CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makmal Proses Dadah Terbakar

4-8-2014 12:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6029| Komen: 15

Description: Beliau Berkata, Tiada Tangkapan Dibuat, Namun Dipercayai Suspek Lelaki Tempatan Terdiri Daripada Tiga Hingga Lima Orang Termasuk Penyewa Rumah Berkenaan.
Makmal Proses Dadah Terbakar


Alat dan serbuk putih yang sedang dimasak dan ditinggalkan suspek.

           

KUALA LUMPUR – Sebuah kondominium dipercayai dijadikan makmal memproses dadah di Taman Sungai Besi, Cheras, di sini, terbakar jam 12 tengah hari, semalam.
       
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak, pemeriksaan di dalam kediaman itu menemui pelbagai peralatan memproses dadah dan serbuk putih disyaki syabu.
       
Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat, namun dipercayai suspek lelaki tempatan terdiri daripada tiga hingga lima orang termasuk penyewa rumah berkenaan.
       
Katanya, pihaknya  menemui kesan cap jari dan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu juga dijalankan bagi bantu siasatan.
       
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur, M Letchumanan berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, rumah berkenaan kosong dan berkunci menyebabkan pihak pengurusan diminta  membuka pintu kerana bimbang api akan merebak dan berlaku letupan.
       
“Namun amat mengejutkan apabila mendapati asap itu berpunca daripada kebakaran campuran bahan kimia dipercayai dadah,”katanya

23

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nidzrain 2-8-2014 04:16 PM
dah mcm nak buat kueh raya je gayanya...
Quote alesandra 2-8-2014 04:21 PM
mcm nak buat kuih popia...
Quote sigila 2-8-2014 05:01 PM
Sian chemist nie.....
Quote roblucci 2-8-2014 05:05 PM
macam nak buat kueh
Quote mak_wa95 2-8-2014 05:12 PM
dadah melahirkan ramai saintis..saintis yang menghancurkan..
Quote najib888 2-8-2014 05:17 PM
Masak syabu la tu..
Quote shernazz 2-8-2014 05:28 PM
Salah resipi ke bai?
Lain kali kasi ikut btol btol maa
Quote mattzzx 2-8-2014 06:44 PM
Dah berapa jutaan RM hasil yang telah mereka dapat.....
Quote Zamzari 2-8-2014 07:05 PM
kurang satu sumber pembekal....
Quote aechae 2-8-2014 07:14 PM
senang je ko buat drug sintesis kan....mcm mna nk check purity?? xda nk hnttr NMR, MS bagai ke?
Quote slavehunter 2-8-2014 07:17 PM
Ha'a la macam nak buat kuih raya...
Quote bicaraj 3-8-2014 10:41 AM
Mcm nk buat kuih raya...huhu
Quote aufa 3-8-2014 02:49 PM
Silap resepi ?
Quote changa=famri7 4-8-2014 10:40 PM
Dua diberkas ada akses ke 'penthouse' proses dadah

KUALA LUMPUR - Polis memberkas dua individu susulan pembongkaran makmal dadah di sebuah kondominium di Taman Sungai Besi, Cheras di sini Jumaat lepas.
          
        Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, lelaki warga tempatan berusia 38 tahun dan wanita warga asing berusia 27 tahun terbabit ditahan pada hari yang sama di sebuah unit lain di kondominium tersebut.
          
        "Mereka ditahan kerana mempunyai akses terhadap unit 'penthouse' yang dipercayai menjadi makmal memproses dadah jenis syabu dan pil kuda," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
          
        Menurut Mohan Singh kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
          
        Media melaporkan kegiatan memproses dadah jenis syabu di kediaman mewah itu terbongkar selepas sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak digegaskan ke unit tersebut pada 12.15 tengah hari sejurus menerima panggilan kecemasan.
       
        Penggera kebakaran di penthouse itu berbunyi akibat kepulan asap yang terhasil daripada campuran bahan kimia yang dipercayai untuk menghasilkan syabu di dalam rumah berkenaan.
          
        Mengulas kes itu, Mohan Singh berkata hasil pemeriksaan lanjut di unit penthouse berkenaan, polis menemukan dadah jenis syabu seberat 25.270 kilogram dengan nilai pasaran RM2.5 juta dan sebuah beg berisi pil kuda dianggar bernilai RM1 juta.
          
        "Kita mendapati makmal ini telah beroperasi hampir sebulan dan dipercayai dadah berkenaan untuk dijual di pasaran tempatan.
          
        Mohan Singh berkata pihaknya juga turut merampas dua kereta mewah daripada suspek. - Bernama

Quote moribb 5-8-2014 02:14 AM
kasi dera 2 orang itu sampai keluar semua nama suspek lain

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.057830 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top