CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pencuri Motorsikal Mati Dipukul Penghuni Kediaman

25-11-2014 11:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12204| Komen: 92

Description: Salah Seorang Daripada Tiga Penghuni Yang Berada Di Rumah Ketika Kejadian Adalah Ahli Bina Badan.
Pencuri motorsikal mati dipukul penghuni kediaman

Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Taman  Desa Rejang Setapak, Kuala Lumpur pada jam 12.45 tengah hari, Isnin. - Gambar  Fail


KUALA LUMPUR: Cubaan mencuri motorsikal  oleh seorang lelaki tidak berhasil sebaliknya mati dipukul oleh penghuni  kediaman tersebut.

Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Taman Desa  Rejang Setapak, Kuala Lumpur pada jam 12.45 tengah hari, Isnin.

Salah  seorang daripada tiga penghuni yang berada di rumah ketika kejadian adalah ahli  bina badan.

Pencuri terbabit dikatakan masuk ke laman sebuah rumah dan  mengumpil kunci kenderaan.

Menyedari perkara berkenaan, penghuni rumah  bertindak menangkap dan memukulnya.

Dia mati di tempat kejadian  dipercayai akibat kecederaan serius di beberapa bahagian anggota badan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Dua  daripada penghuni rumah dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk siasatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa  mengesahkan kejadian.            

3

Bagus
1

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 25-11-2014 08:14 AM
yg salah ttp salah..
tp perlu ke di pukul sampai mati..
Quote noor2 25-11-2014 08:18 AM
Dahla minyak naik..barang naik.
Gaji x naik...ramai sangat orang mengalami tekanan la ni...lg ko mahu mencuri barang orang...keje malas

Kan dah mati...
Quote stinger_attack 25-11-2014 08:23 AM
noor2 posted on 25-11-2014 08:18 AM
Dahla minyak naik..barang naik.
Gaji x naik...ramai sangat orang mengalami tekanan la ni...lg ko ma ...

Frasa .......kan dah mati...macam frasa...kan dah kena cerai.......padan muka.....kan,kan,kan?



Quote asyriqa 25-11-2014 08:24 AM
adoyai...bayangkan ler kena hentak ngan mamat bina badan tuh...  tapi tu lar sapa suh mencuri kan dah pendek umur...
Quote kumbang7 25-11-2014 08:28 AM
nak kesian pun xsampai hati..
Quote kentel 25-11-2014 08:28 AM
bina badan??please lah..so gay....bagus sangat nak hukum orang gitu...tunggu la nasib ko!!
Quote ice98 25-11-2014 08:31 AM
tak pasal jd mayat.... tu la pekdahnya!
Quote fifie_olin 25-11-2014 08:36 AM
mentang2 memasing bdn sado men blasah jek..
yg si pencuri plak br nk bljr gamaknya....selamba di siang hr nk menculik moto...
last2 melayang nyawa
Quote cengeng 25-11-2014 08:37 AM
bullshit betol dengan pencuri yg kononye terpksa mencuri sbb tekanan hidup dengan perbelanjaan meningkat,harga meningkat..eh kau ingat org yg ade kerja ni xde tekanan same ke????stupitodiamor betol!!!
Quote mikasa 25-11-2014 08:39 AM
Org yg bekerja lagi byak tekanan....gaji x cukup.last..mkn rasuah. Ambik komisyen...
Quote KudaTutuhMuntz 25-11-2014 08:41 AM
mesti kena tutuh dengan dumbell ...
Quote shernazz 25-11-2014 08:42 AM
Pengajaran buat sapa suka.mencuri..
Tapi..pencuri tau ka apa itu pengajaran??
Quote zwaty 25-11-2014 08:46 AM
2,2 salah.....mna yg lbih berat...mncuri ke mmbunuh???
Quote Badut.Sarkas 25-11-2014 08:51 AM
padan muka.. mencuri lagi.. jangan mak nya dok defend anak konon baik la dengar cakap orang tua la..
Quote robertocarbos 25-11-2014 09:30 AM
Memang patut la ko mampos
idop pun menyusahkan orang
tu bru kt taw kes mencuri
entah2 ade terlibat ragut
Quote kordi 25-11-2014 09:37 AM
siapa yang rasa kesian tu rasenye sbb x pernah kena..

nanti kalau motor @ kereta anda yang kena curi .. mesti dalam hati akan rasa nak bunuh je pencuri tu (walaupun tak buat tapi akan ade perasaan macam tu) ..percayalah...

kes kat atas ni mungkin sebab dah x tahan perasaan marah dan sakit hati yang membuak2 beliau..   
Quote hanakikan 25-11-2014 09:39 AM
Pic abg binabadan tu xde ke.
Quote heidi04 25-11-2014 09:44 AM
mungkin rakyat dah kurang yakin dgn polis... ambik tindakan sendiri. mungkin bukan niat utk pkl sampai mati tp tu la... amik sebagai pengajaran kepada yg yg suka buat jahat tu...
kadang2 sakit hati jugak tangkap kat polis 2,3 hari dah kuar balik mencuri lagi... never ending stori jenayah ni ...

ada cerita betul...  sindiket yg curi2 ni... ada tokey besar... kalau kena tangkap nanti tokey dia bayar ikat jamin then kejap jer lepas balik... sumber dari orang yg penah terlibat...
Quote lompatikam 25-11-2014 09:53 AM
kordi posted on 25-11-2014 09:37 AM
siapa yang rasa kesian tu rasenye sbb x pernah kena..

nanti kalau motor @ kereta anda yang kena c ...

betul tuh...

cuba pikir...tgh balik kerja bersesak dlm LRT...keluar LRT nak tahan teksi...cek2...beg duit hilang/hp hilang...adakah jawapan sang kasihan pada penyamun begini akan berkata..

1. alhamdulillah, semoga pencopek duit aku ini diberi hidayah
2. ah biarkan lah. rezeki pencopek
3. kesian pencopek ini. mesti dia takde duit sampai sanggup curi duit aku.
4. cilaka punya pencopek...dapat kat aku mampus aku kerjakan.
5. cilaka punya pencopek, dapat kat aku, kaw2 aku tarbiyah dia sampai insaf dan aku hantar dia ke balai polis.

agak2 yg mana pilihan jawapan?

itu baru dompet hilang...bayangkan yg motor hilang, kereta kena pecah dan radio dlm hilang atau duit rm3 hilang. lagi rasa jahanam yg kena ragut sampai masuk hospital, kena samun kat depan mesin ATM, ada keluarga yg mati lepas disamun...

kesian kat penyamun??? lawak apa kah ini?

takde org nak benda nih berlaku...tapi mungkin sebab mangsa terlalu geram maka beliau mendapat tenaga tambahan akibat dari penghasilan hormon adrenalin di waktu itu...pukulan dan tendangan menjadi sekuat kesatria baja hitam.

jgn salahkan polis...polis pun cuma manusia biasa...depa bukan superhero atau cybercop dlm drama tv yg mampu detect penjenayah sebelum berlaku dan penjenayah pun tak call polis sebelum buat kerja jahanam mereka... Last edited by lompatikam on 25-11-2014 10:02 AM

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.072729 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top