CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Beradik Cedera Akibat Panas Baran Abang Sulung

22-7-2014 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5985| Komen: 25

Description: Ketiga-Tiga Beradik Itu Yang Cedera Di Kepala Dan Badan Dibawa Oleh Penduduk Kampung Untuk Mendapatkan Rawatan Di Hospital Daerah Besut, Katanya Dalam Sidang Media Di Sini Hari Ini Berhubung Kejadian ...
Tiga beradik cedera akibat sikap panas baran abang sulung


BESUT - Tiga beradik cedera selepas terbabit dalam pergelutan berikutan sikap panas baran seorang daripada mereka.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, abang sulung daripada tiga beradik itu telah menyerang dua adik lelakinya selepas marah dengan tindakan mereka yang mahu membawa isterinya menziarahi anaknya yang sakit di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, Kota Baharu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, abang sulung berumur 40-an telah memaki hamun dan menyerang adiknya masing-masing berumur 37 dan 30-an menggunakan batang besi hingga menyebabkan pergelutan berlaku.

Ketiga-tiga beradik itu yang cedera di kepala dan badan dibawa oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut, katanya dalam sidang media di sini hari ini berhubung kejadian yang berlaku di Kampung Tok Motong di sini pada Ahad lepas.

Noorzainy berkata, siasatan awal mendapati abang sulung daripada tiga beradik merupakan seorang yang panas baran yang sering memukul anak dan isterinya.

"Kita tidak menolak pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada masalah keluarga yang telah lama berlaku antara mereka," katanya. 

1

Bagus
10

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
15

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 22-7-2014 03:53 PM
macam2 cite nak raya ni. harap2 bermaaf maafan la di pagi raya nanti.
Quote TuntungReturn 22-7-2014 03:54 PM
besut? pesal la pelik2 sgt nieh..
Quote namirulmukminin 22-7-2014 03:55 PM
Ummah besuk didikan ayoh ping la ni...
Quote leylapple 22-7-2014 03:55 PM
bulan puasa pun masih tak dapat nak tahan nafsu marah?

sabar jer la aku
Quote cmf_premierleag 22-7-2014 03:55 PM
besuk...kepelikkang tanpa batasang
Quote annehuda 22-7-2014 04:06 PM
diorg ni pose ke tak banyak sgt tenaganye nk bergusti adik beradik ni
Quote CrowneGlory 22-7-2014 04:07 PM
Harusla dipenjara seblom ada satu lg kes bapak bunuh ank... Celaka punya jantan
Quote haryatie 22-7-2014 04:09 PM
pelik...mental apa..
x penat ker asyik nak marah & bergaduh jerk...

Quote cowey 22-7-2014 04:13 PM
maroh supe dok pose..

habih sume nok gocoh..

haha
Quote tak_tahu 22-7-2014 04:19 PM
dah 40 lebih pun nak mengamuk ke hulu ke hilir? simpan dlm peti sejuk baru tau.
Quote kudajantan77 22-7-2014 04:20 PM
amalan memakan budu telah merangsang pereputan otak mereka dan menyebabkan hilang kewarasan ...  
Quote mikasa 22-7-2014 04:22 PM
drivethru posted on 22-7-2014 03:53 PM
macam2 cite nak raya ni. harap2 bermaaf maafan la di pagi raya nanti.

itu pun kalau dtg beraya...

silap haribulan beraya dlm lokap

Quote kucen_miang 22-7-2014 06:48 PM
TuntungReturn posted on 22-7-2014 03:54 PM
besut? pesal la pelik2 sgt nieh..

Ummah besut kekeliruan asal usul. Dok ganu tp ngidam kerakyatan kelate
Quote kucen_miang 22-7-2014 06:49 PM
kudajantan77 posted on 22-7-2014 04:20 PM
amalan memakan budu telah merangsang pereputan otak mereka dan menyebabkan hilang kewarasan ...

Kume budu make otok
Quote lr7 22-7-2014 06:50 PM
elakkan get married man from ganu@kelantan..

takutttt....
Quote shernazz 22-7-2014 06:52 PM
Bulan pose ni dugaan dia lain sikit..haha
Quote shernazz 22-7-2014 06:54 PM
lr7 posted on 22-7-2014 06:50 PM
elakkan get married man from ganu@kelantan..

takutttt....

Qku xtau kebetulan ke ape..kat cni ade pengantin baru yang lakinya x keje.ore klate jugok
Quote mak_wa95 22-7-2014 06:54 PM
leylapple posted on 22-7-2014 03:55 PM
bulan puasa pun masih tak dapat nak tahan nafsu marah?

sabar jer la aku

bulan je puasa...
dia tu entah puasa,entah tidak...
Quote huJanBaTu 22-7-2014 06:58 PM
semuanya ada di besut ni..pelik betul..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060255 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top