CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak ‘Nakal’ Dipukul Dengan Penyangkut Baju

8-4-2014 10:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10554| Komen: 44

Description: Beijing: Polis China Memutuskan Untuk Tidak Mengambil Tindakan Terhadap Seorang Wanita Yang Memukul Anak Lelakinya Dengan Penyangkut Baju Selepas Berpuas Hati Budak Terbabit “Nakal” Kerana Tidak Men ...
Beijing: Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.

Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.

Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.

KECEDERAAN Xiao dikesan seorang guru di sekolahnya.


Sumber berkata, polis juga sudah menasihati wanita terbabit supaya tidak lagi memukul anaknya terlalu teruk.


Katanya, Xiao mendakwa dia dipukul dengan dawai penyangkut baju kerana gagal menyiapkan kerja rumah.

“Namun polis mendapati kecederaan itu tidak terlalu serius seperti apa yang dilihat.

“Polis beranggapan memadai jika ibu kanak-kanak terbabit diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,”katanya.

Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.

Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.

Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.

3

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cammie1711 8-4-2014 10:07 AM
terrorist gile mak budak ni... berbirat dikerjakan
Quote mongoose_kidz 8-4-2014 10:09 AM
mcm ni x melampau??:@
nasib ler diorg x duduk kat sweden
Quote berancuk 8-4-2014 10:10 AM
atheist teroris
Quote prettyuglybabe 8-4-2014 10:12 AM
mak aiii.. cam tu tak teruk??
Quote rospinki 8-4-2014 10:14 AM
apa punya orang..dia yg tk reti didik anak pastu marah2 anak..bodo
Quote Suchi 8-4-2014 10:15 AM
anak baru umur 6 tahun weh
anak aku sebaya budak neh gak
selalu gak xmo wat kije sekolah
tapi xdelah aku sampai nak pukoi
udah budak2 mmg suka main jelah dia kojenya
cikgu lak bagi kije sekolah kemain byk adoi lahh..

skrg neh anak aku pandai plak bila bengang ngan abahnya dia p amik bulu ayam dlm bilik
nak merotan abahnya
adehh..nih sah selalu tgk cikgu dia tibai budak2
sbb bila dia nak merotan dia sebut
'jangan nakal2..duk diam2''
walhal aku xpenah guna bulu ayam tuk merotan guna utk sapu abuk jeh

Quote DayangKirana 8-4-2014 11:30 AM
tu consider tak teruk and masih tak terlalu serius?

Celah mane baru nak consider teruk dan serius? Dah terkulai nyawa2 ikan?
Quote Simunggu 8-4-2014 02:39 PM
Suchi posted on 8-4-2014 10:15 AM
anak baru umur 6 tahun weh
anak aku sebaya budak neh gak
selalu gak xmo wat kije sekolah

bagi mereka dunia adalah segala galanya...duit ada lah tuhan disembah....kita tak berapa kesah sbb kita ada Allah...dunia ini hanya sementara...cara memukul anak kecil pun ada diajarkan.....duit pula hanya dugaan dunia....
Quote munchkin 8-4-2014 02:44 PM
tidak terlalu serius???hmmm...siapa nak praktik amalan ini boleh transfer ke daerah ni.
Quote lavafon 8-4-2014 02:49 PM
munchkin posted on 8-4-2014 02:44 PM
tidak terlalu serius???hmmm...siapa nak praktik amalan ini boleh transfer ke daerah ni.

Ni mesti kes x buat kerja sekolah pastu jerit2 guling atas simen mintak telefon pintar...

Dia tak tau mak dia shaolin master..



Quote munchkin 8-4-2014 02:55 PM
lavafon posted on 8-4-2014 02:49 PM
Ni mesti kes x buat kerja sekolah pastu jerit2 guling atas simen mintak telefon pintar...

Dia t ...

amboi...video mana video
Quote palmolive 8-4-2014 03:00 PM
pak aii, zionisnya....
Quote lavafon 8-4-2014 03:03 PM
munchkin posted on 8-4-2014 02:55 PM
amboi...video mana video

Lu wa cakap x pernah lu nak caya...

Letih la..

Quote munchkin 8-4-2014 03:07 PM
lavafon posted on 8-4-2014 03:03 PM
Lu wa cakap x pernah lu nak caya...

Letih la..

oklah oklah.. baru perasan ni bang lava. letaklah avvy tu. tanpa avvy hilang identiti bang lava
Quote lavafon 8-4-2014 03:11 PM
munchkin posted on 8-4-2014 03:07 PM
oklah oklah.. baru perasan ni bang lava. letaklah avvy tu. tanpa avvy hilang identiti bang lava:lo ...

Wa tgh undercover ni...

Tak nanti, mod nampak dorang hambat dgn hanger...





Quote munchkin 8-4-2014 03:13 PM
lavafon posted on 8-4-2014 03:11 PM
Wa tgh undercover ni...

Tak nanti, mod nampak dorang hambat dgn hanger...

hahaha...undercover pulak. letak lah gambar detective undercover pakai preman
Quote hasniey 8-4-2014 03:15 PM
xserius cmtu?
kalo mak dia kene pukul cmtu pndai plak nk report polis
bengong, dpt anak dibelasah cmtu
dah besar anak xmo ko, sebuk nanges sana sini
Quote martiena 8-4-2014 03:15 PM
nasib bkn kt sweden...
kalo x mak pak terrorist mcm gini dah selamat dah cek in kt lokap jah
Quote R2D2 8-4-2014 03:29 PM
munchkin posted on 8-4-2014 03:07 PM
oklah oklah.. baru perasan ni bang lava. letaklah avvy tu. tanpa avvy hilang identiti bang lava:lo ...

dia tgh kutip kredit
lepas tu baru dpt tukar avatar

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.125127 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top