CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aduan Pada Sprm Dakwaan 'Salahguna Dana Zakat'

29-11-2013 05:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6321| Komen: 25

Description: Azizan Berkata Pembekal Kepada Majlis Agama Islam Johor (Maij) Telah Meluluskan Bantuan Sebanyak Rm4,500 Tetapi Pembekal Hanya Boleh Memberi Kepadanya Sebanyak Rm2,700.
Aduan pada SPRM dakwaan 'salahguna dana zakat'


Seorang lelaki kurang upaya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat di Johor.

Azizan Ja'far berkata, beliau telah membuat laporan itu bulan lepas selepas beliau mendakwa mendapati nilai bantuan yang berupa barangan yang diterimanya jauh lebih rendah daripada yang dinyatakan dalam arahan penghantaran.

Azizan, yang menjadi kurang upaya ekoran satu kemalangan, menganggarkan kos barangan tersebut ialah RM700 dan bukannya RM4,500 seperti yang dinyatakan.

Berikutan itu, katanya, beliau enggan menandatangani arahan penghantaran tersebut.



Menurutnya, barangan tersebut berupa enam cawan untuk bekam (satu kaedah penyembuhan tradisional) dan sebuah alat pemanas tuala.

Menurut Azizan beliau tahu harga runcit pemanas tuala itu hanya RM480 manakala cawan tersebut yang pernah dibelinya sebelum ini, hanya berharga RM44 setiap satu.

Oleh itu, harga bagi enam cawan tersebut adalah RM264, katanya ketika dihubungi.

Semakan Malaysiakini di internet menunjukkan bahawa pemanas tuala itu selaku pensteril berharga anntara AS$90 (RM290.75) hingga AS$120 (RM387.68). Bagaimanapun, harga pensteril autoklaf industri (industrial autoclave steriliser)  boleh mencecah ribuan ringgit.

E-Stores menjual cawan bekam serendah RM20 untuk sekotak enam biji, bergantung kepada jenama.

Yang dihantar kepada Azizan ditandakan dengan jelas sebagai "towel warmer" dan bukannya pensteril autoklaf industri manakala bungkusan untuk cawan bekam itu sama dengan yang dijual di E-Stores.



Azizan berkata pembekal kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah meluluskan bantuan sebanyak RM4,500 tetapi pembekal hanya boleh memberi kepadanya sebanyak RM2,700.

"Ini mendorong saya untuk membuat laporan kepada SPRM. Pegawai SPRM datang ke rumah saya pada 29 Oktober untuk mengambil gambar barangan yang dihantar dan menghubungi saya pada 31 Oktober untuk memintanya jangan menggunakan barangan kerana ia boleh diklasifikasikan sebagai bukti," katanya.

Malaysiakini menghubungi SPRM Muar, di mana Azizan membuat laporan tersebut, tetapi seorang pegawai di situ berkata prosedur dalaman melarang mereka daripada membuat sebarang pengesahan.

10

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 29-11-2013 02:24 AM
duit zakat pun nak faraid ka...?
jilaka bugima betul lah
Quote nurul_akmar 29-11-2013 02:58 AM
aduyai supplier ni. duit zakat pon nak markup ke
Quote Dzulqarnain 29-11-2013 03:17 AM
Yg disalahguna tu dana zakat ke kutipan zakat?
Quote tobby 29-11-2013 05:36 AM
matamata posted on 29-11-2013 02:24 AM
duit zakat pun nak faraid ka...?
jilaka bugima betul lah

adus.  orang2 agama yg jaga zakat pun bugima juga?  

perlukah byr zakat melalui puak2 songlap nih?
Quote Al-Patih 29-11-2013 06:02 AM

JOHOR BAHRU 17 Jan. – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjaya mengutip zakat sebanyak RM171.9 juta tahun lalu berbanding RM137.4 juta pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, jumlah kutipan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus atau RM34.5 juta manakala jumlah kutipan zakat pada 2010 pula adalah sebanyak RM122.3 juta.

Beliau berkata, daripada jumlah itu zakat perniagaan menjadi penyumbang kutipan terbesar iaitu sebanyak RM59.6 juta.

Sepanjang tahun lalu, MAINJ mengagihkan sebanyak RM143.3 juta kepada golongan asnaf yang layak menerimanya.

“Bantuan yang diberikan meliputi semua aspek keperluan asnaf antaranya bantuan sara hidup bulanan, perubatan, perumahan, pelajaran, bencana alam dan sempena musim perayaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan zakat kepada 12 orang penerima di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.
Sumber:
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130118/wj_01/MAINJ-terima-zakat-RM171.9-juta#ixzz2IHmo3WWg


baki zakat ...poyi mano ...???
Quote krustykrab 29-11-2013 08:55 AM
tahniah pakcik kerana pakcik dah buat perkara yg betul dgn melaporkan kpd SPRM..
diharap SPRM menyiasat prk ini dgn mendalam....
Quote noor2 29-11-2013 08:57 AM
...baik punya sindiran bam acom



manusia tgk duit...juling mata

Quote ocho 29-11-2013 09:00 AM
acaner nih .. iols nampak spelling zakat mcm zakaR
Quote mak_wa95 29-11-2013 09:10 AM
orang keje pejabat zakat tu tinggi ke kelulusan agamanya...kuat ke imannya...
Quote yayangmama 29-11-2013 09:36 AM
biase terjadi...kekadang supplier ni bg harge mengarut...xpadan dgn barang...
tapi agak2 la...org yg mencari supplier pon...jgn la amek yg harga bukan2...duit zakat tu...kesian orang yang betul2 memerlukan
Quote Nash^Roy 29-11-2013 09:45 AM
aper la.. OKU pun nak ditipu ke.. igt OKU tu bodo sgt ke takleh pikir smpi nak g tipu.. pastu duna dana zakat lak tu.. sape punya keje la ni.. susah la kali ni takleh nak salahkan cina
Quote mat@bronok 29-11-2013 09:52 AM
pakcik ni bagus tindakannya, disarankan utk negeri2 lain gak, terutama WP, kalau ada ketirisan, repot aje terus....kumpul duit tiap tahun punyalah banyak, tapi duit2 tu ntah pegi mana, tu tak cerita pasal dana2 zakat diguna utk melabur, kunun nak biakkan duit..duit zakat boleh guna utk melabur ka?....zakat ni perniagaan yg direct arahan drpd Allah SWT utk dikutip tiap tahun, boleh rugi ka?
Quote d'zeck 29-11-2013 09:54 AM
noor2 posted on 29-11-2013 08:57 AM
...baik punya sindiran bam acom

patut la banyak
cina yang sepet dan juling mata
disebabkan duit
macam lu jugak

pfftt

Quote shysari 29-11-2013 10:06 AM
Bab duit ni kerja kat mana2  jabatan pun boleh gelap mata..yang beriman pun boleh goyang!!
Quote vespa_oren 29-11-2013 11:34 AM
Pembekal yang didakwa “menyelewengkan” dana zakat yang diluluskan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk seorang kurang upaya telah “melangsaikan” isu itu, dengan pembelian peralatan bernilai sekitar RM3000.

“Kes ini sudah selesai. Saya sudah berjumpa dengan Encik Azizan (Ja'far). Saya dah langsaikan semua. Kamu telefon dia sendiri,” kata pembekal yang hanya dikenali sebagai Rizal itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut MAIJ, Rizal merupakan pembekal dari pihak syarikat Sharezone yang dilantik oleh MAIJ untuk bekalan bantuan berdikari.

Semasa dihubungi, Azizan mengesahkan bahawa Rizal telah membawanya ke sebuah kedai di Muar untuk membeli peralatan untuk perniagaan bekam beliau Rabu lalu.

Peralatan ini termasuk sebuah kerusi refleksologi, katil dan mesen lampu infrared.

“Rizal membayar untuk semua ini secara tunai, jadi saya simpulkan bahawa MAIJ sudahpun membayarnya, tapi dia sendiri tidak membekalkan peralatan seperti nilai yang diluluskan,” kata beliau.

Namun, nilai semua peralatan yang telah diserahkan itu, termasuk yang dibeli Rabu lalu masih lebih rendah dari RM4,850 yang diluluskan oleh MAIJ untuk Azizan Oktober lalu.

“Kami telah muzakarah dengan baik. Dia dah mohon maaf, jadi saya kena berlembut. Sebagai seorang Islam, saya terima dan kita sama-sama tolak ansur,” kata beliau.

Azizan berkata Rizal sebelum itu melawat rumahnya di Muar bersama wakil MAIJ.

Menurutnya, pegawai MAIJ juga memohon maaf tetapi masih berkeras yang apa berlaku bukan “penyelewengan” dana zakat.

Mereka juga merayu pada Azizan untuk menarik balik aduannya kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Malaysiakini.

“Kalau bukan penyelewengan, apa dia? Ini macam kita panggil babi khinzir supaya bunyi lagi lembut,” kata beliau.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Azizan telah membuat laporan SPRM atas dakwaan penyelewengan dana zakat.

Beliau mendakwa bantuan peralatan yang diterima bernilai kurang RM800 dan bukan RM4,500 yang dinyatakan dalam notis serahan.

Menjawab kepada Malaysiakini, MAIJ menafikan penyelewengan zakat dan menegaskan bahawa pembekal telah diarahkan untuk menghantar peralatan bernilai RM4,850.
Quote cecari 29-11-2013 11:40 AM
matamata posted on 29-11-2013 02:24 AM
duit zakat pun nak faraid ka...?
jilaka bugima betul lah

mesti ada kaitan degan umno bn ni.. keh keh keh.
Quote Acong 29-11-2013 12:16 PM
noor2 posted on 29-11-2013 08:57 AM
...baik punya sindiran bam acom

kalau tak menipu, bukan cina tau...... cina celaka bertuhankan duit......!
Quote noor2 29-11-2013 12:34 PM
Acong posted on 29-11-2013 12:16 PM
kalau tak menipu, bukan cina tau...... cina celaka bertuhankan duit......!

yela...melayu yang baik...baik segala2nya...yang jahat cina..
Quote Acong 29-11-2013 12:51 PM
d'zeck posted on 29-11-2013 09:54 AM
patut la banyak
cina yang sepet dan juling mata
disebabkan duit

melayu tipu melayu takpe, asalkan bukan cina........ busyuk2 pun org kita......

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061204 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top