CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Patutlah Penduduk Kampung Datum Jelatek Mengamuk

9-2-2015 10:23 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11532| Komen: 66

Description: Dengan Jumlah Sebanyak Itu Sudah Tentu Mereka Dapat Membeli Kediaman Baharu, Walaupun Sekadar Rumah Flat. Namun, Itulah Jumlah Yang Dijanjikan Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Pkns) Kepada P ...
Patutlah Penduduk Kampung Datum Jelatek Mengamuk




Ada sebab kalau penduduk mengamuk tidak berpuas hati dengan projek pembangunan Datum Jelatek. Siapa tidak mahu kalau dijanjikan pampasan antara RM250,000 hingga RM300,000 mengikut saiz rumah kediaman dan RM400,000 hingga RM500,000 untuk rumah kedai?

Dengan jumlah sebanyak itu sudah tentu mereka dapat membeli kediaman baharu, walaupun sekadar rumah flat. Namun, itulah jumlah yang dijanjikan pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada penduduk di Kampung Datum Jelatek kira-kira lima tahun lalu, kononnya untuk pembinaan projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, Datuk Keramat.

Memikirkan pampasan begitu besar ditawarkan, semua penduduk bersetuju, lebih lagi mereka juga dijanjikan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di tapak pangsapuri itu akan diberikan kepada bumiputera.

Menambahkan lagi keyakinan mereka, apabila Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali ketika itu turut mengulangi janji sama pada Februari 2013.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, janji hanya tinggal janji. Kuota 50 peratus unit rumah empat bangunan setinggi 45 tingkat yang pada awalnya diperuntukan kepada bumiputera itu tiba-tiba ditarik balik.

Lebih malang lagi, jumlah pampasan bagi semua saiz rumah mahupun rumah kedai yang dijanjikan antara RM250,000 hingga RM300,000 dan RM400,000 hingga RM500,000 untuk rumah kedai dikecilkan kepada RM130,000 hingga RM250,000 sahaja.

Sikap tidak berpegang pada janji itu yang mendorong lebih 1,000 penduduk Kampung Datum Jelatek tidak berpuas hati lalu mengamuk dan menyerbu tapak projek pembinaan bernilai RM1.2 bilion itu Isnin minggu lalu.

Memang wajar penduduk bertindak agresif menendang pagar di tapak projek berkenaan sebagai melepaskan geram kepada kerajaan negeri kerana mereka telah mengorbankan kediaman masing-masing bagi projek pembangunan itu tetapi apabila sebaliknya pula berlaku. Sudah tentu mereka tidak akan berdiam diri atau melihat sahaja setiap inci bumi kelahiran mereka disodok.

Mereka bertindak demikian bukan kerana menolak pembangunan, tetapi menuntut hak sebagai penduduk sah di kawasan itu, yang sebelum ini dijanjikan pampasan lumayan selain dijanjikan peluang memiliki kediaman baharu atas tapak projek yang dijangka siap tahun depan itu.

“Kami bukan nak duit, kami nak unit (rumah) itu saja. Bila kami tidak setuju dengan syarat-syarat PKNS, kami telah ditendang secara kasar menggunakan Akta Pemilikan Tanah.

“Kami diminta keluar dengan dibayar (pampasan) sebanyak RM250,000.. kami tidak mahu duit itu, kami hendak unit rumah,” kata seorang penduduk, Rohani Yusoff. Katanya, penduduk di situ kecewa apabila mereka diberitahu syarikat berkenaan dan PKNS tidak dapat menunaikan janjinya menyediakan rumah, sebaliknya meminta mereka mengambil duit dan tinggalkan penempatan itu.

“Mereka paksa kami menerima pampasan yang sudah dikecilkan jumlahnya dan minta kami beli mana-mana rumah di luar kawasan ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Abdul Hamid berkata, mereka boleh memiliki rumah berkenaan, tetapi harga yang ditawarkan sekitar RM500,000 hingga RM2 juta seunit sedangkan, kata beliau, mereka hanya diberi pampasan antara RM130,000 hingga RM250,000 sahaja berbanding berbanding RM250,000 hingga RM300,000 sebelum ini.

“Kalau dapat beli rumah kawasan ini dengan harga RM250,000 bolehlah juga, tapi mana kawasan yang ada jual rumah dengan harga itu? Untuk beli rumah dengan harga itu (RM250,000) kami kena pergi jauh dalam hutan,” katanya yang meminta Mohamed Azmin menterjemahkan semula kepada rakyat makna slogan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) iaitu “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Projek Datum Jelatek melibatkan pembinaan empat bangunan setinggi 45 tingkat dan turut mempunyai pejabat, hotel serta pusat membeli belah.

Mohamed Azmin ketika mengulas perkara itu mendakwa, jumlah pampasan yang dibayar kepada penduduk terlibat terlalu besar dan projek pembangunan di situ juga turut mengambil kira keadilan kepada semua rakyat Selangor.

“Kita telah tetapkan 50 peratus wajib milik Bumiputera. Kalau ada Melayu tidak mampu membeli unit tersebut, kerajaan negeri akan beli unit tersebut dan kekalkan pegangan hak miliknya di tangan bumiputera di bawah kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Kenyataan Menteri Besar itu disifatkan oleh penduduk sebagai cakap tidak serupa bikin dan indah khabar dari rupa. Sementara itu, sumber dari PKNS memberitahu, hanya mereka yang berpendapatan kasar sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan mampu mampu memiliki rumah berkenaan untuk pembayaran bagi tempoh 20 tahun.

2

Bagus
18

Marah
9

Terkejut
2

Sedih
17

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 8-2-2015 02:23 AM
Kalau benar maknanya kerajaan negeri perlu bertanggungjawab.
Quote din_atos 8-2-2015 03:25 AM
X guna... ::
Quote stripper_j 8-2-2015 07:08 AM
“Kalau dapat beli rumah kawasan ini dengan harga RM250,000 bolehlah juga, tapi mana kawasan yang ada jual rumah dengan harga itu? Untuk beli rumah dengan harga itu (RM250,000) kami kena pergi jauh dalam hutan,” katanya yang meminta Mohamed Azmin menterjemahkan semula kepada rakyat makna slogan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) iaitu “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.





kecik ati aku yg beli umah dalam hutan...
Quote ronin 8-2-2015 07:31 AM
tak ada buat perjanjian ker? Kalau ada boleh saman..
Quote sashin 8-2-2015 07:34 AM
yer aku pun membesar kat kawasan ni...dan rasa sangat sedih..lepas ni maybe bangsa lain akan take over seluruh kawasan keramat ni kot..sob2..
Quote mak_wa95 8-2-2015 07:38 AM
ronin replied at 8-2-2015 07:31 AM
tak ada buat perjanjian ker? Kalau ada boleh saman..

xkan buat janji mulut je..projek besar..
Quote ronin 8-2-2015 07:40 AM
mak_wa95 replied at 8-2-2015 07:38 AM
xkan buat janji mulut je..projek besar..

besar kemungkinan janji mulut....maklumlah penduduk kampung...
Quote NAT_11 8-2-2015 07:48 AM
stripper_j replied at 8-2-2015 07:08 AM
“Kalau dapat beli rumah kawasan ini dengan harga RM250,000 bolehlah juga, tapi mana kawasan yang ad ...

Adala....................KIHKIHKIH.
Dekat AU3 - sume apartmen KELOMPOK bernilai Rm80 je
sejak azali. Tak naik-naik. Aku ada dua unit apartmen, satu
kat Kelompok Keluang and satu lagi Kelompok Mawar. Atas bukit,
cantik kawasan tu. Kalau buat kondo mewah, sure naik rega sampai
rm 2 juta. So, aku nak tunggu Azmin tawarkan berapa banyak untuk
amik alih kawasan tu. KIHKIHKIHKIH.









Padan muka orang Keramat pangkah PKR. Dah kena kencing..................

Quote batmana 8-2-2015 07:50 AM
mana salinan hitam putih perjanjian?

takat claim cmtu.

budak tadika pn bole buat.

klu ada hitam putih, aku sokong heret sapa2 yg brtnggungjwb ke muka pengadilan.

klu takde, pesal bodo sgt, kamu nk beli umah,janji pakai mulut aja, pstu terima?..
Quote mak_wa95 8-2-2015 07:52 AM
ronin replied at 8-2-2015 07:40 AM
besar kemungkinan janji mulut....maklumlah penduduk kampung...

siannya..orang kampung pun kampung bandar tu..xkan sorang pun xterfikir nak buat black n white...

Quote nalis 8-2-2015 07:55 AM
Err... Wujud ke akta pemilikan tanah? penulis tak buat homework ke?
Quote NAT_11 8-2-2015 07:57 AM
batmana replied at 8-2-2015 07:50 AM
mana salinan hitam putih perjanjian?

takat claim cmtu.

A lawyer yang buat keja dapatkan hakmilik untuk apartmen
aku penah cakap kat aku, orang-orang kat flat jalan Jelatik
tu dapat offer rm500K setiap seunit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Wah! terkejut berok aku...............................
sebab apartmen aku 2 bilik cuma rm80K seunit. Flat diaorang
cuma 1 bilik je, leh dapat rm500K.
Baik  betol kerajaan PKR.......

Quote ~anya~ 8-2-2015 08:03 AM
Merakyatkan ekonomi selangor itu maksud nya sama dengan merakyatkan ekonomi penang... yakni kalau kau miskin you can get out... rakyatkan lah diri nko ke tempat lain sebab di tempat sendiri nko hanya bak melukut di tepi gantang ....
Quote NAT_11 8-2-2015 08:03 AM
mak_wa95 replied at 8-2-2015 07:52 AM
siannya..orang kampung pun kampung bandar tu..xkan sorang pun xterfikir nak buat black n white...
...

Tak silap aku, flat jalan Jelatik tu jenis sewa beli or just sewa.
So, tak tawlah samada diaorang ada surat hakmilik. Pemilik-
pemilik flat KELUMPUK pun, ramai yang tak amik surat hakmilik
walaupun PKNS suruh. Dia orang buat tak taw saja. Yang sume
amik hakmilik cuma Kelumpuk Mawar je, itu sebab Kelumpuk
Mawar ditadbir oleh Jawatankuasa flat tu. Siap bercat cantik
berbanding kelumpuk lain. So, kalau PKNS nak amik alih,
jawatankuasa akan urus perjanjian itam putih. Pemilik kelupuk
yang takda hakmilik, kena pasang loyer kalau nak buat perjanjian.
Mana dia orang nak cekau duit, bayar loyer. Suruh amik hakmilik
pun, amik mudah je........................
Quote mak_wa95 8-2-2015 08:07 AM
NAT_11 replied at 8-2-2015 08:03 AM
Tak silap aku, flat jalan Jelatik tu jenis sewa beli or just sewa.
So, tak tawlah samada diaorang ...

kesahnya...

buat xambik berat...
p la dok dlm hutan..20 tahun pas2 hutan jadi bandar..
sepang.bangi dedulu sblm ada UKM..

Quote freebird 8-2-2015 08:13 AM
kesian pulak aku tengok boyan2 dan pedatang2 indon yang dulu menyewa di flet2 kat keramat tu meroyan setelah di halau....


balik indon je lah...
Quote NAT_11 8-2-2015 08:14 AM
mak_wa95 replied at 8-2-2015 08:07 AM
kesahnya...

buat xambik berat...

INI memang perangai orang Melayu.
Bukan kat Selangor & Peneng jah, kat JB pun same.
Kawasan SKUDAI yang sekarang diletak bawah Iskandar
Malaysia, sumenya dibukak orang Melayu. Beranak pinak
kat situ lebih 50 tahun, tapi tanah masih TOL ..........
Sebab tanah TOL free, tak bayar cukai.
Padahal, dah lama kerajaan suruh amik geran, dia orang
buat tak tahu je. Sekarang baru nyesal separuh nyawa.......
Quote mak_wa95 8-2-2015 08:31 AM
NAT_11 replied at 8-2-2015 08:14 AM
INI memang perangai orang Melayu.
Bukan kat Selangor & Peneng jah, kat JB pun same.
Kawasan SKUD ...

sekarang baru nak menyesal xguna la..

buat xambik berat sangat
Quote Staratila 8-2-2015 08:55 AM
patut pun semua mengamuk

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.064150 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top