CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Airasia X Terpaksa Berlegar Diudara 4jam

9-2-2015 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15143| Komen: 123

Pesawat Airasia X Ke Jeddah Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal

Imej FlightRadar menunjukkan laluan pesawat itu mengelilingi ruang udara Selat Melaka.


KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia X dalam penerbangannya ke Jeddah pada Ahad terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana mengalami masalah teknikal.

Pesawat itu terpaksa menghabiskan masa kira-kira empat jam mengelilingi Selat Melaka untuk membakar bahan apinya bagi membolehkan ia mendarat dengan selamat.

Pesawat itu yang berlepas pada kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu bagaimanapun mendarat selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada kira-kira pukul 5.40 petang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pesawat AirAsia X penerbangan D7172 mengalami "masalah teknikal" sejurus selepas berlepas dari KLIA2. Juruterbang terpaksa berpatah balik semula ke lapangan terbang.


Liow berkata, insiden tersebut sedang disiasat.

"Saya dimaklumkan bahawa kesemua mereka yang menaiki pesawat itu selamat. Juruterbang terpaksa terbang selama empat jam untuk membakar bahan api bagi membolehkan pesawat itu lebih ringan untuk mendarat dengan selamat," kata Liow.

AirAsia X dalam satu kenyataan mengenai Penerbangan D7172 berkata: "Sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan mematuhi semua piawaian keselamatan antarabangsa, pesawat itu berpatah balik dan mendarat selamat di KLIA2 pada pukul 5.40 petang."

"Kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu kini dipindahkan ke pesawat lain di mana penerbangannya dijadualkan pada pukul 7 petang hari ini," katanya.




Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noell 8-2-2015 08:19 PM
awat dia berlegar 4 jam??? bukan patut dump bahanapi saja ka & mendarat???

dlm masa 4 jam mcm2 boleh jadi

calling kapten kelana
Quote mixed 8-2-2015 08:23 PM
Syukur semua selamat
Quote stania83 8-2-2015 08:29 PM
Berlegar sbb nak habiskan minyak. Landing minyak penuh bahaya
Quote encikWawad 8-2-2015 08:37 PM
Nak dump ke mana? Bukak tangki sedut keluar? Bodohnya ingat bawak motor kapcai kaaa?
Quote novlin 8-2-2015 08:48 PM
Alhamdullillah...
Quote hyie 8-2-2015 08:51 PM
encikWawad replied at 8-2-2015 08:37 PM
Nak dump ke mana? Bukak tangki sedut keluar? Bodohnya ingat bawak motor kapcai kaaa?

kan boleh je buang minyak tu ke laut selat melaka...omputih kata fuel dumping

sila lihat minit ke 2:09..

[youtube]AbTm3G--wYo[/youtube]
Quote noell 8-2-2015 08:52 PM
encikWawad replied at 8-2-2015 08:37 PM
Nak dump ke mana? Bukak tangki sedut keluar? Bodohnya ingat bawak motor kapcai kaaa?

astaga ....neh mesti tak pernah tgk air crashed investigation...naik kapcai saja ropanye

Quote lasagnaklcc 8-2-2015 08:57 PM
Kalau ada kecemasan sampai pusing2 4 jam ni adakah penumpang akan diberitahu?

Sejak byk kejadian psl airplanes ni saya mcm tak blh tolerate dgn turbulence. Terus jantung berdegup laju.
Quote shalola 8-2-2015 09:07 PM
encikWawad replied at 8-2-2015 08:37 PM
Nak dump ke mana? Bukak tangki sedut keluar? Bodohnya ingat bawak motor kapcai kaaa?

seriouslu, u calling ppl stupid dengan kenyataan awak ni? cannot brain dgn orng mcm ni
Quote maplesue 8-2-2015 09:14 PM
Yang penting selamat semuanya
Quote kelana36 8-2-2015 09:17 PM
Pesawat A330 tidak ada function untuk Fuel Dumping, dalam airbus family A340 dan A380 sahaja yang ada fuel dumping option. Sebab tu kena berlegar di udara sebelum boleh mendarat, bila berat keseluruhan sudah dibawah 187,000 kg. Kalau flight ke Jeddah , selalunya berat semasa takeoff about 213,000 kg.
Quote shi_jewel 8-2-2015 09:19 PM
ape2 pun...well done to the captain...
Quote razhar 8-2-2015 09:19 PM
kelana36 replied at 8-2-2015 09:17 PM
Pesawat A330 tidak ada function untuk Fuel Dumping, dalam airbus family A340 dan A380 sahaja yang ad ...

knp x ada option utk itu? rugi le cost fuel tu....nampak gaya kamaruddin pon akan kena resign...
Quote saladin780 8-2-2015 09:20 PM
Alhamdulilah selamat semuanya...
Quote famri7 8-2-2015 09:20 PM
encikWawad replied at 8-2-2015 12:37 PM
Nak dump ke mana? Bukak tangki sedut keluar? Bodohnya ingat bawak motor kapcai kaaa?

Bimbo nya typical ummah meleis pprt sakai bukit.Habistuh mcm mana plane2 dkt airshow buat zippo/torches kalau xdump fuel sis? ..guna bomoh sihir pprt kah?
Quote razhar 8-2-2015 09:20 PM
kat mana ada sebut kena berlapar tu?
Quote novlin 8-2-2015 09:21 PM
shalola replied at 8-2-2015 09:07 PM
seriouslu, u calling ppl stupid dengan kenyataan awak ni? cannot brain dgn orng mcm ni

Baru nk tulis benda yg sama... bodoh sombong namanya tu.
Quote shalola 8-2-2015 09:24 PM
novlin replied at 8-2-2015 09:21 PM
Baru nk tulis benda yg sama... bodoh sombong namanya tu.

i know right, suka suki confident je pggl orang bodoh. kan da malu. get ur fight right n stop calling ppl names.
Quote novlin 8-2-2015 09:30 PM
shalola replied at 8-2-2015 09:24 PM
i know right, suka suki confident je pggl orang bodoh. kan da malu. get ur fight right n stop call ...

If you know something that other people might dont, share ur knowledge... tak rugi apa pun..itu lebih baik dr panggil bodoh... last2 menampakkan kebodohan sendiri

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066253 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top