CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Senarai Artis Hollywood Yang Pernah Membunuh

9-1-2015 01:58 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2858| Komen: 4

Description: Kami sediakan untuk pembaca, jadi artis ini bukan tiket untuk terlepas dari sebarang hukuman. Semua tidak terlepas dibawah undang-undang walau dimana kita berada. Itu belum lagi hukuman yang Maha Esa. ...
Carta LadyLista- Kami sediakan untuk pembaca, jadi artis ini bukan tiket untuk terlepas dari sebarang hukuman. Semua tidak terlepas dibawah undang-undang walau dimana kita berada. Itu belum lagi hukuman yang Maha Esa. 3 artis ini menduduki carta pilihan LadyLista dalam senarai Artis Hollywod yang melakukan pembunuhan. 


Sebelum itu, jenayah bunuh di Malaysia dianggap antara jenayah tinggi yang hanya mahkamah tinggi boleh menjatuhkan hukuman tersebut. Jenayah pembunuhan dibicarakan dibawah undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

1. #Snoop Dogg


Menggunakan nama komersial Snoop Dogg atau nama sebenarnya adalah Born Calvin Broadus, dia seorang yang sangat 'legen' dalam industri hip hop dan pop. Snoop Dog mengukir nama selepas kerjaya seni beliau pernah beberapa kali dicalonkan di Grammy Awards. Snoop Dogg yang terkenal kerana gaya rap yang tersendiri berkahwin dengan Shante Taylor Broadus pada tahun 1997.

Pada tahun 1995, Snoop Dogg didakwa bersama pengawal peribadinya McKinley Lee atas tuduhan membunuh Philip Woldemarian. Dalam pergelutan yang berlaku di dalam jinya, Woldermarian ditembak sekurang-kurangnya dua kali yang mengakibatkan kematiannya. 

Pada tahun 2006, juri mendapati beliau tidak bersalah namun mengekalkan tuduhan menyebabkan kematian. 

2. #Brandy


Brandy yang terkenal di zaman 1990an ini merupakan seorang penulis dan mengubah lagu pop, RnB,dan Soul. Album meletup Brandy adalah album keduanya yang bertajuk ‘Never Say Never’. Lagu duet beliau yang popular bersama Monica yang bertajuk ‘The Boy Is Mine merupakan ‘best selling single’ pada tahun 1998. (Juga antara lagu ‘repeat’ LadyLista, di dalam kereta)

Jenayah pembunuhan yang dilakukan adalah pada tahun 2006, apabila beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menurut keterangan polis, Brandy yang memandu 65kmj tidak perasan kenderaan dihadapannya yang mula memperlahankan kenderaan. Brandy melanggar Awatef Aboudihaj, seorang ibu berusia 38 tahun yang meninggal sewaktu dikejarkan ke Hospital Holy Cross L.A.

Peguam Brandy dalam keterangannya menegaskan Brandy tidak sepatutnya didakwa atas mana-mana jenayah yang berkaitan dengan insiden itu setelah pihak berkuasa menjalankan penyelidikan mendalam yang mendapati beliau tidak bersalah. Kekayaan Brandy Norwood pada masa itu adalah dianggarkan sebanyak USD60million.

3. #Oscar Pistorius


Merupakan atlet cemerlang Afrika Selatan kerana merupakan peserta pertama menggunakan kaki palsu dalam acara olahraga. Oscar mengalami kecacatan dan terpaksa dipotong kaki pada usia 11 bulan.

Pada tahun 2013, Oscar Pistorius menembak teman wanitanya Reeva Steenkamp di rumahnya di Petoria. Dalam kenyataan yang dibuat beliau mengesyaki penceroboh telah memasuki rumah dan menembak mangsa dari luar pintu bilik air.

Pihak pendakwaan dalam kenyataan balas menyatakan Pictorius menembak mati Steenkamp selepas wanita tersebut mahu berpisah dengannya.

Pada September 2014, Pictorius disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat dan satu kesalahan berkaitan senjata api. Dia menerima hukuman penjara maksimum lima tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat dan tiga tahun penjara atas kesalahan berkaitan dengan senjata api.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote namharnimsak 17-1-2015 04:02 PM
tapi oscar ensem.
awek dia pon cun
Quote Kejora927 12-1-2015 08:05 PM
huhu.. oscar..
Quote nad014 12-1-2015 08:15 AM
tak padan dgn cacat...mental
Quote wnwa05 9-1-2015 02:35 PM
Oscar bongok.

Lihat semua komen(4)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.068231 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top