CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Anak Pukul Ibu Dengan Cangkul Sampai Mati

9-2-2015 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14181| Komen: 102

Anak Pukul Ibu Dengan Cangkul Sampai Mati


KUANTAN: Seorang anak dipercayai memukul ibunya hingga mati dengan batang cangkul di rumah mereka di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang  semalam.

Suspek berusia 20 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan itu setelah mendakwa mendapat arahan daripada suara ghaib.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian  kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa Hamidah Mat Zin, 47, sedang berehat di ruang tamu.

"Suspek dikatakan meracau seorang diri sebaik memasuki ruang tamu, sebelum dia bertindak memukul kepala ibunya bertubi-tubi. Difahamkan, suspek lari meninggalkan rumah berkenaan selepas kejadian.

"Anak saudara mangsa yang kebetulan singgah di rumah berkenaan mendapati  mangsa berlumuran darah dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Aziz berkata mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan dan anak saudara mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading.

Suspek dapat ditahan kemudiannya.

"Kita berjaya menahan suspek yang berada di rumah itu kira-kira dua jam selepas kejadian.

Berdasarkan laporan siasatan awal, suspek mengalami masalah sakit mental sejak berusia 16 tahun dan sering mendengar suara ghaib...  yang mengarahkannya memukul ibunya sehingga mati.

"Ibu suspek yang bekerja sebagai pekerja am di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

"Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian," katanya.

Abdul Aziz berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya sudah merampas kayu cangkul yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

  Suspek kini direman selama seminggu dan kes disiasat kerana menyebabkan kematian.



18

Bagus
19

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
18

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 7-2-2015 10:36 PM
manjang skrip dengar suara dari alam ghaib!
Quote Changa 7-2-2015 10:38 PM
Akak syak ummah melayu sunni?
Quote mahalnya 7-2-2015 10:39 PM
sepitsiput replied at 7-2-2015 10:36 PM
manjang skrip dengar suara dari alam ghaib!

dh lalok atau mental je budak ni
Quote PongKang 7-2-2015 10:43 PM
Lelaki mmg senang terdedah pd pyakit mental ek? Susah jd lelaki ya
Quote ice_sky92 7-2-2015 10:47 PM
Ya Allah.. Ajal di tangan anak sendiri.
Quote newyork 7-2-2015 10:47 PM
Suara ghaib? Ala2 mona fandi
Quote leezzaliza 7-2-2015 10:51 PM
Ramai nye org mental kt malaysia ni...
Quote din_atos 7-2-2015 10:52 PM
PongKang replied at 7-2-2015 10:43 PM
Lelaki mmg senang terdedah pd pyakit mental ek? Susah jd lelaki ya

Believe me wanita lebih ramai mental dr lelaki
Quote PongKang 7-2-2015 10:56 PM
din_atos replied at 7-2-2015 10:52 PM
Believe me wanita lebih ramai mental dr lelaki

Nak google la cmna nk tau simptom org mental. Risau lak.
Quote AMDTurion 7-2-2015 10:56 PM
Kes muda2 dah mental lg.
Quote alahai 7-2-2015 10:56 PM
lalok dadah jugak ka?


lalok benda tuh pun boleh sebabkan mental jugak..
Quote mahalnya 7-2-2015 10:57 PM
sedikit info tentang suara berbisik

Dari sudut psikiatri, keadaan ini ditakrifkan sebagai 'audio hallucination' yg kronik. Gangguan bahan kimia dalam otak menyebabkan individu tersebut terdengar 'suara luar' atau dikenal sebagai second voice. Menurut pakar psikiatri, sebenarnya tidak wujud suara luar yang bercakap dengannya. Sebaliknya suara itu tercipta dengan sendirinya akibat tekanan dan kemurungan melampau yang dialami oleh seseorang individu.

Ia mungkin disebabkan keinginan yang tidak dapat dilaksanakan atau kecewa dengan sesuatu keadaan menyebabkan dirinya tertekan. Ia akan disusuli dengan kemurungan. Jika tidak dikawal melalui rawatan rohani atau kaedah perubatan yang baik, maka dari situ lah akan munculnya 'suara ghaib'. Tapi dalam ilmu psikiatri, tidak ada istilah 'suara ghaib' kerana katanya suara ghaib itu tak wujud.Suara-suara ghaib ini boleh menyebabkan seseorang bertindak mencederakan diri sendiri atau boleh juga bertindak mencederakan orang lain. Kedua-dua keadaan ini teramatlah bahaya.
Quote noor2 7-2-2015 11:07 PM
Ya allah ...sedihnya kisah ni.....jgnla simpan penagih dadah dan org gila dalam rumah walau darah daging sendiri
Quote spiderman80 7-2-2015 11:15 PM
Semakin ramai rakyat negara kita yang mental.
Quote Orix 7-2-2015 11:17 PM
PongKang replied at 7-2-2015 10:43 PM
Lelaki mmg senang terdedah pd pyakit mental ek? Susah jd lelaki ya

sbab lelaki suka pendam.. lama2 jd tekanan.. tekanan kumpul2 jd mental.. pmpuan mostly suka bercerita n share masalah dgan org lain.. so diorg mcm stabil sikit.
Quote PongKang 7-2-2015 11:20 PM
Orix replied at 7-2-2015 11:17 PM
sbab lelaki suka pendam.. lama2 jd tekanan.. tekanan kumpul2 jd mental.. pmpuan mostly suka bercer ...

Adui sian anak2 laki skang

Quote lavapuma 7-2-2015 11:21 PM
spiderman80 replied at 7-2-2015 11:15 PM
Semakin ramai rakyat negara kita yang mental.

lu kalu tak dijadikan mod...gerenti lu mental on the spot...


Quote spiderman80 7-2-2015 11:22 PM
lavapuma replied at 7-2-2015 11:21 PM
lu kalu tak dijadikan mod...gerenti lu mental on the spot...

Ada aku kisah? Tak jadi pun tak apa...bukan aku minta pun.
Quote Orix 7-2-2015 11:23 PM
PongKang replied at 7-2-2015 11:20 PM
Adui sian anak2 laki skang

tu sbab kalau ad anak laki yg pendiam n duduk rumah je kene jugak jenguk2 kesihatan mental diorg..mak bapak skang takut bila anak kluar umah je.. pdahal kalo duduk dalam rumah je pn bahaya, sendiri bleh create tekanan... aktiviti sosial yg baik takde.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.232322 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top