CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

[Kemaskini] Kes Letupan Bom Di Bukit Bintang

10-10-2014 04:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3101| Komen: 0

Description: "Seorang Mangsa Yang Kritikal Sudah Meninggal Dunia, Kita Masih Menguruskan Maklumat Mangsa-Mangsa Yang Ada Di Sini.
[Kemaskini] Kes Letupan Bom Di Bukit Bintang


KUALA LUMPUR: Polis percaya kejadian letupan bom di Bukit Bintang awal pagi tadi membabitkan lebih daripada seorang pelaku.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng turut mengesahkan bahawa sasaran ditujukan kepada individu tertentu.

Dalam kejadian awal pagi tadi, seorang mangsa insiden letupan bom di kawasan Bukit Bintang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber polis berkata mangsa yang meninggal dunia ialah pekerja joki kereta, Tiong Kwang Yie, yang cedera parah dalam kejadian tersebut.

Ketua Jabatan Kecemasan HKL, Datuk Dr Abu Hassan Asaari Abdullah berkata, senarai penuh mangsa insiden bom yang dihantar ke HKL masih belum dapat disahkan kerana beberapa maklumat masih belum diperoleh.

"Seorang mangsa yang kritikal sudah meninggal dunia, kita masih menguruskan maklumat mangsa-mangsa yang ada di sini.


"Kita akan memberikan maklumat susulan sebaik sahaja mendapat pengesahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Seramai 14 orang cedera dalam insiden letupan bom di sebuah bangunan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 pagi.

Tinjauan di tempat kejadian mendapati lokasi terbabit ditutup kepada orang awam bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Terdapat empat kenderaan diletakkan di hadapan kelab malam tersebut iaitu masing-masing sebuah Toyota Alphard, Mazda, BMW dan Toyota Camry.

Alphard berkenaan tertanggal bampar hadapannya akibat letupan itu dan kelihatan tompok-tompok hitam di atas jalan berhampiran kenderaan tersebut termasuk serpihan kaca.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa ketika dihubungi berkata sebanyak dua bom dilemparkan dari aras dua tempat letak kereta bangunan berdekatan dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, lapor Bernama.

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bom kedua tersebut berjaya diletupkan Unit Pelupusan Bom Polis pada jam 12.30 tengah hari.

Mangsa kejadian berusia di antara 20 hingga 42 tahun, dua daripadanya wanita. Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Ampang.

Setakat ini, 11 mangsa - enam lelaki dan lima wanita - yang sedang dirawat terdiri daripada empat warga China, satu Singapura, satu Thailand, manakala selebihnya adalah warga tempatan.

Terdahulu, tujuh daripada mereka - enam lelaki, satu wanita - telah dihantar ke hospital swasta Tung Shin sebelum dipindahkan ke HKL sekitar jam 6.30 pagi.

Pihak polis masih menyiasat motif kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata masih terlalu awal untuk mengaitkan kejadian letupan bom di Bukit Bintang dengan kegiatan pengganas.

Ahmad Zahid meminta masyarakat agar bertenang ekoran kejadian letupan bom yang meragut satu nyawa dan mencederakan 13 yang lain di Bukit Bintang awal pagi tadi.

Beliau berkata pihak polis sedang menyiasat insiden berkenaan dan akan memaklumkan perkembangan terkini.

"Saya akan minta pihak PDRM mengeluarkan kenyataan mengenainya apabila bukti konklusif dan penyiasatan telah dijalankan," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di bangunan Parlimen berkata insiden itu mungkin berpunca daripada persaingan dalam perniagaan.

Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat memberikan apa-apa maklumat kerana penyiasatan polis masih berjalan.

“Oleh kerana ini baru beberapa jam sejak kejadian berlaku, jadi belum dapat apa-apa maklumat mengenai apakah motif, apakah tujuan, siapakah yang melakukannya dan sama ada yang melakukannya adalah orang tempatan atau orang asing.

“Tidak semua maklumat boleh didedahkan sehingga maklumat yang pasti dan sahih didapati selepas penyiasatan,” katanya.

Namun, beliau memberi jaminan bahawa  pihak polis akan ambil tindakan dan orang yang terlibat tidak boleh terlepas daripada menerima hukuman. 

Beliau turut menyampaikan rasa simpati kepada mereka yang cedera di dalam letupan itu.


Hasil siasatan
1. Sehingga kini terdapat 10 orang cedera ( 8 lelaki Dan 2 perempuan)
2. Letupan disyaki bom hand grenade ( telah disahkn oleh Unit Bom dan Forensik )
3. Terdapat 4 Kereta Ada kesan sprinter letupan,

Senarai nama mangsa yang dirawat di Hospital Tong Shin:

1.Lim Soon Hock (L)
KPT: 631210-07-5045

2.Teoh Keow Meng (L)
KPT: 740710-07-5167

3.Yaw lee Hock (L)
KPT: 730530-06-5181

4.Revindran chitavelu (L)
KPT: 650717-04-5391

5.Jasu (L/Thailand)
No passport: Y844674

6.Wong Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D

7.MA Yunfeng (P/China)
No passport: E19669631

8. YONG Jiaqin (P/China)
No passport: belum diperolehi

9. WONG Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D

10.TIONG KWANG YIE(L)
KPT: Belum diperolehi

4 buah kereta yg ada kesan sprinter letupan:
1. WVL168 Toyota alphard warna putih
2. WTT8999 Toyota Camry warna putih
3. WTV36 BMW325i warna putih
4. WXJ333 Mazda2 warna kelabu.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=833661&extra=&page=5
2

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.097444 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top