CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Hafiz Suip pilih tunang pada 27 Februari

14-1-2015 12:18 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3553| Komen: 3

Description: Mereka telah mengenali hampir 5 tahun yang lalu sebelum Hafiz menjadi seorang penyanyi. Sepanjang tempoh itu, Hafiz tidak mengetahui bakal tunangnya itu menaruh hati dan perasaan terhadap dirinya.

Penyanyi yang melonjak naik selepas memenangi program Akademi Fantasia musim ketujuh bakal mengikatkan tali pertunangan pada 27 Februari ini.


Penyanyi yang kini popular dengan lagu Matahari bakal bertunang dengan kekasih pilihan hatinya yang dikenali sebagai Effy.

Menurut penyanyi berusia 25 tahun ini, majlis pertunangan itu bakal dijalankan pada 27 Februari ini di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak.

"Sebenarnya 21 Disember lalu saya telah menghantar rombongan merisik ke rumahnya.


"InsyaALLAH, jika tidak ada apa-apa halangan, kami bertunang Februari ini di mana ia dijalankan sempena sambutan hari lahir saya," jelasnya dalam Sinar Harian.

“Identiti bakal tunang saya tidak boleh dedahkan secara mendalam atas permintaan saya kerana ingin menjaga privasinya yang kini masih dalam pengajian di sebuah universiti,” seloroh Hafiz tersenyum.

Mereka telah mengenali hampir 5 tahun yang lalu sebelum Hafiz menjadi seorang penyanyi. Sepanjang tempoh itu, Hafiz tidak mengetahui bakal tunangnya itu menaruh hati dan perasaan terhadap dirinya.

“Saya tertarik dengan dia kerana menghormati orang tuanya, dan amat lemah lembut. Itu contoh terbaik untuk dia untuk menghormati ayah dan ibu saya,” kata Hafiz mengakhiri perbualan.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote zizadin 16-1-2015 01:39 PM
comeynya si tunang hafiz ni...lawa lawa gini baru bolehkawen artis.
Quote mohabbatein 14-1-2015 11:13 AM
ok.. lagi cantik dari adira yang pucat mayat tu
Quote rokarina 14-1-2015 11:09 AM
eh macam akak rina je tunang hafiz ni

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.115699 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top