CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri mana yang tangkap ular itu?

25-9-2014 05:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8734| Komen: 26

Description: Dalam Kejadian Kira-Kira Jam 10.30 Pagi, Ular Itu Cuba Masuk Ke Kedai Kopi Mak Moh Di Kampung Raja, Pantai Geting Ketika Sidang Media Diadakan Sebaik Abdul Rahman Selesai Bersarapan Dengan Penduduk K ...
Menteri bantu bomba tangkap ular sawa


Abdul Rahman (dua dari kiri) membantu menangkap ular sawa berhampiran kedai Mak Moh Pantai Geting.

TUMPAT – [DIKEMASKINI] Insiden kehadiran tetamu tidak diundang seekor ular sawa mengamatkan suasana berkempen pada PRK Dun Pengkalan Kubor apabila  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut membantu dalam misi menangkap haiwan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, ular itu cuba masuk ke  kedai kopi Mak Moh di Kampung Raja, Pantai Geting ketika sidang media diadakan sebaik Abdul Rahman selesai bersarapan dengan penduduk kampung.

Kejadian itu disedari oleh Ketua Balai Bomba Pengkalan Kubor, Mohd Bustan Karudin dan bertindak segera meminta anggotanya bersiap sedia dengan peralatan menangkap ular.

Sidang media tergendala sebentar apabila Abdul Rahman dan Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmin Osman turut membantu anggota bomba menangkap ular tersebut yang bersembunyi di dalam akawasan semak kira-kira 10 meter dari kedai terbabit.

Lebih kurang 10 minit kemudian, ular itu berjaya ditangkap dibantu Abdul Rahman yang menyertai operasi tersebut.

Peniaga, Mak Moh, 53, berkata, dia terkejut apabila menteri sendiri menangkap ular  yang cuba masuk ke dalam kedainya.

“Saya  tidak menyangka menteri sendiri membantu menangkap ular,” katanya.

Menurutnya, peristiwa ini akan menjadi satu memori indah kepada penduduk Kampung Raja, Pantai Geting.



4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 25-9-2014 04:06 PM
Ape menteri bukan manusia ka xboleh tangkap ular?
Prlik sgt ke sampai.masuk paper??
Ohh...pilihanraya....rupanya
Quote hanezzafirah 25-9-2014 04:06 PM
umah makcik sy ada ular saya besar peha enot..mintak tolong menteri tlg tangkap..
Quote mommymonster82 25-9-2014 04:07 PM
Bomba pegang ular..dia pegang tgn bomba tu.... Ok..bantuan diterima...
Quote Modngengade 25-9-2014 04:08 PM
boleh la tukar nama kampung kpd kg. ular sawa
Quote missyqaldina 25-9-2014 04:08 PM
hahahahaha mcm nak sebok msuk brita je menteri ni..
tlg pegang tgn abg bomba pon dikira tlg tangkap...
Quote sahamboi 25-9-2014 04:08 PM
ade orang bela ular dalam seluar. patukannya juga dipercayai amat berbisa....
Quote melia_star 25-9-2014 04:11 PM
tolong tangkap ke, tolong tgk, ke tolong nyebokkk jer.....
Quote CiliPadiSedap 25-9-2014 04:12 PM
mommymonster82 posted on 25-9-2014 04:07 PM
Bomba pegang ular..dia pegang tgn bomba tu.... Ok..bantuan diterima...

blh lah .. dpt bergambar..
Quote magnus 25-9-2014 04:13 PM
Hal mcm ni pun korang sakit hati kan..mmg penyakit hati tahap kronik
Quote lizaluvliz 25-9-2014 04:14 PM
dan2...bile menteri perumahan dtg..ular pon ada...puiiiiii
pilihanraya punya psl sume mende hatta budu skalipon keluar

esok bile abih sunyi sepi pengkalan kubor tu ......................sesunyi kubor
Quote niceghost2005 25-9-2014 04:17 PM
missyqaldina posted on 25-9-2014 04:08 PM
hahahahaha mcm nak sebok msuk brita je menteri ni..
tlg pegang tgn abg bomba pon dikira tlg tangkap ...

Abg BOMBA pakai sarung tangan.
Pak Munteri pegang tangan abg BOMBA.

BIla PRK nie................mcm2 cara oghang nak cari publisiti.

Itu lum pelbagai janji janji yg tidak di tepati

Teringat kat LUNAS.

Si Semi Value janji nak buat jalan.
Semasa berkempen..................jalan di bubuh batu batu.

Tup tup KALAH.
Tinggai batu jer laaaa...................

TAR pung tak buh lepaih tu.

Itew laaa oghang politaik.

Mcm $$$ bapak dia yg empunya....................


"Kl malam ini dot dot dot menang..................esok saya kasi cheque RM dot dot dot"

Nie sekoq lagi.
Quote DayangKirana 25-9-2014 04:27 PM
time pilihanraya.. segala macam berita yang tak masuk akal akan jadi bahan berita.. silap2 boleh jadi front page ok..
Quote mommymonster82 25-9-2014 04:27 PM
CiliPadiSedap posted on 25-9-2014 04:12 PM
blh lah .. dpt bergambar..

Aah..amik gambar..
Quote shernazz 25-9-2014 04:27 PM
STONER posted on 25-9-2014 04:24 PM
hek eleh kan dik.ular sawa je pun... lain la kalau ular tedung selar. dah la bomba yg tgkp
cuma ...

Hanya kerana dia menteri..makn nasik pakai tgn pon jd isu
Dalam hal ni..bomba kasi can saja la..nak masuk.paper kan..
Quote Eric.n9 25-9-2014 04:34 PM
Penyakit orang politik. Apa saja yg boleh menaikkan nama pasti dia interprem
Quote kentel 25-9-2014 04:39 PM
hanezzafirah posted on 25-9-2014 04:06 PM
umah makcik sy ada ular saya besar peha enot..mintak tolong menteri tlg tangkap..


Quote kasmela 25-9-2014 04:42 PM
Oh tolong geli I!
Quote lolali 25-9-2014 04:48 PM
Menurutnya, peristiwa ini akan menjadi satu memori indah kepada penduduk Kampung Raja, Pantai Geting.


Indah nyaaaaaa...hahhahahaha
Quote CiliPadiSedap 25-9-2014 04:55 PM
lolali posted on 25-9-2014 04:48 PM
Menurutnya, peristiwa ini akan menjadi satu memori indah kepada penduduk Kampung Raja, Pantai Geting ...

menteri bipolar

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.313793 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top