CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Kejar Peragut 15km

12-8-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5999| Komen: 18

Description: Jururawat Itu Mengejar Suspek Hampir Setengah Jam Sejauh 15 Kilometer (Km) Sebelum Lelaki Yang Meragutnya Itu Dapat Ditahan Orang Ramai Di Tanan Bandar Baru, Sungai Lalang.
Jururawat Kejar Peragut 15km

Sungai Petani: Tindakan berani seorang jururawat hospital swasta berusia 25 tahun yang bertindak mengejar dua lelaki yang meragut begnya menyebabkan seorang daripada suspek berjaya ditahan orang ramai dalam kejadian di Sungai Lalang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian  jam 1.30 tengah hari, jururawat terbabit dalam perjalanan dari Gurun ke tempat kerjanya di Amanjaya, di sini dengan menunggang sebuah motosikal, namun sebaik tiba di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bedong, dia dihampiri sebuah motosikal Honda EX5 yang dinaiki dua lelaki.

Jururawat itu mengejar suspek hampir setengah jam sejauh 15 kilometer (km) sebelum lelaki yang meragutnya itu dapat ditahan orang ramai di Tanan Bandar Baru, Sungai Lalang.

Gambar hiasan


Jurucakap polis berkata, seorang daripada suspek bertindak merampas beg mangsa yang berada di dalam raga motosikal dan terus memecut ke arah Permaipura, di sini.

“Jururawat terbabit yang terkejut dengan kejadian itu kemudian  nekad mengejar dua suspek berkenaan. Suspek kemudian cuba melarikan diri dengan memasuki kawasan Kongsi 6 dan keluar ke Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, sini sini.

“Sebaik sampai di taman terbabit, jururawat itu menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai yang ada di kawasan itu. Jeritan mangsa didengari beberapa lelaki yang berada di taman berkenaan yang kemudian bertindak menghalang motosikal suspek.

“Seorang daripada suspek berjaya ditahan manakala rakannya berjaya melepaskan diri. Suspek kemudian diserah kepada anggota polis yang kebetulan sedang meronda di kawasan itu,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan  mendapati lelaki berusia 20-an itu memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan seorang penagih dadah.
“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan lanjut,” katanya.

Read here: http://www.hmetro.com.my/articles/2014081202390020140812023900/Article?mutakhir

6

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 12-8-2014 07:47 AM
Tahniah. Satu keberanian.
Quote reyust 12-8-2014 07:47 AM
minah rempit kot nurse nie...
Quote reyust 12-8-2014 07:48 AM
apapun syabas...
Quote batmana 12-8-2014 07:48 AM
Jururawat ni bole di offer jadi polis ni..
Quote Betara_Indera 12-8-2014 07:49 AM
mampos kene belasah sorang tu.. video takde ke?
Quote wanlya 12-8-2014 08:05 AM
tajuk x boleh blah....
Quote nikaido 12-8-2014 08:17 AM
usain bolt lari pecut. patut tukar ke 'jururawat valentino rossi'
Quote sayawifenikmie 12-8-2014 08:20 AM

... amboii tajuk thread ...

ingatlan usain bolt nak noda jururawat dia ....  
Quote zameyla 12-8-2014 08:27 AM
masih letak beg dalam raga motor....x ambik pengajaran ka....
Aku zaman naik motor dulu, siap pasang tong kat belakang motor EX5...selamat kot...
Quote Bell 12-8-2014 08:33 AM
People never learn!!! masih letak beg dlm bakul motor. Dah berapa juta kali org dah ingatkan!!!
Quote abas8888 12-8-2014 08:39 AM
letak beg duit dalam raga sangat2 merbahaya..pasang tong lebih selamat..berbaloi...
Quote leylapple 12-8-2014 08:40 AM
makin byk kes ragut di malaysia...

duit brim dah abis kut..
Quote scorpionkiki 12-8-2014 08:41 AM
sayawifenikmie posted on 12-8-2014 08:20 AM
... amboii tajuk thread ...

ingatlan usain bolt nak noda jururawat dia ....

Kak... I pun fikir mcm tu... tajuk sungguh memberangsangkan
Quote brums08 12-8-2014 08:42 AM
Hebat nurse ni,jgn anggap wanita itu lemah.
Quote jengkoil 12-8-2014 08:44 AM
nikaido posted on 12-8-2014 08:17 AM
usain bolt lari pecut. patut tukar ke 'jururawat valentino rossi'

So yesterday valentino rossi..ehehehehe...nasib x letak eddie lawson...
Quote alieyrina 12-8-2014 08:57 AM
Time balik keja ramai ja aku tgk pompuan2 galas bag belakang.galas henbeg kat tepi..silang bag kat blakang..rilekk ja pun..
Quote kenarikelabu 12-8-2014 09:01 AM
Kasik pelupuh kaw2 penyangak tuh....tp jgn ambik video. Nnt bila jd viral, ada je la yg backup si peragut tu sok
Quote iman_aly 12-8-2014 09:06 AM
kenapa laa masih lg letak beg kt raga..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054997 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top