 jah diorg nie.
Quote asher 25-5-2015 03:40 PM
dasat sungguh permainan dorang nie ...
Quote JERONG_GERGASI 25-5-2015 03:40 PM
kalau aku jadi kak ijad, aku akan jawab,

'haiii.... takkan le ahli keluarga saya tak bole meniaga kat malaysia ni....'

Quote kelana36 25-5-2015 03:42 PM
kalau tau jalan dan ada peluang, senang sangat kan nak buat duit juta juta..
Quote chinta89 25-5-2015 03:51 PM
macam
Quote bungarose 25-5-2015 03:51 PM
Allahuakhbar...
Xcukup cukup lg ker.. semoga Allah bantu rakyat malaysia jika benar kami di zalimi
Quote Nokiaman 25-5-2015 03:56 PM
semenjak dua menjak nie akak sharizat da bermulut lancanggg...petah menyindir......
Quote zach2008 25-5-2015 03:56 PM
Nama company tu tak boleh blah bg aku...
Macam main2 je. Apa pun company dia, nak buat mcm mana. "Tentu Selesa"
Mmg la selesa sebab ada syer 29% utk projek 1.5 bil.
Quote Orix 25-5-2015 04:00 PM
dauswq replied at 25-5-2015 03:34 PM
naper mak cik ni susah nk jatuh?

bukan main liat lagi jwtn ketua wanita umno tu

khenn.. aku pn pelik ngn dia ni...
Quote razhar 25-5-2015 04:03 PM
Orix replied at 25-5-2015 04:00 PM
khenn.. aku pn pelik ngn dia ni...

mungkin dia ada sesuatu yang kita x tahu?
Quote Denco 25-5-2015 04:03 PM
pprt sgt nama kampeni tentu selesa tu

Quote Membara 25-5-2015 04:08 PM
iiishhh iiisshhh.... ni perkara biasa bagi diorang ni... makan billion2 mcm takde hal punya laaa... duit rakyat masuk poket.
Quote ctaz 25-5-2015 04:10 PM
ini semua fitnah.....
-macai

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.060867 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top