CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Bayar Zakat Didenda Rm2,000

14-7-2014 11:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9039| Komen: 67

Description: Pegawai Agama Islam Daerah Maran, Syarifuddin Mohamad Sa’Ad Berkata, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013 Telah Menetapkan Mana-Mana Individu Membayar Kepada Amil Tidak Bertauliah Boleh Di ...
Tidak bayar zakat didenda RM2,000


MARAN - Umat Islam di daerah ini supaya membayar zakat fitrah hanya kepada amil bertauliah yang dilantik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sahaja.

Pegawai Agama Islam Daerah Maran, Syarifuddin Mohamad Sa’ad berkata, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013 telah menetapkan mana-mana individu membayar kepada amil tidak bertauliah boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya.

Menurutnya, Seksyen 40 di bawah enakmen sama pula menyatakan mereka tidak membayar zakat fitrah boleh dikenakan denda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Amil di daerah ini turut diingatkan supaya tidak melanggar sempadan kariah yang ditetapkan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).

“Bagi kesalahan memungut zakat atau fitrah tanpa kuasa atau tauliah pula boleh dikenakan RM3,000 denda atau dua tahun penjara atau kedua-duanya di bawah enakmen berkenaan.

“Amil perlu menyerahkan kutipan zakat fitrah kepada Muip kerana kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua,” katanya.

Syarifuddin berkata, bagi 43 amil di daerah Maran, mereka diminta memandang serius perkara tersebut kerana perkara baik yang dituntut Islam tidak harus dicemari dengan sebarang perselisihan faham.

Pada masa sama, Amil perlu mengambil pendekatan lebih proaktif dalam usaha menarik lebih ramai umat Islam membayar zakat fitrah.

14

Bagus
24

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote card_reader 14-7-2014 10:38 AM
Bagi pada amil yg x bertauliah je, kalo pada asnaf x kena la kot...:lol
Quote leylapple 14-7-2014 10:42 AM
amboi... tak bayar zakat denda rm2k..mcm lhdn lah pulak..ada interest tak kalo tak bayar pada masa yang ditetapkan??

bukan kemain stresskan utk pembayaran zakat pada pusat pemungut..siap buat mobile centre...

tapi pembahagian kepada asnaf pulak mcm mana?
Quote znuyul 14-7-2014 10:45 AM
bayar zakat mintak bukan men...tapi zakat tu ade ke salurkan ke x???
Quote Cik_Andak 14-7-2014 10:53 AM
Kedekut duit nak bayar zakat kasi denda sikit...
Quote zacrin 14-7-2014 11:22 AM
xagih wang zakat pada yg layak lak apa dendanya
Quote Megahertz 14-7-2014 11:24 AM
pusat zakat tak agihkan zakat dengan betul tak kena apa-apa ke ?
Quote kudajantan77 14-7-2014 11:37 AM
Bayar sendiri pada asnaf lebih terkesan di jiwa ...

bayar pada amil pula terbayang kereta mewah, bangunan tinggi, elaun melampau, fee peguam Jamil Khir dan lain-lain yang membuat sakit jiwa ...
Quote chinta89 14-7-2014 12:05 PM
something wrong...
Quote Anak_Nogori 14-7-2014 12:12 PM
saya tertanya2 jugak...macam mana pusat zakat macam kat Selangor ni nak trace siapa yg tak bayar zakat?..
Quote fanaz82 14-7-2014 12:22 PM
kalau bab nak kutip zakat, sampai ke mydin pusat zakat ada. siap nak denda.
tapi untuk pembahagian zakat, tak de pulak!
Quote mjla 14-7-2014 12:25 PM
Undang2 zionis dlm Jabatan Agama Islam.
Quote edee_91 14-7-2014 12:53 PM
boikot jabatan agama Islam!
Quote akusukaq 14-7-2014 01:24 PM
Aku bayar zakat kerana Allah bukan kerana takut di denda
Quote camflo03 14-7-2014 01:28 PM
yang tukang seleweng duit zakat takmo lak cari ke lubang cacing..
Quote aechae 14-7-2014 01:43 PM
Anak_Nogori posted on 14-7-2014 12:12 PM
saya tertanya2 jugak...macam mana pusat zakat macam kat Selangor ni nak trace siapa yg tak bayar zak ...

kt mna ada kata pusat zakat nk trace sape yg x byr zakat?
Quote Anak_Nogori 14-7-2014 01:45 PM
aechae posted on 14-7-2014 01:43 PM
kt mna ada kata pusat zakat nk trace sape yg x byr zakat?

habis agaknya macam mana pusat zakat nak  dakwa kalau tidak membayar zakat fitrah boleh dikenakan denda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Quote aechae 14-7-2014 01:55 PM
Anak_Nogori posted on 14-7-2014 01:45 PM
habis agaknya macam mana pusat zakat nak  dakwa kalau tidak membayar zakat fitrah boleh dikenakan  ...

xpelah pakcik, sy salah paham kot...sbb pakcik pnya post td ada tulis psl selangor....sy xleh relate dgn artikel tu sbb ctu tulis pahang...lg yg sy paham dnda 2k tu klu byr bkn kt amil bertauliah a.k.a byr sndri kot or pass kn kt org lain ni mgkin klu dorg dpt aduan lah kot... setau sy mna2 negeri dr perlis smpai ke sabah xda pn lg database bleh detect muslim yg layak ni x byr zakat so kna dnda...klu ada dh bertahun dlu dh kecoh

Quote Anak_Nogori 14-7-2014 02:01 PM
aechae posted on 14-7-2014 01:55 PM
xpelah pakcik, sy salah paham kot...sbb pakcik pnya post td ada tulis psl selangor....sy xleh rela ...

selangor tu saya kasi contoh je..sebab saya dok selangor.

sebab tulah saya nak tahu...macam mana pusat zakat nak trace sesiapa yg tak bayar zakat..lain ada sistem macam LHDN.

ke pusat zakat buat siasatan secara rawak ka?..atau amil yg dilantik tahu siapa tak bayar zakat?.
Quote afie_m 14-7-2014 02:03 PM
harap duit zakat tu btl2 sapai pada yg berkenaan..

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.127639 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top