CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Lemas Dalam Buaian

24-4-2015 11:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21284| Komen: 135

Description: “Seperti Biasa, Anak Saya Akan Masuk Tidur Dalam Lingkungan Jam 10 Malam, Begitu Juga Malam Tadi. Sebelum Tidur Isteri Saya Akan Susukan Dan Kemudian Barulah Diletakkan Ke Dalam Buai Di Dalam Bilik.
Bayi Lemas Dalam Buaian

Gambar hiasan                                                                     

                 
PAKA - Seorang bayi berusia lima bulan, Hanan Marsya Adwa meninggal dunia dipercayai lemas ketika tidur di dalam buai di rumahnya, di sebuah kawasan perumahan di sini, semalam.

Bayi malang itu dipercayai gagal memusingkan badan ketika meniarap di dalam buai menyebabkannya lemas.

Bapanya yang enggan dikenali berkata, memang menjadi rutin harian, anak bongsu daripada empat beradik itu tidur di dalam buai pada setiap malam.

Menurutnya, bayi itu juga biasa tidur dalam keadaan tertiarap dan memalingkan wajahnya ke sebelah tepi bagi keselesaan bernafas.

“Seperti biasa, anak saya akan masuk tidur dalam lingkungan jam 10 malam, begitu juga malam tadi. Sebelum tidur isteri saya akan susukan dan kemudian barulah diletakkan ke dalam buai di dalam bilik.

“Malam tadi dia tidur seperti biasa dan saya juga akan menjenguknya sebelum tidur. Ketika menjenguknya di dalam buai malam tadi, saya dapati anak saya dalam keadaan tertiarap dan mukanya tersembam ke bawah.

Dia kemudian terus mengangkat anaknya itu dan cuba mengejutkannya tetapi tiada respons.

“Saya membuat bantuan pernafasan (CPR) tetapi turut gagal mengejutkannya menyebabkan saya bergegas ke Klinik Kesihatan Paka untuk bantuan.

“Selepas itu dia dikejarkan ke Hospital Dungun dan kira-kira jam 12.30 malam, doktor memberitahu anak saya sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kata bapa yang berusia 33 tahun itu, bayinya itu kelihatan sangat ceria sejak kebelakangan ini tetapi mereka sekeluarga tidak sangka akan kehilangannya buat selama-lamanya.

“Saya tidak sangka perkara ini akan berlaku kerana sudah kebiasaannya dia tidur dalam buai, bahkan tiga lagi anak lain memang tidur di dalam buai ketika bayi.

“Isteri saya sekarang masih dalam keadaan terkejut dan trauma di atas kejadian yang berlaku.

“Jenazah akan dikebumikan di Kota Bharu, Kelantan iaitu kampung halaman isteri saya,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/bayi-lemas-dalam-buai-1.382560


1

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 23-4-2015 04:47 PM
kaciannya ....
Quote Esmiria 23-4-2015 04:51 PM
Edited by Esmiria at 23-4-2015 05:28 PM


Dah takdir..mungkin allah tak mhu dia jadi seorang yang tidak mempunyai life dan sibuk membodohkan orang di forum
Quote MissNigga 23-4-2015 04:55 PM
Esmiria replied at 23-4-2015 04:51 PM
Dah takdir..allah tak mhu dia jadi seorang yang tidak mempunyai life dan sibuk membodohkan orang d ...

tapi ada sekor tu terlepas kat porem .. acaner tue ...
ke hulu ke hilir tarak ... mengejar org ... nampak sangat tarak laif... tulur pun tarak
Quote Esmiria 23-4-2015 04:59 PM
MissNigga replied at 23-4-2015 04:55 PM
tapi ada sekor tu terlepas kat porem .. acaner tue ...
ke hulu ke hilir tarak ... mengejar org . ...

Itula..tu plik.. Lebih baik takyah layan. pengomen yang komen tak berunsurkan provoke pun dihentam sis
Quote MeghanK 23-4-2015 05:00 PM
Kesian nya..dah ajal kan
Quote MeghanK 23-4-2015 05:01 PM
MissNigga replied at 23-4-2015 04:47 PM
kaciannya ....

Miss nigga, tgk awak eja kacian tu teringat kawan saya, sabahan..msg selalu guna bahasa sabah..ambik masa nak hadam jugak baru boleh reply

*off topic
Quote tightcherry 23-4-2015 05:03 PM
Malang tak berbau ..... Tp I mg seriau nak buaian utk anak2..
Quote fynnkakiblock 23-4-2015 05:05 PM
Dah ajal... Tapi mesti ke bagi tido buaian? Tanya je
Quote lavamorningstar 23-4-2015 05:06 PM
Esmiria replied at 23-4-2015 04:51 PM
Dah takdir..allah tak mhu dia jadi seorang yang tidak mempunyai life dan sibuk membodohkan orang d ...

perghhhh..dasat pandai la lu sampai tahu kerja tuhan.

post2 bodoh cam lu ni la buat wa membodohkan lu.


Quote JeNaB_PopPop 23-4-2015 05:07 PM
MissNigga replied at 23-4-2015 04:55 PM
tapi ada sekor tu terlepas kat porem .. acaner tue ...
ke hulu ke hilir tarak ... mengejar org . ...

tu lah...nape la spesis yang tara ada tulur tu x lemas kne hempak kopek maknye ke kaannn...

ok kak nab awal2 lg reject buaian ni. mak mertua kak nab mati2 suruh pakai buai. katenye anak tidur lena....kak nab xnak gak sebab banyak sangat kes buaian ni. ade yang buai anak kuat sangat sampai ade darah beku kat dlm otak. n paling susah bila nak selalu berbuai je...nak travel pn kne angkut gak buaian
Quote Esmiria 23-4-2015 05:12 PM
lavamorningstar replied at 23-4-2015 05:06 PM
perghhhh..dasat pandai la lu sampai tahu kerja tuhan.

post2 bodoh cam lu ni la buat wa membodoh ...

ko tahu kata makian boleh bangkitkan rasa marah org. Sebab tu ko buat gitu kat aku n hat lain. Ko takde hal nak buat di alam nyata sebab...


well..ko tahu sendiri sebabnya kan?
Sebab tu..di alm maya nilah..tempat ko membodohkan orang dan kasi komen provoke.


Ko hanya buang masa.
You know what, aku kesian kat ko tahu.


Act, aku tak sentap bila ko kata penulisan aku sampah..the truth mcm tu. Lagipulak, cter aku ngarut2 je..

Oh ya.
aku tak maaf ko maki aku.
Take care lava.


.
Quote Esmiria 23-4-2015 05:15 PM
JeNaB_PopPop replied at 23-4-2015 05:07 PM
tu lah...nape la spesis yang tara ada tulur tu x lemas kne hempak kopek maknye ke kaannn...

ok  ...

wau..ada ea spesis tarak tulur?ngeee.lma dah tahu
Quote lavamorningstar 23-4-2015 05:16 PM
Esmiria replied at 23-4-2015 05:12 PM
ko tahu kata makian boleh bangkitkan rasa marah org. Sebab tu ko buat gitu kat aku n hat lain. Ko  ...

ehhh...lu taknak kata tuhan antar wa kasi lu sedar diri jangan memandai mandai post apa sebab budak tu mati..??





Quote zonan4 23-4-2015 05:17 PM
ni mesti buaian guna kain batik atau pelikat... guna la buaian yg macam jaring tu lagi selamat siap ada halangan atas dan bawah supaya baby tak jatuh lantai
Quote fynnkakiblock 23-4-2015 05:19 PM
Esmiria replied at 23-4-2015 05:12 PM
ko tahu kata makian boleh bangkitkan rasa marah org. Sebab tu ko buat gitu kat aku n hat lain. Ko  ...

Kelakar betul dia ambil alih kerja tuhan bab syurga neraka tak ade hal pulak hahaha bipolar kot eh manusia tu
Quote Esmiria 23-4-2015 05:22 PM
fynnkakiblock replied at 23-4-2015 05:19 PM
Kelakar betul dia ambil alih kerja tuhan bab syurga neraka tak ade hal pulak hahaha bipolar kot eh ...

gosh. dia tak faham sarcasm pada post sy. takpelah. ..

Quote lavamorningstar 23-4-2015 05:25 PM
Esmiria replied at 23-4-2015 05:22 PM
gosh. dia tak faham sarcasm pada post sy. takpelah. ..

kerja tuhan pun lu buat sarcasm...

cuba lu rasa apa mak pak budak tu rasa kalau terbaca post budus lu tu...


Quote fynnkakiblock 23-4-2015 05:25 PM
Esmiria replied at 23-4-2015 05:22 PM
gosh. dia tak faham sarcasm pada post sy. takpelah. ..

Aku paham ko perli org tu. Aku reply pun cakap kat org tu. Ko tak paham tak ape
Quote Esmiria 23-4-2015 05:28 PM
fynnkakiblock replied at 23-4-2015 05:25 PM
Aku paham ko perli org tu. Aku reply pun cakap kat org tu. Ko tak paham tak ape

Aku fhmlah. dia tu bkn ko.adoii.

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052339 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top