CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pergaduhan Kumpulan Gengster Punca Letupan Di Bukit Bintang – Polis

10-10-2014 04:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3513| Komen: 0

Description: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa Berkata, Kumpulan Gengster Mungkin Menjadi Punca Kejadian Letupan, Yang Dipercayai Menggunakan ...
Pergaduhan Kumpulan Gengster Punca Letupan Di Bukit Bintang – Polis


KUALA LUMPUR: Pergaduhan melibatkan kumpulan gengster dipercayai sebagai punca insiden letupan di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kumpulan gengster mungkin menjadi punca kejadian letupan, yang dipercayai menggunakan bom tangan, tetapi polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut.

Seorang joki kereta cedera parah dalam letupan itu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dan dimasukkan ke HKL dan Hospital Tung Shin.

Khairi berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 4.25 pagi.

“Ketika kejadian, sebahagian mangsa mahu menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire apabila satu bahan letupan jatuh ke arah mereka dari tingkat dua bangunan itu.

“Mangsa-mangsa merupakan pelanggan pub dan penghuni di hotel-hotel berdekatan.

“Sebuah kereta Toyota Camry, Mazda dan BMW turut rosak dalam letupan itu,” tambahnya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai cubaan untuk membunuh di bawah Akta Senjata Api.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=833661&extra=&page=5


10

Bagus
2

Marah
14

Terkejut
1

Sedih
11

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.111333 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top